• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Al-hubb huna,love is around

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, ...

Cream of the crop

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. ...

A foot in the door

Here's an mp3 file that was uploaded as an attachment: Juan Manuel Fangio by Yue And here's a link to an external mp3 file: Acclimate by General Fuzz Both are CC licensed. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, ...

A feather in one's cap

Some block quote tests: Here's a one line quote. This part isn't quoted. Here's a much longer quote: Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem, varius aliquet, ...

Let's bring the house down

I'm just a lowly contributor. My posts must be approved by the editor.Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at ...

Posted by An-Nasrullah - - 6 scratches



Baru-baru ini saya dapat byk message tazkirah psl 'sahabt'..msg yg sama ja..Cuma berulang2 kali dihantar oleh pelbagai orang…hm..mungkinkah dgn menghantar msg2 sebegini boleh menggambarkan keprihatinan kita dlm bersahabat? Mungkin juga….

"Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau.." Khalifah Umar bin Abdul Aziz
Kata2 Umar Abd Aziz ini lengkap dan persis…sesuai utk muhasabah diri kita.

Akhir2 ini saya agak kurang berminat untuk meng update blog…mungkin disebabkan kekangan masa dan tiada mood…atau lebih tepat lg- malas. Haha..

Walaubagaimanapun, kita perlukan pengisian..sbg penguat kepada hati dan sanubari mukmin…pengisian bisa menjadikan hidup seorang muslim tidak kosong…menjadikan kita faham dan mengerti..kerana ia penting kn?....lg lah cantik molek kalau disoleki dgn amalan dan perlaksanaan dlm kehidupan..

seronok juga kalau kita dpt mendengar cerita ….sekadar pengisian santai shaja..tp meanginful…ceritanya berbunyi begini….




Sepahit Madu

Oleh `Izzat Anwari bin Hasni

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan
hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan
suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang
perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi
lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi
rupa-rupanyaĆ¢€¦" Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud sayaĆ¢€¦"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup
melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?"
suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah
yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung
labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya
apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih
hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap
Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah
menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan
apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi
tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak
berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah
jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang
tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi
hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon
suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan
agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah
yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan
memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada
dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan
Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik
dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami
erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak
ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke
hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya
sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri
semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak
dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia
terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang
semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia
menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri Ć¢€" sama ada dia
menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri
dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri
sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri
perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah
pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang
dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia
meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat
terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat
baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan
yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang
tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut
mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan
oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin
tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam
gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa
dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya
disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu
mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa
Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar
berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia
yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan
gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang
menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu
dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah
Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke
arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri
dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri
kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding
dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak
hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg
berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu
menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari
Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan, " jawab Fikri.

***

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak
kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami)
kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan
perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat
tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara
yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada)
berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan
keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi
petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."

[QS al-Taubah 9:24]


(Selamat Hari Lahir utk cik Darul – 1 Nov.2008. semoga jadi mukiminah sejati…
Sorry kerana membuli…haha..kimchi sedap!...)
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 7 scratches


old school...tp gempak













Congratulation to Valentino Rossi!!! The champion of MOTOGP, 500cc, Sepang F1 Circuit 2008!...

Bergema announcement dr DJ bertugas psl result Moto GP sebentar td…di telingaku masih lg duk bingit dan terngiang2 dgn bunyi superbike 500 cc yg duk belumba kt tengah litar … vroom…vroom..entah brp bp frecuency aku pn x tau…mau nye melilih air telinga ..hahaha

tp kate haji Amir (shbt merangkap bekas supervisor aku time undergrad dulu..), bunyi 5 bijik moto 500 cc yg tgh duk cram tu, baru bersamaan dengan bunyi sebijik kereta F1!!...fuh bayangkan…pendek kate kalau td aku masih bleh belagak x nak pakai ear protector waktu tgk moto speedy, sure2 jek bleh jdi pekak kalau tgk kete F1 belumba…haha


Jalan2 sket, jumpa plak moto Exhibition…(lupakan suma minah2, joyah2 litar yg pakai baju x cukup kain dan lngsung x malu tu, ..mmg x takut api neraka geng2 nih..aku bukan niat dtg circuit nk tgk diorg pn, nauzubillah……)….…BMW1200S, besar gedabak…macho betul…hoho…tp harga?? Murah ja…RM123K…huhu…bleh angkat Honda civic 2.4 sebijik….

Dan byk lg moto yg besor2 dan gempak2…



BMW1200 macho....


Namun, kate member2 yg dtg sekali…tgk bleh…tumpang2 nek bleh…nk beli? Fikir byk2 dulu..harga dah la mahal…maintainance? Fuh lg mahal dr kereta..sebijik tayar saje pn dah bleh smpai seribu lebih harga..ha maunye kaya benar aku ni…huhu..(apepun..mmg aku behasrat nk beli satu bile dh ‘bekemampuan’…semoga ianya jg bleh jadi satu method dakwah yg besar…project jangka panjang tu)

…cube bayangkan…segerombalan 50 biji moto2 besar…aprilia, bmw, cagiva, Harley Davidson, Kawasaki dll…konvoi berduyun2 melalui jalan lebuh raya pantai timur ni ha..baru setengah jam kuar dr gombak, terus dh sampai temerloh..laju kan…

Ha biler dh brenti tu..ramai2 ahli konvoi solat bejemaah kt surau R&R Temerloh tu….pastu..dh solat, pi makan ramai2…mendekati org ramai yg ada di R&r tu..


“bang, fuhlamak moto abang besar x igt, best x bang bwk moto besar?” tanye sorang mamat yg pakai nya agak selekah, jeans ketat dan rambut karat…disampingnya ada sorang awek yg juga bekarat2 rambut sambil isap rokok…

“bese la dik…dunia suma tu…ada rezeki lebih…bleh la beli…tp yg penting kalu bwk moto besar ni..kite kene pandai jg byk pekara…jg moto tu satu hal.. jg hati dan akhlak pn satu bende penting dik…biar kite ni buat ape kerje sekalipun diredhai Allah…

jauhkan riak, takabbur dan ujud..nek moto besa bukan nk ditayang2..tp nk tunjuk yg org islam ni mampu menguasai bidang teknologi automotif permotoran ni.ha...sambil2 tu kite bleh tambah pahala dgn wat keje2 amal seperti wat program utk kumpul dana, bantu umat Islam yg x berkemampuan.. ”

Adik tu?? …nganga jek mulut die bile dgr abg yg nampak brutal tp sopan tu…x sangka jawapan cenggitu kuar….tergamam…awek die? Terus malu2..sorok rokok kt belakang..dan terus berlalu mereka meninggalkan kumpulan abang2 bermotor besar yang sungguh ramah tu….


heheh…itu bayangan aku la kan…korang camne??… kalaulah kite bleh ‘pegang’ golongan ni...subhanallah……^^


Ducati Superbike 749


http://www.youtube.com/watch?v=Awc7WjjVEno--(interesting!, thanx mai^)
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches


Merujuk perkara di atas, dengan sukacitanya semua warga ALUMNI Universiti Malaysia Pahang dijemput hadir ke Majlis Sulung Persatuan ALUMNI UMP. Butiran majlis adalah seperti berikut :

THE JOY OF REUNION – UMPians 2008

Tarikh : 1 November 2008( Sabtu)
Masa : 10.00 pagi (Pendaftaran)
Tempat : Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang,

Aturcara Program :
- Majlis Ramah Mesra Bersama Dato’ Naib Canselor
- Jamuan Hari Raya
- Majlis Tahlil Alumni yang telah meninggal dunia
- Pemilihan Jawatankuasa Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang Kali Pertama
- Sesi Bergambar

Pakaian : “Smart Casual” – selipar tidak dibenarkan

* Warga ALUMNI juga dialu-alukan untuk membawa kuih raya (pot luck) bagi memeriahkan lagi majlis REUNION tersebut.

** ayuh UMPians suma!!..jom ramai2 hadir...korang suma mesti rindu nk jumpe kawan2 lama UMP dulu kn...ha..kawan sama2 kene tahan di pak guard, kawan sama2 kene marah dgn lecturer, kawan kuar mlm ,kawan sehidup semati dan bla bla...

** sebar2kan lah info ini ya...ayuh kita eratkan kembali ukhuwwah yg dah makin pudar ini..^^
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches


assalamualaikum wth,

pagi ini saya berkesempatan untuk meng'update'kan blog ini setelah sekian lama 'beraya'.

alhamdulillah, syukur pd Allah SWT krn dgn kasih sayang dan rahmatNya yg cukup byk dan melimpah2, maka kite telah selamat meraikan hari kemenangan umat islam, hari raya eidulfitri dgn meriah dan harmoni...sama-sama bertakbir bertahmid dan berzikir...bermaaf2an, berkumpul sanak saudara, ziarah menziarah, bergurau senda dll...

namun, di sana ramai lg shbt2 kita yg tidak berksempatan utk beraya dgn semeriah dan segembiranya, dek kerana tuntutan jihad akademik (kene pegi kelas dr pagi sampai petang) dan juga kerja (sahabat saya, shahly beraya atas kapal kt tgh laut Qatar pd 1 syawal, kesian..sabar je la shah..huhu)..however, i knew for sure kamu suma already struggle to do ur best for this wonderful celebration kn....gud.. (jg tidak lupa kpd umat islam yg terpaksa mnymbut hari raya dlm hidup yg penuh kepayahan dan penderitaan hidup..smg Allah merahmati antum~)

Mengenai Pilihanraya Kampus (PRK), Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009..gema gendang PRK telah mendengung di mana2, bingit, panas dan membahang...ruang demokrasi utk mahasiswa memilih calon yg terbaik mewakili mereka telah terbuka luas sekali lg....... di universiti sy, UMP, smlm telah pun bermula sesi manifesto calon2 yg bertanding...adik2 mahasiswa yg menjadi calon nampaknya cukup gempak dan berkarisma...smg kalian benar2 besedia dan ikhlas dlm perjuangan ini...

dan kepada adik2 mahasiswa..pilihlah calon YB anda yg terbaik..ye, mungkin suma kelihatannya cantik menarik dan terbaik..tp pilihlah yg berdasarkan keutumaan umum...iaitu calon yg bleh memimpin anda kepada kecemerlangan dunia dan akhirat...yg bukan shj hanya tahu membuat program itu dan ini..pergi ke sana ke mari..berckp lantang itu dan ini....(calon yg pada sy sekurang2nya bleh menjadi imam anda ketika solat berjemaah!)

dlm duk teringat2 ni,...teringat jugalah sy pd adinda sy di kampung..namanya sebijik cam saya..cuma tuka blkg sket ja...heh...nasrul afiq b. johari...skrg sedang PMR..all the best fiq..insyAllah straight As...juga utk suma adik yg same2 amik pmr (terutama yg pernah ikut prog. bersama abg chik..^^)

alamak..saya ada kelas jam 11..x sempat nk cerita panjang2 lg...apepun..sy masih lg tidak faham kenapa artis shah rukh khan bleh dpt anugerah 'datuk' dr Tun Khalil melaka..hebat sgt ke die?? die tu anak melaka lahir kt india ke?? atau die tu hebat sgt?? atau sape die ni? ish x paham...dh la 77 org senang2 jek dpt datuk..johor aritu satu anugerah datuk pn x bg..tetibe melaka bleh x control langsung...
apepun..mmg itu hak kerajaan dan pemerintah melaka..tp sbg rakyat mesia..pastinya kite ada sensitiviti terhadap perkara2 cenggini kn..

lastly...sy nk post stu cerita best kt entry ni...selamat membaca ya...cube muhasabah diri kite sesambil kite bace tu...k..wslm

-----------------------------------------

Satu Hari di Multaqa Sufi

Hari itu, aku mengikut perhimpunan sufi yang diadakan di Hadramaut. Ada ahli sufi yang datang terbang, ada yang berjalan di atas air, ada yang tiba-tiba ada di hadapan mata, ada yang naik kereta, tidak kurang yang naik kapal terbang, malah ada yang naik helikopter peribadi. Watak dan karakter mereka, semuanya berbeza. Masih ada yang mengenakan pakaian bulu yang kasar, ada yang memakai jubah dan serban yang besar, berkopiah tajam, ada yang berjanggut panjang, yang tidak berjanggut semacam aku pun ada, malah ada yang berkot dan memakai tali leher.

Hari itu sangat menyeronokkan. Ma’ruf al-Karkhi turut hadir membentangkan kertas kerja berkaitan konsep Dzuq dan Fana’. Siapa yang tidak gembira dapat bertemu dengan seorang ahli sufi sesoleh beliau. Rabia’ah al-Adawiyah turut membentangkan kertas kerja berkaitan ke arah membentuk golongan sufi wanita dalam memartabatkan maruah wanita yang kian tercemar. Beliau bukan sahaja akan mengupas soal keruntuhan tamadun terdahulu apabila meminggirkan wanita, malah beliau akan mengemukakan hasil kajian dan analisis terbaru beliau terhadap emansipasi wanita di negara-negara Eropah. Ia pastinya sangat menarik.

Aku juga menantikan pembentangan daripada al-Ghazali berkaitan menghidupkan hati yang sudah lama kekeringan dengan rasa takut dan cintakan Allah. Masing-masing kalangan mereka membentangkan kertas kerja sesuai dengan kekuatan masing-masing. Rasanya aku kerdil sekali. Apatah melihat Abu Yazid al-Bustami dan Tok Kenali yang tidak memakai selipar kerana tenggelam dalam keasyikan cinta kepada Allah, aku semakin kerdil. Wajah Zun Nun al-Misri sangat bersih dan bercahaya membuatkan aku jatuh cinta menatap wajahnya. Ya, hasil simbahan iman kepada Allah, dan ruku’ serta sujud yang tidak henti-henti.

Sang pujangga tersohor Abdullah bin al-Mubarak juga datang bersama sahabat akrabnya Fudhail bin ‘Iyad. Aku juga sangat seronok melihat Hassan al-Banna dan Umar al-Telmisani juga datang dalam perbincangan kali ini. Ternyata perhimpunan dan multaqa’ sufi kali ini dihadiri oleh orang-orang yang hebat dari seluruh dunia. Malah paling menggembirakan aku apabila bertemu dengan moyang aku Tok Pulai Chondong. Beliau yang terkenal dengan kependekaran itu sangat tegap badannya. Aku memeluknya erat seraya mencium tangan dan pipinya berkali-kali. Dia memeluk aku semacam aku anak kecil yang rindukan belaiannya. “Tok, saya rindukan atuk,” luah aku keanak-anakan.

Aku sangat tertarik mendengar penghuraian konsep mahabbatuLlah yang disebut oleh guru sufi, Junaid al-Baghdadi. Hassan al-Basri yang sentiasa berwajah pucat kerana takutkan Allah menangis tidak henti-henti. Air mata mengalir dari semua kolam mata mereka. Aku lihat dengan jelas sekali garisan putih di bawah pipi Ibrahim al-Nakhaei kerana terlalu banyak menangis dek takut dan rindukan Allah.

“Hamba yang cinta kepada Allah adalah hamba yang menyahkan hawa nafsunya, tidak putus-putus berzikir kepada Tuhannya, mendirikan hak-hak Allah, melihat Allah dengan mata hati. Sekiranya ia berbicara, ia berbicara dengan Tuhannya. Sekiranya ia bercakap, ia bercakap tentang Allah. Sekiranya ia bergerak, ia bergerak atas perintah daripada Allah dan sekiranya ia senyap, ia bersama-sama Allah. Ia di sisi Allah, untuk Allah, dan bersama Allah,” kupas al-Baghdadi sambil menundukkan mukanya dan menangis teresak-esak. Aku turut sebak bila mengingatkan diriku yang jauh daripada Allah. Seketika, suasana bising dengan bunyi esakan. Al-Baghdadi berhenti daripada berbicara. Beliau kelihatan sungguh-sungguh menangis.

Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah…

¬
Abdullah bin al-Mubarak juga membentangkan kertas kerja Peranan Sufi Dalam Membebaskan Dunia Islam Daripada Cengkaman Barat. Beliau yang terkenal dengan syair terhadap Fudhail bin ‘Iyad menggariskan beberapa perkara penting yang harus diperkasakan antaranya menanamkan semula semangat jihad kalangan umat Islam. Beliau turut memberikan pujian sekadarnya kepada Hassan al-Banna yang berjaya menubuhkan gerakan Islam yang berjaya menggerunkan pihak Barat dan Yahudi. Dalam sesi soal jawab, Sheikh Ahmad Deedat memperingatkan peri pentingnya ahli audi memahami skill berdakwah dalam menarik golongan yang anti Islam termasuklah golongan Liberalis dan Orientalis.

Dalam pertemuan itu, aku mengambil kesempatan bertemu dengan sufi wanita Rabi’ah al-Adawiyah. Ketika itu beliau sedang berbincang dengan Malik bin Dinar berkenaan dengan ajaran sufi yang semakin disesatkan dengan pemikiran yang dangkal. Malik bin Anas mencelah di tengah-tengah dengan menyebut, Barangsiapa yang mempelajari syariah tetapi tidak belajar hakikat, maka ia fasiq. Barangsiapa yang sebaliknya adalah zindiq. Aku meminta Rabi’ah masa hanya lima minit untuk bertanyakan pandangan dia tentang mahabbatuLlah.

Ringkas sahaja beliau menjawab, “Beramallah kerana Allah, bukan kerana syurga dan neraka. Wahai anakku, jika engkau melihat aku sedang berbicara dengan engkau sekarang, maka ketahuilah bahawa hati sedang gering dalam merindui Allah sang Pencipta. Hanya jasadku berbicara denganmu sedangkan hati aku melayang ke langit sana bertemu sang Kekasih,” dan aku terkesima mendengar nasihatnya yang cukup tajam.

Ibn ‘Ataillah juga diberi penghormatan untuk mendiskusikan karyanya al-Hikam. Aku sangat terkesan apabila beliau menyebut, kita bersyukur kepada Allah kerana telah melindungi aib kita daripada diketahui orang ramai. Jika Allah tidak menutup aib kita, pasti orang tidak akan respect dengan kita. Maka apabila ada orang memuji kita, maka kita kembalikan pujian itu kepada Allah yang tidak mendedahkan kelemahan-kelemahan kita. Mendengar sahaja kupasan yang sangat mendalam itu, Zun Nun al-Misri dan Abu Yazib al-Bustami terus pengsan. Suara tangisan semakin membingitkan suasana. Aku turut menangis melihat suasana begitu. Hati mereka sangat bersih dan mudah sekali tersentuh. Ia berbeza sama sekali dengan hati aku yang berkarat dan hitam dengan kotoran dosa yang sukar dibersihkan.

“Tuan Guru, bagaimana ana mesti membersihkan diri ana?” tanya ana kepada Sufyan al-Thauri. Beliau menundukkan wajahnya sambil menangis seraya berkata, “Wahai anakku, lebih baik engkau bertemu dengan Yahya bin Ma’in kerana ia lebih baik berbanding aku. Bagaimana orang yang berkarat hati ingin membersihkan hati orang lain, bukankah ini yang disebut oleh Ramadhan al-Buti?” aku sekali lagi terpegun dan tertegun. Sampai begitu sekali tawadhu’nya mahaguru sufi yang tersohor itu. Ya, siapa yang tidak kenal al-Thauri yang faqih lagi zahid. Aku teringat Sa’id Hawwa menjelaskan, jadilah orang faqih yang zahid, bukan orang zahid yang faqih.

Tiba-tiba majlis gempar. Rupanya Abdullah bin Mas’ud RA sahabat nabi yang besar dijemput sama dalam majlis ini untuk memberikan ucapan perasmian. Beliau ditemani mahaguru besar kami Sheikh Abdul Qadir Jailani. Beliau membacakan beberapa ayat al-Quran yang menyentuh tentang kenikmatan syurga dan kedahsyatan neraka. Suaranya merdu sekali. Sekali lagi, suasana jadi khali, dan hati menjadi khalis.

Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah…

¬
Kata Ibn Mas’ud RA, “Bila hati kamu tidak tenang, maka pergilah ke majlis para ulama. Jika hati tetap tidak tenang, maka bacalah al-Quran. Jika hati tetap tidak tenang, maka bangunlah di waktu malam untuk bermunajat. Namun jika hati tetap tidak tenang, maka berdoalah kepada Allah agar kamu diberikan hati yang lain,” ujar Ibn Mas’ud RA sambil merasmikan majlis pada hari ini.

Aku terus menangis dan menangis. Sudah lama aku kekeringan air mata. Aku berjaga malam untuk PRK tetapi aku tidak bertahajud. Aku kuat berjuang tetapi aku kurang membaca al-Quran. Aku banyak berceramah tetapi aku kurang berzikir. Aku kuat berjihad menegakkan Islam tetapi aku sendiri kontang dan kering dengan ilmu. Aku hanya pandai bercakap tetapi tidak berbuat. Aku banyak melakukan maksiat tetapi aku tidak bertaubat. Aku hanya pandai amar ma’ruf tetapi Subuh pun banyak yang aku lewat. Aku bercakap soal ikhlas tetapi riya’ dan ujub menguasai diri.

Dan aku terus menangis sebelum tiba-tiba sahaja semua ahli sufi menghilangkan diri.

Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah…

Penulis,
Ust.Dzulkhairi, bleh dilawati di blog beliau www.dzulkhairi.blogspot.com
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 5 scratches



Assalamualaikum wth all!

saya baru shj membaca tulisan murabbi saya al-fadhil ustaz hazmi dibok al-hafiz berkenaan hobi membaca dlm blognya- hazmidibok.blogspot.com. subhanallah..amazing..book addicts die nih...patut la spek tebal semacam ja...heh..tp sy malu sendiri...sesibuk sibuk dia, masih sempat membaca dengan sgt byk dan jg menulis.. sy plak?? kita suma?? sibukkah kita?? hm..tepuk dahi, tanye diri..sakit x? kalau sakit maknenye..maknenye...ha dah !!pi!! pi baca buku!..jgn malas!!..

haha..kat paragraph atas tu entah kenapa tangan ini rajin menulis pasalnya...mungkin sbb nk bg sedor sket kt diri ni spy kene rajin lg membaca agaknya...jg utk suntikan semangat kpd shbt2 pengunjung...

okeh...senanya niat asal td nk wat mende len..iaitu crita psl hari raya..tp dah termasuk simpang len plak...

Baiklah, dlm picture di atas ada tercatat "Hari Raya Idulfitri, bersama kita hayati sambutannya spt yg dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW dan ulama`.." (time kasih kepada designer cik darul)..saya sgt tertarik dgn slogan di atas kerana ianya membawa maksud dan penghayatan yg sgt sesuai utk seisi umat Islam khususnya di Mlaysia hari ini...

Menyambut hari kemenangan 1 Syawal pastinya meriah dan penuh dgn kegembiraan. umat islam bertakbir dgn penuh smgt, bermaaf-maafan, ziarah menziarahi dsb nya..namun, sejauh manakah kita semua tahu bagaimana sebenarnya Rasulullah SAW menyambut hari raya idulftiri?? apakah sunnah yg telah baginda tinggalkan utk kita sama2 contohi?? dan bagaimana pula sebenarnya cara2 sambutan hari raya idulfitri pd zaman ini yg terbaik? apakah batas2 dan apakah pula galakkan2 yg patut dicegah dan dibuat? sudah tentu semuanya menjadi persoalan utk kita telesuri dan kaji..kalau benar kita ini adalah org yg sentiasa nk ikut yg terbaik yg Islam anjurkan..
justeru, di sini sy lampirkan beberapa tips dan panduan berhari raya..sesuai spt yg dicontohkan oleh baginda Nabi SAW dan juga dianjurkan oleh para ulama`...selamat memabaca ^^


AMALAN SUNNAH DI HARI RAYA

Oleh: Us.Zuridan Md.Daud

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kepada Allah Taala kerana kita selamat menjalani ibadah puasa. Semoga segala amalan yang telah dilakukan mendapat ganjaran pahala berlipat ganda dari Allah Azza Wajalla.
Aidilifitri berasal Ų§Ł„Ų¹ŁŠŲÆ dari katakerja bahasa Arab iaitu : Ų¹Ų§ŲÆ يعود yang bermaksud kembali. Ini adalah kerana musim kegembiraan yang kembali setiap tahun. Di dalam Al-Quran perkataan ‘Aid’ telah dinyatakan oleh Allah Taala di dalam firmanNya yang bermaksud: (( Isa putera Maryam berdoa: "Ya Tuhan kami turunkanlah kepada kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami yaitu orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau. Berikanlah rezeki kepada kami, dan Engkaulah pemberi rezeki yang paling Utama")). Surah Al-Maidah:114.

Anas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w ketika sampai di Madinah mendapati penduduk Madinah sentiasa merayakan dua hari kegembiraan mereka. Lalu Nabi s.a.w bersabda:

قـَŲÆْ Ų£ŲØْŲÆَلـَŁƒŁ€ُŁ…ُ اللهُ تعالى ŲØŁ€ِهـِŁ…َŲ§ خـَيْŲ±ًŲ§ Ł…ِنـْهُŁ…َŲ§: ŁŠŁ€َوْŁ…َ الفِŲ·Ł€ْŲ±ِ وَالأضـْŲ­َى

Maksudnya: Sesungguhya Allah Taala menggantikan keduanya dengan yang lebih baik iaitu Hariraya Aidilfitri dan Aidiladha.

Imam Muslim meriwayatkan bahawa Aisyah r.h berkata:

جـَŲ§Ų”َ Ų­َŲØْŲ“ٌ يَŲ²ْفـِنـُوْنَ فِيْ يَوْŁ…ِ Ų¹ِيْŲÆٍ في المَŲ³ْŲ¬ŲÆِ فـَŲÆَŲ¹َŲ§Ł†ŁŠ Ų§Ł„Ł†ŲØŁŠ صلى الله Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł… فـَوَŲ¶َŲ¹ْŲŖُ Ų±َŲ£Ų³ِيْ على Ł…َنـْكِŲØŁ€ِهِ فـَŲ¬َŲ¹َلـْŲŖُ أنـْŲøŁ€ُŲ±ُ ؄لىَ لـَŲ¹ْŲØŁ€ِهـِŁ…ْ Ų­Ł€َتىَّ ŁƒŁ€ُنـْŲŖُ أنـَŲ§ Ų§Ł„ŲŖŁŠْ أنـْŲµَŲ±ِفُ Ų¹َنِ النـَŲøŁ€َŲ±ِ ؄لـَيْهـِŁ…ْ

Maksudnya: Beberapa orang Habsyah datang ke Masjid pada hariraya dan mereka menari. Nabi s.a.w memanggilku dan aku letakkan kepada di atas bahunya, kemudian aku turut serta menonton permainan (tarian) mereka hinggalah aku sendiri memalingkan muka kerana malu melihat mereka.

Berdasarkan hadis di atas maka adalah menjadi keharusan hariraya di sambut dengan hiburan yang boleh menceriakan jiwa dan menggembirakan.
Di pagi hariraya adalah disunatkan supaya mandi, berpakaian indah dan berwangi-wangian. Hassan Al-Sabt r.a berkata:

أمَŲ±َنـَŲ§ النـَŲØŁ€ِيُّ Ųµَلىَ الله Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ ŁˆŲ³Ł„Ł… في العَيْŲÆَيْن أنْ نـَلـْŲØŁ€ِŲ³َ أجـْوَŲÆَ Ł…َŲ§ نـَŲ¬ِŲÆُ وَأنْ نـَŲŖŁ€َŲ·Ł€َيَّŲØَ ŲØŁ€ِأجـْوَŲÆِ Ł…َŲ§ نـَجـِŲÆُ

Maksudnya: Nabi s.a.w menyuruh kami memakai pakaian terbaik pada dua hariraya dan juga menggunakan haruman terbaik yang kami ada. Hadis riwayat al-Hakim.

Di hariraya Aidilfitri terdapat amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan, antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Anas r.a: Bahawa Nabi s.a.w tidak keluar pada hariraya Aidilfitri hingga dia makan buah kurma dan dia tidak makan melainkan secara ganjil. Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Ahmad.

Buraidah r.a meriwayatkan: Bahawa Nabi s.a.w tidak keluar pada hariraya Aidilfitri hingga beliau makan dan pada hari Aidiladha pula beliau tidak makan hingga pulang (dari solat). Hadi riwayat Tarmizi, Ibnu Majah dan Ahmad.

Oleh itu di pagi hariraya sebelum menuju ke Masjid untuk solat hariraya adalah baik makan terlebih dahulu dan disunnat makan buah kurma secara ganjil bilangannya.
Di samping itu jika boleh ketika pulang dari solat hariraya laluilah jalan lain kerana menepati sunnah Nabi s.a.w. Jabir r.a. meriwayatkan: Bahawa Nabi s.a.w pada hariraya Aidilfitri mengambil jalan lain (pergi dan balik untuk solat hariraya).

Di hariraya juga ummat Islam digalakkan mengucapkan selamat kepada saudara sesama Islam sebagai ucapan tahniah dengan ketibaan hariraya. Jubair bin Nafir meriwayatkan: Bahawa sahabat-sahabat Nabi s.a.w apabila bertemu di hariraya mereka saling mengucapkan “Taqabbalallahu minna wa minka” (Allah menerima (amalan) dari kami dan darimu).

Bagi menambahkan lagi suasana kegembiraan sempena ketibaan hariraya Aidilfitri maka disunatkan bertakbir seawal terbenam matahari hari akhir Ramadan sehingga sebelum solat hariraya.


2- HAri Raya, yang perlu buat dan jgn buat

Oleh: Us.Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

BOLEHKAH BERSUKARIA DI MUSIM RAYA?

Jika demikian, adakah Muslim di tegah untuk bersuka ria di hari raya dan hanya bersedih sahaja ?.

Jawapannya, bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam.

Nabi SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah Rasulullah SAW dengan katanya :

دعهما يا Ų£ŲØŲ§ بكر ف؄نها Ų£ŁŠŲ§Ł… عيد

Ertinya : "Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya" ( Riwayat Al-Bukhari)

Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan.

Sudah tentu mukmin ini merasa puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya adalah terpulang kepada Allah SWT semata. Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :

من Ų³َŲ±َّŲŖْهُ Ų­َŲ³َنَŲŖُهُ وَŲ³َŲ§Ų”َŲŖْهُ Ų³َيِّŲ¦َŲŖُهُ ŁŲ°Ł„Łƒ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ¤ْŁ…ِنُ

Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )

Selain mengenangkan usaha berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadhan, bergembira juga atas kejayaan membina ‘benteng kukuh' dari godaan Syaitan, bukankah Nabi SAW telah menyebut bahawa "Puasa itu benteng" (Riwayat Al-Bukhari).

Kerana itu mereka menyambutnya dengan kegembiraan.

MENGAPA ORANG MUKMIN TULEN BERSEDIH?

Jika tadi disebut mukmin gembira, kali ini mengapa pula mukmin bersedih dengan pemergian Ramdahan?.

Secara ringkasnya, dengan berdasarkan dalil-dalil yang sohih, peluang dan kemudahan yang diberikan Allah SWT di bulan ini yang pastinya akan dirindui dan di tangisi oleh para mukminin dan solihin adalah :-

1) Peluang untuk meraih ke Syurga yang terbuka luas di dalamnya, berdasarkan hadith yang menyebut tentang pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan Syaitan di belenggu. Lalu mukmin sentiasa bimbang akan penerimaan Allah SWT terhadap diri dan amalannya.

2) Tawaran pengampunan dosa-dosa silam bagi yang berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan solat terawih ikhlas kerana Allah. Berdasarkan hadith Bukhari dan Muslim. Tamat jua peruntukan hebat ini di akhir Ramadhan.

3) Kemaqbulan doa yang hebat ketika berpuasa dan berbuka berdasarkan hadith Riwayat Ibn Majah yang sohih. Berlalulah tawaran ini dengan pemergian Ramadhan.

4) Peluang mempertingkat taqwa, iman dan menambah keberkatan dalam hidup dunia dan akhirat. Ia berdasarkan firman Allah SWT.

5) Peluang terbesar di Malam al-Qadar yang amat istimewa. (Rujuk artikel lepas)

Hasil dari sebab inilah, kita dapati ramai ulama silam disifatkan amat sedih dengan pemergian Ramadhan, terutamanya apabila memikirkan samada akan dapat bertemu lagi pelaung sehebat Ramadhan di tahun hadapan.

TAMATNYA SIRI YANG DIMINATI

Bagi sesiapa yang ingin memahaminya dengan lebih lagi. Cuba anda bayangkan anda meminati sebuah rancangan drama di televisyen yang disiarkan tepat jam 5-6 petang setiap hari.

Rancangan yang tidak pasti akan ada ulangannya atau tidak ini, sudah anda ikuti siri-sirinya sejak sekian lama, tiba-tiba dengan sebab jem yang teruk di jalanan, anda terlepas dari menyaksikannya. Anda juga tidak pasti bagaimana atau samada anda boleh mendapatkan rancangan ulangannya. Demikian juga anda pasti merasakan sedih kerana rancangan kegemaran anda sudah hampir berakhir. Sedangkan anda masih belum puas menontonnya dan menikmatinya.

Sebagaimana perasaan hiba dua ibubapa yang ingin berpisah dengan anak kesayangannya setelah selesai musim cuti hariraya.

Dan sebagaimana sedinya ibubapa En Jazimin dan isterinya berpisah dengan buah hati mereka Al-Marhumah Nurin Jazlin buat selama-lamanya.

Demikianlah para mukmin soleh dengan Ramadhan, tamatnya siri hebat ramadhan ini amat memilukan bagi mereka yang hatinya bersinar dengan cahaya iman.

RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalahhu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Disebut dalam sebuah riwayat :

قال ŁˆŲ§Ų«Ł„Ų© Ł„Ł‚ŁŠŲŖ Ų±Ų³ŁˆŁ„ الله ŁŠŁˆŁ… عيد فقلت تقبل الله منا ŁˆŁ…Ł†Łƒ قال نعم تقبل الله منا ŁˆŁ…Ł†Łƒ

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.



RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA


Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.



7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.



Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.





Sekian dahulu..semoga kita semua dpt manfaat drp entry kali ini...sama2 kita amal dan sampaikan..

Selamat Hari Raya Idil Fitri 1429H

"Taqabballahu Minna Wa Minkum Solehal A'Mal"


Nasrul Hadi Johari,
Dungun, Terengganu


Sekian dahulu,
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches


Berkesempatan sekali lagi ke masjid di waktu pagi dinihari..wah meriah!...ramai betul adik-adik mahasiswa dan staff yang sedang khusyuk beribadat..ada yang sedang solat, ada yg mengaji, berzikir, bertafakur dan jg, masih ada yg berdengkur (huhu)...apepun tahniah semua...anda telah menghangatkan lagi pesta ramadhan kita kali ini...dengan meneruskan pemburuan mencari malam yang lebih baik drp seribu bulan, Laitul Qadr Al Kubra... Firman Allah bermaksud: “Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan” (Surah al-Qadr, ayat 3) .

Selamat meneruskan pemburuan mencari malam Lailatul Qadr yang penuh berkat….malam yang penuh dengan bonus pahala dan kasih Allah….jadikanlah pemburuan ini satu keutamaan dalam jadual hidup sehari-hari disepanjang 10 malam terakhir Ramadhan ini…

moga-moga semangat yg berkobar-kobar, rasa penghayatan dan kesabaran yang kita zahirkan, akan mendapat penilaian di sisi Allah …langsung dikurniakan kita kesempatan untuk merasai kemanisan beribadat di malam Lailatul Qadr ini – doakan saya juga..

TAZKIRAH LAILATUL QADR..

1- Mengapa Allah kurniakan malam Lailatul Qadr??
Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;
Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.
Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w.
Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.


2- Dorongan Nabi supaya umatnya terus beribadat pada malam tersebut
Kerana keutamaan ini, Rasulullah menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadar yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan.
Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, Witir, solat Tarawih, membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah dan amalan solih lain yang dianjurkanIslam.
Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering Baginda baca ialah doa maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.”
Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

3- Hikmah dirahsiakan kehadirannya
Sesungguhnya ayat al-Quran yang menceritakan tentang masa berlaku Lailatul Qadr, tidak dijelaskan secara jelas, kerana ia bertujuan agar manusia tidak hanya tertumpu pada satu malam sahaja jika mereka tahu malam tersebut, justeru ia dirahsiakan agar mereka menghidupkan setiap malam terakhir Ramadan dengan amalan-amalan yang pernah dilakukan oleh baginda, para sahabat dan para solihin terdahulu.
Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.
Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.
Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.
Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.
Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.
Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka’ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu’awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. “Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27.”
Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.
Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.
Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.
Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.
Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. “Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan.”
Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.
Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri.

4- Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr
Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.
Lailatul Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh.
Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.
Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
Ada yang berkata doa permohonannya makbul.

5- Fikir masalah umat ketika sedang beritikaf adalah ibadat
Bukan sahaja melakukan ibadat qiyamullail itu dikira sebagai satu amal ibadat yang baik di sisi Allah SWT, malah memikirkan sesuatu khususnya mengenai masalah yang melanda umat Islam hari ini juga dikira sebagai ibadat yang besar, apatah lagi ketika menjalani proses beriĆ¢€™tikaf dalam masjid pada malam-malam terakhir Ramadan.
Lebih-lebih lagi masalah umat secara global, sama ada keruntuhan moral, perilaku, akhlak di kalangan remaja lelaki mahupun perempuan, masalah krisis keyakinan terhadap Islam di kalangan mereka yang mempunyai profil tinggi dan lain-lain, kesemua itu dapat ditangani jika masing-masing memainkan peranan sebagai hamba Allah yang mempunyai jati diri sebagai orang yang bertakwa seperti yang dituntut dalam ayat mengenai matlamat pelaksanaan ibadat puasa.

6- Fadilat Lailatul Qadr
Mungkin terdapat sesetengah orang menyangka bahawa mendirikan Qiyamullail pada disepertiga (1/3) malam iaitu dengan hanya bersolat Tarawih (Qiyam Ramadan) berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba’diyah Isya’. Apakah orang seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat di malam Al-Qadr (sekiranya berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)?
Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) :
“Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :’Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu’ - [Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].
Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :
“Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya’ berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.
Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :”Barangsiapa yang bersolat Isya’ berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami’ Saghir - 6341).
Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya’, adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi :
“Barangsiapa yang solat Isya’ berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam, dan barangsiapa bersolat Isya’ dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam (sumber yang sama - 6342).”
Semoga tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu dengan Lailatul Qadr, iaitu satu malam yang penuh dengan misteri, supaya pahala amalan kita dilipat gandakan oleh Allah dan dikira sebagai amal-amal yang solih, Insya Allah.
[ Read More ]