• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Al-hubb huna,love is around

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, ...

Cream of the crop

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. ...

A foot in the door

Here's an mp3 file that was uploaded as an attachment: Juan Manuel Fangio by Yue And here's a link to an external mp3 file: Acclimate by General Fuzz Both are CC licensed. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, ...

A feather in one's cap

Some block quote tests: Here's a one line quote. This part isn't quoted. Here's a much longer quote: Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem, varius aliquet, ...

Let's bring the house down

I'm just a lowly contributor. My posts must be approved by the editor.Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at ...

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches


Assalamualaikum wth...
“Dan kahwinkanlah orang bersendirian (belum kahwin) di antara kamu” (an-Nur: 32)

“Nikah itu adalah sunnatku, maka barangsiapa yang benci kepada sunnatku, nescaya telah membenci aku.”
“Wahai pemuda-pemuda,sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin,maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri”- (riwayat Bukhari dan Muslim)

Selamat Pengantin Baru Kawan-kawan!!! 
Tahniah dan syabas kepada:
  •   Zulzaeri [Korea] + Zaidatul Husna (Jitra, Kedah) 6 June 2010
  •   Farihah [SMKATJ] + Hasbul Hadi [KMM] ( Kuala Terengganu, Trg) 6 Jun 2010
  •   Kak Liza [Samsung] + Pasangan ( Petaling Jaya, Selangor) 6 Jun 2010
  •   Nurliana [KMM] + Pasangan [Muar, Johor] 6 Jun 2010
  •   Kyo [UMP] + Ida (Sg.Petani, Kedah) 6 Jun 2010
  •   Izzati [SMAPK] + Alan (Johor Bahru), 5 Jun 2010
  •   Zakuan [KMM] + Mariana [KMM](Jerteh & Pasir Mas) 6 & 8 Jun 2010
  •   Najmi [KMM] + Pasangan (Pasir Mas) 11 Jun 2010
  •   Wahyuni [KMM] + Latif [UITM SA] (Masai, Pasir Gudang & Kluang, Johor) 12 & 19 Jun 2010
  •   Zafaruddin [SHAMS,KMM,UMP, rival?haha] + Ain [KMM] (Kuala Terengganu) 12 Jun 2010
  •   Shahril Ashraf aka Chek [UMP] + Pasangan [UMP] (Kota Bahru) 12 Jun 2010
  •   Bashori [UMP] + Izzati (Jitra, Kedah) 15 Jun 2010
  •   Diyana [cousin] + Pasangan (KL) 19 Jun 2010
  •   Jabar [SMKATJ] + Pasangan (Klang) 6 Jun 2010
  •   Shahfiran [UMP] + Pasangan (Kuala Kangsar, Perak) 29 Mei 2010
  •   Sabri [SMKATJ] + Asmanizan (Kuala Terengganu) 13 Jun 2010
  •   Sarah Shazwani [SMAPK] + Ismail (Bangi) 24 July 2010
  •   Khauthar [SMAPK] + Zaharan (Kepala Batas) 12 Jun 2010
  •   Addli Suhaimi [UMP] + Nur Syuhada Ramli [UMP] (Bachok) 6 Jun 2010
  •   Abdul Hakim [UMP] + Nurul Farhana (Kuala Krau, Pahang) 9 May 2010
  •   Arina Abdullah [Durian Mas] + Pasangan (Al-Muktafi Billah Shah @ Durian Mas, Dungun) 6 Jun 2010
  • Akhtar Anuar [Durian Mas] + Pasangan (Al-Muktafi Billah Shah @ Durian Mas, Dungun) 30 Mei 2010 
  • Azrol Abdullah [Durian Mas] + Pasangan , (Al-Muktafi Billah Shah @ Durian Mas, Dungun) 12 jun 2010 
  • Hilmi Kamal [Durian Mas] + Basirah , (Al-Muktafi Billah Shah @ Durian Mas, Dungun) 19 Jun 2010
“Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razakakuma zurriyatan tayyibatan tanfaul ISLAM wal muslimin“.

Rasanya ada lagi yang tidak tercatat di atas...x tau dah kat mana letak kad jemputannya...banyak sangat!!...berbundle2...fuh....mintak maaf ye kepada yang berkenaan. nanti ada masa saya update lagi


Juga minta maaf pada semua kawan yang menjemput, kerana saya dan isteri tak dapat memenuhi semua jemputan.

Berada di hujung semenanjung Malaysia (JB) ni membataskan sedikit sebanyak pergerakan. tambahan pula isteri sedang sarat mengandung..bahaya bejalan byk2 (pesan org tua..heh)...

apepun sekali lagi tahniah kepada sahabat-sahabat!..
Semoga menjadi pasangan suami isteri yang solehah..


Cadangan saya kepada semua pasangan bahagia di atas: 
belilah buku "Pedoman Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam", karangan Dr.Abdullah Nashih Ulwan.

buku yang sangat bagus dan baik untuk panduan anda!

                                                          Gambar Hiasan...hehehe

[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 2 scratches

assalamualaikum wth..


alhamdulillah syukur...kita semua masih lg dalam mode BENCI dan BENGANG dengan Yahudi Israel Laknatullah....smg semangat dan iltizam membenci musuh Allah SWT ini akan berterusan..


Hari ini saya dapat satu email daripada seorang sahabat...pastinya mengenai YAHUDI ISRAEL BANGSAT!!..


kisah yang diceritakan sendiri oleh salah seorang volunteer kemanusian ke GAZA, saudara RAZAli Awang, Pemberita TV3 tu....

bagaimana pengalaman beliau sepanjang di GAZA....yang pastinya satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan.. kenangan abadi sampai mati... 

ikuti pengalaman saudara RAzali Awang yang ditulis/ dicatat kembali oleh sahabat saya ini:.


Salam,

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke
Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi:  

Mesir
 
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke
Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...  "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang. 

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di
Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!!  Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine )

Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari
Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat
Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama .tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan
Los Angeles kalau tak kerana peperangan.. 

Hamas

 
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid.  Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh
Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi.. 


Israel

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal
Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!!
Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke
Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..
 
Wasalam.
 The bellow photos are not a Movie Shooting or Celebrating a festival with crackers... its a school in Gaza ..  this is the current situation of the innocent people in Gaza !

Make sure you read till last to know what is white phosphorus! and the effect!
 
( UNRWA SCHOOL IN BEIT LAHIA, GAZA , PALESTINE )








 PLEASE PASS THIS MAIL .. LET THE WORLD KNOW  


 Wallahua'lam
 
 

haa...ada rase cam panas hati x bace email n tgk gamba2 tu? mendidih kan....bangsat kamu wahai Yahudi Israel...

kekejaman bangsa Yahudi ISrael ini seolah-olah tiada penamatnya. dibantu pula oleh mereka yang mengaku Islam tetapi perangai macam syaitan. Maka apa lagi yang mampu kita buat wahai sahabat? 
1) menulislah mengenai ISrael laknatullah ini, kerana tulisan itu bakal kekal untuk menjadi tatapan sehingga ke anak cucu. biar mereka tahu betapa jahat dan zalimnya Israel
2) teruslah bercakap mengenai Palestine ini. jangan sesekali kita lupa untuk mengambil updated story mengenainya. jgn sampai satu masa nanti ada orang yang bertanya " eih Palestin tu kat mana ya?"
3) banyakkanlah membaca mengenai sejarah Islam dan Palestin. JANGAN BUTA SEJARAH!
4) sentiasa tanamkan semangat untuk menjadi pembela kepada saudara Muslim kita di Palestin. ketahuilah jiwa2 kita sangat dahagakan semangat ini! 
5) Sentiasa doakan mereka..
 TAKBIR!!
Allahu Akbar
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 1 scratches

10 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang ‘Tragedi Mavi Marmara’

1. Mavi Marmara merupakan kapal utama yang mengetuai konvoi 6 kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, memuatkan hampir 700 orang dari 50 buah negara yang berbeza.


2. 12 orang rakyat Malaysia yang ikut serta di dalam kapal Mavi Marmara yang terdiri daripada sukarelawan, doktor serta wartawan sedang ditahan oleh Israel dan keadaan mereka masih tidak diketahui dengan jelas.


3. Barang-barang yang dibawa bersama oleh Freedom Frotilla ini adalah seperti ubat-ubatan, bahan binaan, rumah pasang siap, buku, alat tulis, kerusi roda dan lain-lain lagi keperluan rakyat Gaza yang telah dikenakan sekatan sepenuhnya oleh Israel sejak 4 tahun yang lepas.


4. Penumpang-penumpang terdiri daripada sukarelawan bantuan kemanusiaan, doktor, wartawan dan ahli parlimen yang tidak sanggup melihat penderitaan rakyat Gaza ditindas sesuka hati oleh Israel dan dibiarkan sahaja oleh negara-negara lain.


5. Kini Israel mengamalkan dasar media tertutup dengan menghalang sebarang maklumat berkaitan peristiwa ini keluar dan cuba memutarbelitkan fakta agar menghalalkan tindakan mereka melakukan pembunuhan terhadap orang awam.


6. Kapal-kapal, penumpang dan barang-barang telah melalui proses pemeriksaan yang ketat di pelabuhan bagi memastikan tiada bahan berbahaya atau senjata dibawa dan kesemua individu merupakan pekerja bantuan kemanusiaan.


7. Kapal Mavi Marmara diserang di perairan antarabangsa, bukannya di perairan yang dikuasai oleh Isreal.


8. Tindakan para penumpang Mavi Marmara merupakan reaksi kepada aksi ganas Israel yang ingin merampas kapal dengan menembak dari helikopter dahulu sebelum pasukan komando lengkap bersenjata mendarat yang kemudiannya dihalang oleh penumpang kapal.


9. Armada laut Israel menghantar pasukan komando lengkap bersenjata dan dibantu oleh helikopter, bot laju serta kapal perang untuk merampas kapal-kapal Freedom Frotilla yang dinaiki oleh orang awam yang tidak bersenjata.


10. Anda boleh melakukan sesuatu. Sebarkan maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, sedarkan masyarakat tentang tindakan biadab Israel, ambil tindakan sewajarnya dan pohon doa kepada Allah.

Maklumat lanjut: http://www.lifeline4gaza.org/
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches

Assalamualaikum kwn2,

sila baca kenyataan penuh daripada Sekretariat Misi Kemanusian ke Palestin di bawah ini. WAJIB BACA! dan WAJIB SAMPAIKAN!  


GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA

Perkembangan terkini flotilla Lifeline4Gaza;

1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.

2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.

3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain

a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,

b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,

c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan

d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.

Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.

4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.

5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.

6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.

7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.

8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.

9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.

10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.

Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia
  

kwn2!, ada faham ka??  jelas? kalo dh faham...please do something!!! we are millatulMuslim! 

[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches

"mereka datang ke kawasan dan wilayah kami tanpa kebenaran. kami memadang serius perkara ini dan akan mengerahkan tentera kami utk mengawal perairan dengan seketat mungkin. kami akan pastikan tiada satu pun dari kapal2 itu berjaya melepasi sekatan kami" - kata menteri luar dan diplomatik Isreal Haram

sambung beliau yg jahanam ini lagi,

"mereka masuk ke kawasan kami dengan tanpa izin. jadi kami harap masyarakat dunia dapat memahami situasi kami"

(sedutan daripada Berita TV3 jam 8...pd minggu lepas...)

kepala hotak die....terasa macam mahu disiat2 kulit mamat zionist satanic israel nih....geram betol aku bile tgk belagaknye mamat kafir ni menjawab soklan2 wartawan....

die igt kawan2 kita dlm konvoi kemanusiaan tu (dlm kapal2 tu ha) mmg saja2 berniat x nk mintak kebenaran ke hape??? sedari dulu kamu bunuh dan takluk rakyat dan tanah suci palestin tu, sampailah ke sekarang, bile mase nye kamu pernah buka pintu untuk bantuan kemanusiaan???? mmg bangang mereka ini...patut lah ALlah letakkan mereka confirm kt neraka plg bawah di akhirat nnt...

ayuh semua muslim!...millat Islam!...sama2 kite doakan sahabat2 kite yg berjuang dlm misi kemamusian tersebut...smg Allah melindungi mereka daripada gangguan dan kekejamana syaitan2 manusia itu....dan juga sama kita doakan agar Zionist ISrael hancur!....hancur hancur ..hancur Israel...

smg ada statement rasmi drp PM Malaysia mengutuk kekejaman Israel ni, desak spy Israel bg laluan...
(PM kita kan anak jantan...dh berani luluskan lesen judi tu....apalah sgt kalo nk kutuk israel^~)


Konvoi Gaza: 16 mati, kapal dirampas
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 31 Mei: (12.30 tengah hari waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada pagi ini, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.
Laman web Haluan Palestin melaporkan, konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65 km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.
Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup ketika mereka memasuki dan merampas kapal.
Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.
“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan,” katanya.
Ketika ini, ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.
Untuk makluman, seramai lapan orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama empat orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Muslim Care.
Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.
Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600.
Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada di atas kapal dan Allah SWT sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah SWT.
Untuk mengikuti lintas langsung perkembangan tersebut, sila layari http://www.livestream.com/insaniyardim/
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 2 scratches

Assalamualaikum wth...


sy maklum ramai yg terbakar dengan isu ni...Perjudian Bolasepak Akan Di'Halalkan'?

terase sgt x cerdik rupanya kerajaan yg memerintah aku, kamu dan suma2 org kt Malaysia nih..

mmg x cerdik...ataupun boleh dikata x mumayyiz..kerana mumayyiz itu adalah peringkat kanak2 yg dh tahu utk membezakan pahala dan dosa, baik dan buruk, sejahtera dan celaka dan sebagainya....

JUDI dalam islam hukumnya HARAM secara QAT`E...maksudnya, apa shj usaha dan perbuatan yg menjurus kpd PERJUDIAN adalah HARAM dan tertolak dlm Islam!

kalau dh HARAM, hukumnya DOSA!!....xpaham2 lg kah wahai Awang Adek????


habis tu? mcmanalah orang Islam di Malaysia tercinta ni x terbakar??

bising2 ckp 1Malaysia negara Islam...

apekah?????


mengambil sikap menentang!, ku harap kawan2 juge turut sama berjuang!
ayuh kite bising dan war2kan isu ini!...

utk lebih lanjut, sila bace kupasa panjang ustaz Zaharuddin kt bawah ni..




Perjudian Bolasepak Akan Di'Halalkan'?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net




Perjudian adalah satu jenis permainan pertaruhan yang mana pihak yang menang akan meraih wang pertaruhan mereka yang kalah. Tidak dinamakan perjudian jika kedua-dua pihak mencapai kemenangan. Itulah sifat perjudian yang diharamkan di dalam undang-undang Islam. Malah juga dilarang oleh semua agama lain.

Oleh itu, secara peribadi saya terperanjat (malah ramai yang lain juga) membaca kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien yang menyatakan pertimbangan sedang dibuat untuk meluluskan lessen perjudian bolasepak sempena kejohanan Bola sepak Piala Dunia yang akan datang ini.

HUJJAH BELIAU

Beliau dirakamkan oleh akhabar tempatan berkata :

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram)."

BANTAHAN & RASIONAL

Pegeluaran lesen atas alas an untuk mengawal dan mengethaui jumlah wang pertaruhan adalah tertolak di sisi Islam. Sesebuah kerajaan dan pemimpin mestilah lebih kreatif dan bertanggungjawab dalam mencari jalan mengawal perjudian gelap.

Kawalannya bukanlah dengan memberi lesen kerana itu hanya akan lebih memakmurkan gejala tersebut. Tetapi KAWALAN adalah dengan memperkenalkan teknik banteras, hukuman lebih keras dan tahap efisyen yang lebih kemas bagi memerangkap mereka yang terlibat.

Namun apabila lesen diberikan, ia jelas merupakan satu galakan kepada kaki judi dan seterusnya seolah-olah memberi mesej bahawa:

‘Kerajaan ingin tumpang sekaki dalam perjudian mereka"

"Kerajaan ingin turut merasa sedikit imbuhan hasil perjudian mereka yang berjudi, so jika lebih ramai berjudi, lebih baik kepada kerajaan akan mendapat sesuatu"

ANALOGI

Ia seolah-olah kerana kerajaan ingin menbenarkan benda yang tidak benar.

Bolehkah atas alasan mengetahui jumah sebenar & mengawal MAT REMPIT yang berempit di atas jalan raya secara haram, maka KERAJAAN MEMPERTIMBANGKAN PEMBERIAN LESEN MEREMPIT kepada mt rempit di atas JALAN RAYA AWAM. Semua mat rempit mestilah mendaftar dan membayar yuran untuk merempit di atas jalan raya. Bukan LESEN UNTUK merempit di trek lumba dan IA IBARAT memberi LESEN untuk terus merempit di JALAN RAYA.

Merempit di jalan raya awam banyak mudaratnya kepada mat rempit itu sendiri dan juga orang awam. Demikian juga kesnya membenarkan perjudian bola sepak ‘gelap' untuk dijadikan ‘terang' tetapi tetap di atas laluan yang memudaratkan orang awam.

JUSTERU

Kerajaan yang bertanggungjawab MESTILAH sentiasa mengurangkan aktiviti negatif di kalangan rakyat, bukannya meraikan dan meluluskannya.

Sedarilah, perjudian hanya akan menjerumuskan rakyat di dalam :-

a- Kancah hutang dan masalah kewangan lebih serius. Kita bimbang kecenderungan masyarakat Malaysia yang sukakan skim cepat kaya, yang sering diserbu, diharamkan DAN DISITA oleh kerajaan. Namun peliknya, kini kerajaan seolah ingin membenarkan skim tersebut, perjudian adalah salah satu jenis skim cepat kaya, yang sering membawa kayap.

b- Seterusnya membawa kepada masalah dan krisis rumahtangga. Pergaduahan suami isteri, anak mencuri duit ibu ayah untuk berjudi, suami curi duit isteri dan sebagainya,

c- Kita bimbang, hasil lesen yang diberi, kanak-kanak akan turut serta dalam perjudian khususnya secara online. Dan tiada sesiapa boleh menghalang kerana lesen telah diberi oleh kerajaan dan perbuatan itu tidak lagi dianggap satu kesalahan.

d- Masyarakat tidak progresif kerana menjadi lalai untuk meneka dan bertaruh serta menonton bolasepak secara berlebihan. Kalau dulu penonton hanya ‘exited' untuk melihat pasukan yang disokong, kini, bakal menjadi begitu obsess dan tertekan kerana keputusan perlawanan melibatkan wang yang ditaruh.

e- Mendorong rakyat memfokuskan kepada perolehan keuntungan secara cepat tanpa skill, namun akhirnya kerugian sahaja yang lebih kerap menjelma. Manakan tidak, dalam perjudian, peratusan pihak yang menang sentiasa lebih kecil berbanding yag kalah. Bermakna, jika seorang menang dan bergembira atas kemenangannya, yang kalah mungkin 1000 orang yang berduka cita. Dukacita tersebut mungkin tidak berhenti di situ malah berturutan kepada masalah lain, ibarat ‘domino effect'.

f- Kesan buruk kekalahan; kekalahan boleh yang menyebabkan kemarahan, memandu berbahaya di jalan raya, pergaduhan di dalam rumahtangga, kesan psikologi di tempat kerja menyebabkan kurang produktiviti, mungkin dikejar ‘ALONG' kerana berhutang dengan along untuk berjudi.

g- Pemberian lesen itu seolah menjolok sarang Syaitan, kerana kemungkinan ada indifidu yang tidak begitu terdorong untuk berjudi kerana merasa sukar dek kerana ia merupakan aktiviti gelap dan salah dis isi undang-iundang. Namun akibat lesen tersbeut, dorongannya semakin kuat dan dipermudah.

NASIHAT

Buat menteri dan pihak berkuasa yang beragama Islam khususnya, sedarilah tegahan Allah :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-baqarah : 219)

Dan juga larangan selanjutnya

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

Justeru itu, saya amat berharap agar Menteri Agama dapat segera memberi panduan dalam hal ini. Jika Menteri Agama sependapat dengan Timbalan Menteri Kewangan, kami sekalu ahli akademik sangat ingin mendengar dan membaca justifikasi dan dalil serta hujjah keharusan tersebut JIKA tiba-tiba Menteri Agama atau mana-mana Mufti bersetuju dengan tindakan itu.

Perlu difahami, hujjah maslahat TIDAK BOLEH digunakan sama sekali dalam hal yang JELAS BERTENTANGAN dengan teks Al-Quran dan Hadis. Tiada maslahat dan tidak termasuk di dalam Maqasid al-Shariah dalam mengharuskan perjudian untuk masyarakat.

Oleh kerana isu perjudian adalah isu ‘Qat'ie di dalam Islam, saya AMAT BERHARAP pihak Salafi, Wahabi, Ahbash, Tradisional Pondok, Tarekat Sufi, Syiah, ahli akademik universiti, tabligh dan semua pihak agar tampil menyatakan pandangan dan bantahan mereka. Paling minima di blog dan website rasmi mereka. Jangan hanya berselisih dan berdebat bertahun-tahun dengan begitu kreatif, tetapi SENYAP SUNYI tanpa kenyataan umum dalam hal sebegini.

Disebutkan di dalam kaedah Fiqhiyyah yang dicatatkan oleh Al-Imam As-Sayuti Al-Shafi'i:-

لا يُنْكَرُ المختلِفُ فيه وإنما يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عليهِ

Ertinya : Tidak diingkari dalam hal yang diperselisihkan (ijtihad ulama), namun sesungguhnya keingkaran (bantahan) adalah pada perkara yang disepakati (haramnya)( Al-Asbah wa Al-Nazair, kaedah no 35, hlm 292 )

Tanpa syak lagi, perjudian adalah tergolong di dalam perkara yang disepakati secara ijma' berkenaan pengharamannya. Justeru, bantahan kita dan para ulama terhadapnya adalah SANGAT PERLU.

Jangan biarkan hanya orang politik berkata, kerana apabila orang politik berhujah dan berkata-kata, mereka akan sering dilihat sebagai bermotif politik. Kita perlu mereka yang lain juga agar bersuara, supaya Allah meredhai usaha kita.


BAGI MEREKA YANG INGIN MEMBERIKAN KOMEN TERHADAP ARTIKEL INI, SAYA HARAP TIDAK PERLULAH BERPOLITIK KEPARTIAN DALAM KOMEN ANDA (KERANA IA HANYA AKAN MENGERUHKAN KEADAAN SECARA KURANG SIHAT DAN MENYERET KEPADA ISU LAIN), CUKUPLAH BAWAKAN TAMBAHAN RASIONAL DAN JUSTIFIKASI SECARA ILMU DAN BUKAN EMOSI.

Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

08 Mei 2010



BACA PETIKAN BERITA BERKAITAN



KUALA LUMPUR 6 Mei - Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Awang Adek mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu, tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.
[ Read More ]