“Beli Emas lindungi Ekonomi Keluarga”
Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa harga emas melambung-lambung dalam masa 10 tahun ini melebihi 500%! Terutamanya 6 bulan kebelakangan ini. Faktor sebenarnya kenaikan ini ialah kebimbangan negara-negara dunia dengan krisis hutang Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Data IMF menunjukkan bank-bank pusat seperti Thailand, Rusia dan Kazakhstan dan Korea Selatan menambah rizab emas dalam pegangan mereka dalam masa 4 bulan yang lepas. Korea Selatan sebagai contohnya, buat pertama kali membeli emas dalam masa 10 tahun ini. Korea Selatan borong 25 ton emas dalam bulan Jun dan Julai 2011. Kalau negara-negara lain dah mula menunjukkan ‘desperate’ membeli emas untuk lindungi ekonomi dan masa depan mereka, maksudnya begitulah juga persamaannya yakni kaedah yang sama untuk ekonomi keluarga kita.
Apa yang kita boleh belajar dari fenomena ni ialah, emas adalah kekayaan dan keupayaan pasak ekonomi sebenar. Jangan biarkan duit kita terbiar tanpa disandarkan kepada emas iaitu duit simpanan tetap dan yang tidak dirancang penggunaan dalam masa terdekat iaitu dalam tempoh 6 bulan terdekat.
Contohnya harga emas januari 2011 adalah sekitar RM150/g dan Jun 2011 sekitar RM170/g manakala kini Nov 2011 sekitar RM190/g (Boleh rujuk harga di website Bank Negara: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141&lang=en&StartMth=11&StartYr=2011&EndMth=11&EndYr=2011; di mana 1Oz ~ 28.35g) .
Jika awal tahun Januari 2011 hari tu telah menukar duit simpanan kepada emas katakan kepada 100g pada Januari 2011 bernilai ~RM15,000; menjelang Mei 2011 mencapai nilai ~ RM17,000 dan kini telah bernilai ~RM19,000. Dalam kata lain telah telah mencapai kenaikkan RM4,000 dalam masa 11 bulan hampir 27% kenaikkan.

Ok, untuk mudah faham, di bawah ini adalah senarai faktor-faktor yang berkadar terus dengan kenaikan harga emas, iaitu:
- Nilai matawang USD menyusut
- Pasaran saham merudum
- Harga minyak naik
- Inflasi meningkat
Jadi, apa kaitan krisis hutang US dan Eropah dengan harga emas? Bila ada krisis hutang, nilai matawang negara tersebut akan menyusut sebab negara lain tidak akan menggunakan duit kertas tu lagi di mana tiada lagi pergantunggan terhadapnya. Kebimbangan nilai wang tersebut terus menguncup hingga tidak laku. Kalau negara itu ‘bankrap’, duitnya telah tidak bernilai.
Apakah niat kita menyimpan dinar? (memartabatkan sunnah, nilai intrinsik, keuntungan, etc..???)
Jika dilihat dari aspek memantapkan ekonomi keluarga…kerana ia mampu juga jana PASSIVE INCOME yang hebat…sehebat passive income dari pelaburan hartanah…
dan begitu jugalah kepada anda semua, simpanlah emas sambil pelajarilah ilmu pelaburan emas ini, InsyaAllah ia mampu memberikan pulangan yang hebat jika tahu caranya…..
Semua orang tahu, emas adalah logam berharga,, Semua orang tahu, Barang kemas sangat mahal, Semua orang tahu, Harga emas sentiasa naik, tetapi tak semua orang tahu bagaimana nak mangambil kesempatan dari kelebihan emas ini.
Post a Comment