
Jarum jam yang berdetik terus berputar laju tanpa berpatah lagi ke belakang; kecuali jam yang rosak, barangkali. Sedar tak sedar, sejarah telah merakamkan usia 39 tahun pembakaran Masjid Al-Aqsa, iaitu pada 21 Ogos 1969 yan lalu, oleh seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan. Api yang marak telah membakar tembok serta mimbarnya yang besar, iaitu Mimbar Solahuddin.Penduduk Islam Palestin berusaha keras memadamkan kebakaran tersebut. Melihatkan situasi kebakaran yang begitu dahsyat, di samping tiada langsung bantuan daripada pihak bomba, maka tiada lain yang terlintas di hati rakyat Palestin tika itu selain mengharapkan pertolongan Allah semata-mata. Mungkin daripada segi logik akal, dengan api yang marak sebegitu lazimnya pasti akan menghancur-lebur dan meluputkan langsung Masjid Al-Aqsa dari bumi Palestin. Namun Allah itu Maha Hebat, lagi Maha Perkasa, maka siapakah...