• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Al-hubb huna,love is around

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, ...

Cream of the crop

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. ...

A foot in the door

Here's an mp3 file that was uploaded as an attachment: Juan Manuel Fangio by Yue And here's a link to an external mp3 file: Acclimate by General Fuzz Both are CC licensed. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, ...

A feather in one's cap

Some block quote tests: Here's a one line quote. This part isn't quoted. Here's a much longer quote: Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem, varius aliquet, ...

Let's bring the house down

I'm just a lowly contributor. My posts must be approved by the editor.Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at ...

Showing posts with label images. Show all posts
Showing posts with label images. Show all posts
Posted by An-Nasrullah - - 1 scratches

Assalamualaikum wth

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung!
Tahniah dan syabas di atas sambutan hari kemulian, kebesaran dan kegembiraan umat Islam!
Pastikan anda gembira dan riang ria di hari lebaran ini...gemakan takbir, ucapkan selamat, ziarahi sanak saudara dan jiran-tetangga, makan kuih raya dan juadah seadanya dll..

yg penting? anda mesti gembira!!...hehe...

kerana gembira dan riang itulah menjadi sunnah dan syariatnya...murung, sedih,pilu pada hari raya itu ditegah...Bahkan Rasulullah SAW sgt menzahirkan kegembiraan baginda. Tahukah anda bahawa Rasulullah SAW bersolat di tempat lapang atau musolla (tempat solat). Baginda tidak bersolat di masjid baginda, sekalipun masjid Nabi sangat mulia. Ini bagi menzahirkan suasana gembira dan menggambarkan kepada masyarakat kekuatan umat Islam. Kata Abu Sa’id al-Khudri:
“Rasulullah s.a.w itu pada Hariraya Fitri dan Adha keluar ke musolla. Perkara pertama yang dilakukannya adalah solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari:
“Musollah itu tempatnya diketahui di Madinah, di mana antaranya dan masjid sejauh seribu hasta”.
Maka afdal solat di tempat lapang untuk lebih menzahir suasana tersebut. Melainkan tempat lapang sukar didapati, atau hujan atau memberikan kesusahan yang lain kepada orangramai. Al-Imam al-Nawawi (wafat 676H) ketika mensyarahkan hadis Nabi s.a.w bersolat di tempat lapang itu menyebut:
“Hadis ini menjadi dalil untuk mereka yang berpendapat disunatkan keluar bersolat hari raya di musolla. Ia lebih afdal dari ditunaikan di masjid. Inilah amalan orangramai di pelbagai negara. Adapun orang Mekah, mereka sejak dahulu bersolat di masjid (al-Masjid al-Haram)”. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 6/483. Beirut: Dar al-Khair).

Pada hari raya juga disunatkan untuk semua muslimin dan muslimat turun bersama-sama dalam majlis himpunan solat hari raya ini. Kata Ummu Atiyyah r.aha:
“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).
Suasana sebegini menimbulkan perpaduan, kekuatan dan kegembiraan. Wanita haid pun ke suruh untuk keluar ke tempat solat, sekalipun bukan untuk solat tetapi untuk menyertai suasana kemeriahan kaum muslimin.

Pastikan anda bangun di awal pagi hari raya, mandi sunat aidulfitri, menjamah sedikit makanan, dan bersedia terus ke masjid untuk mengerjakan solat sunat aidulfitri.

Pada tahun ini, Hari Raya Aidulfitri jatuh pada hari Jumaat. Justeru, banyak masjid mengawal kan waktu solat sunat hari raya ini. Kalau tahun-tahun sebelum solat pada jam 9.00 pagi, tahun ini 8.30 pagi! Awal 30 minit!. Maka ramailah jemaah yang masbuk ketika solat. Lagi teruk pula ada yang terlepas terus!.

Seterusnya, saya  memohon infiniti kemaafan daripada anda di atas segala khilaf, salah dan silap diri ini. Kepada kawan-kawan yang mengenali diri ini, pohon di ampunkan dosa yang lalu. Saya berdoa agar Allah SWT ampunkan dosa saya dan keluarga, dan dosa anda semua..

Alhamdulillah, tahun ini tahun bersejarah kerana kami beraya bertiga!

Seronok ada keluarga yang kita ketuai sendiri ini. Peluang untuk mencorakkan ahli keluarga menjadi asset ummah yang berkualiti terhidang di depan mata.

Tapi kami suami isteri lagilah seronok bila tengok ibu dan ayah kami sangat seronok beraya dengan kehadiran Wafiy Sidq yang comel ini.

Pada 4 Syawwal yang lalu, Alhamdulillah kami sempat mengadakan majlis Aqiqah Wafiy. Opah isteri saya sangat teruja dan beria untuk anjurkan majlis ini. Maklumlah ini cicit sulung beliau. Mestilah dia antara orang yang paling gembira dalam dunia! hehe

Tahun ini juga menyaksikan kami banyak habis masa di atas jalan raya! Bermula dari JB- Shah Alam. Kemudian Shah Alam-Ipoh (urgent call balik kerana tok sedara isteri meninggal, Al-Fatihah utk arwah). Esoknya pula balik ke Dungun. Hari Raya Dungun-Setiu. Hari raya ketiga balik semula ke Ipoh. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 6-7 jam, terlajak jadi 11 jam!. Jem teruk di hari raya.

Apapun, kami bertiga berpuas hati dengan sambutan raya kali ini. Bukan kerana kami beraya sakan! Tapi kerana kami sempat menghidupkan hari raya tahun ini dengan banyak aktiviti yang menggembirakan. Berpeluang ziarah raamai sanak saudara, kenalan, menjamu tetamu yang bertandang dan lain.


Panjang pula bercerita. dah bosan baca, boleh tengok gambar. silakan silakan

Free style. Tapi Wafiy selambe je tido!


gaya terkejut agak popular akhir-akhir ini

Sewaktu pergi ziarah rumah moyang saudara. Wafiy dh kepenatan sampai tertidur

Model iklan majalan muslimah




Macam-macam gaya cucu Haji Wahid ni! =)

Orang -orang tua Kg.Padang Changkat




CAK!!!

[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 5 scratches

Terdapat banyak dalil hadis hassan yang memberi hint atau petunjuk kepada kita mengenai malam-malam yang 'disyaki' boleh berlaku malam lailatul Qadr...

Ada yang mengatakan pada malam-malam 10 terakhir Ramadhan..
Ada juga mengatakan pada malam-malam ganjil 10 terakhir, iaitu 21,23,25,27 dan 29 Ramadhan..
Dan ada pula yang mengatakan pada malam 27 Ramadhan...

Namun apepun sebagai maksud tersirat yang Allah SWT dan Ar-Rasul mahukan adalah;

Adalah sikap mukmin yang sentiasa 'bekerja' untuk mencari malam Lailatul Qadr yang mulia ini!
Seolah-olah seperti kita berkerja bersungguh-sungguh seharian untuk mendapat gaji yang tinggi dan bonus berbulan-bulan!..
Maka begitu juga sepatutnya semangat kita yang sentiasa sibuk bekerja pada malam-malam Ramadhan ini utk mencari pahala dan bbonus pahala yang sgt besar.

Justeru mudahnya begini, jika kita telah menjadi 'pekerja' yang sgt rajin, sibuk dan tekun dalam mencari bonus Lailatul Qadr ini, maka sudah pasti ganjaran yang besar drp Allah SWT itu tetap akan kita dapati di akhirat sana..mengapa?

Kerana yang dituntut oleh Allah SWT dan Ar-Rasul itu adalah USAHA MENCARI! sifat usaha mencari itu adalah perlunya kepada keringat badan dan akal untuk mendapatkannya. Bukanlah sifat usaha mencari itu adalah 'kebetulan' ataupun 'tiba-tiba dapat'.

Saya risau juga kalau-kalau saya masih bukan tergolong dalam 'Geng Mencari Lailatul Qadr'...fuhh...syok beb kalau dapat malam Lailatul Qadr...

manakan tidak? Pahala ibadah dalam LailatulQadr sama dengan sejumlah pahala ibadah yang dilakukan selama 83 tahun 4 bulan!! saya sekarang 25 tahun. Isteri saya juga 25. Ada ramai ustaz kata dosa-dosa kecil dan besar yang dh kita lakukan sepanjang bernafas atas muka bumi ini boleh hazaf (dipadamkan) jika sekiranya kita mintak betul-betul dengan Allah SWT pada malam Lailatul Qadr ini...fuyyo...siapa yang tak siuman sahaja yang tak nak!...dosa kosong, umpama bayi kami yang baru lahir berusia sebulan 15 hari itu!

Dosa diampunkan, Pahala berlipat kali ganda, pintu syurga idaman menanti, kejayaan kerjaya di dunia terbuka luas dan melimpah2

Aduh...masih ada lagikah orang Islam yang tidak mahu kurnia LailatulQadr ini?


Hi!..nama saya Wadiy Sidq! saya tido awal sbb nak bangun qiyam =)
tapi pagi esoknya saya x terbangun la!...sedihnya.. saya sedar-sedar je dan pukul 10pg! haha


ini ummi saya...saya sgt suka kalau dia dukung saya dan bawak saya naik kereta. (saya juga suka nangis kalau x de org dukung!)
petang-petang pula, saya suka bergusti dengan walid! dia salu kalah dengan saya! hoho




    

SELAMAT MEMBURU MALAM LAILATUL QADR!
SEMOGA ANDA DAPAT DOAKAN KAMI SEKELUARGA DAN KAMI JUGA PASTINYA SELALU DOAKAN KEJAYAAN ANDA DUNIA AKHIRAT =)
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 7 scratches

Assalamualaikum wth...

teman2, maaf byk2 sbb x sempat update blog, esp.utk bercerita ttg kawin dan bubuh gamba2 perkahwinan yg sesuai dn sedap mata memandang...

skg ni sy tgh cuti belaja..sambung kt UTM Skudai..currently agak bz juge..so masa agak terbatas utk update blog ni (tanpa menafikan perasaan malas yg menebal..hehe..)..neway, tlg la doa2kn sy ya..smg cepat habis dgn jaya..

hmm..sebelum cerita2 dan tgk gamba kawin ni..sy nk ucap terima kasih byk la kt sume yg membantu majlis, terutama umi kesayangan sy, Hajjah Zainab Hassan.. adik beradik sy yg sgt best dan comel (sgt membantu mereka ini along, angah, siti, akmal, ain dan afiq)..x lupe kepada abah Izhar Hisham dan Mak Norwati, jg adik2 beradik ipar yg sgat baik dan juge best (abg muaz, munzir, muhsin, syaza, syireen dan syaida)..time kasih juge kepada suma sanak saudara dan teman2 yg byk membantu..yg hadir ke majlis sebelah Shah Alam dan Dungun..juga yg mengirim doa dan ucapan dr jauh...dan suma-suma lah...rasanya x terbalas jasa kalian...jazakallah...


(gamba ini curik dr blog isteri sy)



ramai kawan2 minta gamba nk tgk..pastu isteri sy nasihat..suh bubuh dlm blog ni ha..so..meh la tgk gamba dulu..






































Terima kasih yg teramat sgt kepada isteri tersayang Syifak Izhar Hisham dan family..kerana menerima diri ini (org yg hanya biasa2 dr ceruk kampung) sbg ahli family yang baru..hanya Allah shj dpt membalas jasa kalian...sgt terharu menerima hakikat ini...pastinya amanah dr akad nikah yg diwalikan oleh Abah, inshAllah akan saya laksanakan dgn sebaiknya.. (to munzir: InshAllah abg nyah akan tunaikan janji utk jaga nyah baik2..jd ahli keluarga dgn baik..)

..hanya rahmat Allah dan syurga jua yg kita harapkan..kebahgiaan hingga ke syurga...bercinta hingga ke syurga? itu sudah pasti...kerana..episod bercinta baru shaja bermula...

Alamak..dh nk maghrib..kene stop dulu ni...nnt2 sy sambung semule ye..
boleh juga kawan2 tgk blog isteri saya di sini . ada byk lg pics di situ..smg puas ati ler yerk..
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches


Berkesempatan sekali lagi ke masjid di waktu pagi dinihari..wah meriah!...ramai betul adik-adik mahasiswa dan staff yang sedang khusyuk beribadat..ada yang sedang solat, ada yg mengaji, berzikir, bertafakur dan jg, masih ada yg berdengkur (huhu)...apepun tahniah semua...anda telah menghangatkan lagi pesta ramadhan kita kali ini...dengan meneruskan pemburuan mencari malam yang lebih baik drp seribu bulan, Laitul Qadr Al Kubra... Firman Allah bermaksud: “Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan” (Surah al-Qadr, ayat 3) .

Selamat meneruskan pemburuan mencari malam Lailatul Qadr yang penuh berkat….malam yang penuh dengan bonus pahala dan kasih Allah….jadikanlah pemburuan ini satu keutamaan dalam jadual hidup sehari-hari disepanjang 10 malam terakhir Ramadhan ini…

moga-moga semangat yg berkobar-kobar, rasa penghayatan dan kesabaran yang kita zahirkan, akan mendapat penilaian di sisi Allah …langsung dikurniakan kita kesempatan untuk merasai kemanisan beribadat di malam Lailatul Qadr ini – doakan saya juga..

TAZKIRAH LAILATUL QADR..

1- Mengapa Allah kurniakan malam Lailatul Qadr??
Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;
Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.
Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w.
Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.


2- Dorongan Nabi supaya umatnya terus beribadat pada malam tersebut
Kerana keutamaan ini, Rasulullah menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadar yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan.
Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, Witir, solat Tarawih, membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah dan amalan solih lain yang dianjurkanIslam.
Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering Baginda baca ialah doa maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.”
Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

3- Hikmah dirahsiakan kehadirannya
Sesungguhnya ayat al-Quran yang menceritakan tentang masa berlaku Lailatul Qadr, tidak dijelaskan secara jelas, kerana ia bertujuan agar manusia tidak hanya tertumpu pada satu malam sahaja jika mereka tahu malam tersebut, justeru ia dirahsiakan agar mereka menghidupkan setiap malam terakhir Ramadan dengan amalan-amalan yang pernah dilakukan oleh baginda, para sahabat dan para solihin terdahulu.
Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.
Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.
Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.
Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.
Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.
Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka’ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu’awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. “Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27.”
Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.
Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.
Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.
Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.
Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. “Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan.”
Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.
Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri.

4- Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr
Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.
Lailatul Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh.
Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.
Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
Ada yang berkata doa permohonannya makbul.

5- Fikir masalah umat ketika sedang beritikaf adalah ibadat
Bukan sahaja melakukan ibadat qiyamullail itu dikira sebagai satu amal ibadat yang baik di sisi Allah SWT, malah memikirkan sesuatu khususnya mengenai masalah yang melanda umat Islam hari ini juga dikira sebagai ibadat yang besar, apatah lagi ketika menjalani proses beri̢۪tikaf dalam masjid pada malam-malam terakhir Ramadan.
Lebih-lebih lagi masalah umat secara global, sama ada keruntuhan moral, perilaku, akhlak di kalangan remaja lelaki mahupun perempuan, masalah krisis keyakinan terhadap Islam di kalangan mereka yang mempunyai profil tinggi dan lain-lain, kesemua itu dapat ditangani jika masing-masing memainkan peranan sebagai hamba Allah yang mempunyai jati diri sebagai orang yang bertakwa seperti yang dituntut dalam ayat mengenai matlamat pelaksanaan ibadat puasa.

6- Fadilat Lailatul Qadr
Mungkin terdapat sesetengah orang menyangka bahawa mendirikan Qiyamullail pada disepertiga (1/3) malam iaitu dengan hanya bersolat Tarawih (Qiyam Ramadan) berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba’diyah Isya’. Apakah orang seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat di malam Al-Qadr (sekiranya berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)?
Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) :
“Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :’Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu’ - [Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].
Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :
“Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya’ berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.
Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :”Barangsiapa yang bersolat Isya’ berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami’ Saghir - 6341).
Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya’, adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi :
“Barangsiapa yang solat Isya’ berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam, dan barangsiapa bersolat Isya’ dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam (sumber yang sama - 6342).”
Semoga tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu dengan Lailatul Qadr, iaitu satu malam yang penuh dengan misteri, supaya pahala amalan kita dilipat gandakan oleh Allah dan dikira sebagai amal-amal yang solih, Insya Allah.
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches

[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches

[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches





[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches

[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 1 scratches




[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches

[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches

[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 1 scratches


Mulakan dengan bismillah dan doa..
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches

[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches


dengan mengingati Allah...hati akan menjadi tenang
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches

[ Read More ]