
30 Jan 2009 - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan bangun meninggalkan sidang ekonomi dunia di Switzerland dalam keadaan berang sebagai bantahan kerana tidak diberi masa yang mencukupi bagi menjawab kenyataan yang dibuat oleh Simon Peres, Presiden Israel, yang berucap panjang dan memberikan pelbagai alasan terhadap penyembelihan dilakukan tentera Israel di Gaza.Dalam sidang mengenai Gaza di forum Davos petang Khamis lalu, Peres bercakap selama 25 minit mengatakan HAMAS lah sebenarnya yang mendorong Israel ke kancah peperangan, kerana ia melancarkan roketnya ke kawasan penempatan Israel. Ketika bercakap, Peres menggunakan nada yang keras dan memandang tepat ke arah Erdogan dari masa ke semasa.Tiba gilirannya, Erdogan membuat komentar dengan berkata, "Peres lebih berusia daripada saya, namun dia menggunakan perkataan yang keras." Seterusnya beliau menyambung dan menujukan kata-katanya...