
menarik utk share dgn kwn2...13 January 2009Skim gaji pensyarah IPTA tak berbaloiBerita HarianHASRAT kerajaan memanggil balik tenaga pakar dari luar negara untuk diberikan insentif kepulangan bagi membolehkan mereka berkhidmat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seperti diumumkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mungkin ada rasionalnya tersendiri.Namun, biarlah selepas kebajikan kakitangan dan isu dalaman IPTA membabitkan kakitangan termasuk gaji diberikan perhatian.Sebagai contoh, isu peluang kenaikan pangkat pensyarah universiti yang berkhidmat lebih 20 tahun pada gred DS45, tetapi tidak dilantik ke gred jawatan lebih tinggi masih berterusan, sedangkan jawatan Pendaftar di IPTA mempunyai peluang kenaikan pangkat ke gred N44, N48, N52 dan N54.Bahkan, rakan pensyarah di institut pendidikan guru (IPG) pun mempunyai peluang kenaikan gaji lebih baik iaitu ke...