
hm..menarik ni...silalah baca beramai2 yerk..sebar2kan..mane ler tau kut2 kite pernah terbuat or tersifat dgn perkara2 yg disebutkan oleh ust.zaharuddin ni...( artikel ini telah disiarkan tahun 2006 dan 2007 yang lalu, disiarkan semula bagi manfaat bersama,terdapat beberapa perkara yang telah ditambah) Oleh Zaharuddin Abd Rahmanwww.zaharuddin.netSalah dan kurang tepat tu...Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta...