• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Al-hubb huna,love is around

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, ...

Cream of the crop

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. ...

A foot in the door

Here's an mp3 file that was uploaded as an attachment: Juan Manuel Fangio by Yue And here's a link to an external mp3 file: Acclimate by General Fuzz Both are CC licensed. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, ...

A feather in one's cap

Some block quote tests: Here's a one line quote. This part isn't quoted. Here's a much longer quote: Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem, varius aliquet, ...

Let's bring the house down

I'm just a lowly contributor. My posts must be approved by the editor.Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at ...

Posted by An-Nasrullah - - 5 scratches

begini, saya nak cerita psl sorang tua...dgr kisah die ye..

die dilahirkan dalam keluarga yang susah,
agak istimewa bibir sumbing sampai ke hidung dan otak yang agak lembam (slow),
belajar x tinggi sbb x pandai,
tp die masih dpt peluang belajar sampai juga ke SPM

kemudian mintak kerje...susah sgt2 nk dapat...
sblm akhirnye die diterima bekerja di salah sebuah pejabat agama
jawatan yang die sandang adalah jawatan yang paling rendah,
paling rendah sekali dlm organisasi pejabat tu..

umur dh lanjut akhirnye baru dpt kahwin..
tp nasib malang, isteri die x lame kemudian meninggal dunia,
sakit kanser...
tinggal la die dengan anak..


die ade 2 org anak hasil perkongsian hidup dengan arwah isterinya,
tp kesian..dua dua anaknya sakit...sakit mata..
walopun masih kecil...tp spek mata dh pakai yg power 300 ke atas...
salah sorang pulak dh kategori parah..sbb satu anak matanya dh hampir buta, selaput mata

die ade sebuah kereta buruk...
sbb perlukan duit segera,maka di jualnya kereta buruk die tu dengan harga 1o ribu
tp malang lg, org x bayar pulak duit die..lesap mcm tu je..

sblm tu, mase die baru mula2 kawin dgn arwah isteri die,
die ade sikit duit, pastu beli la sebuah rumah flat,
tau2 je project perumahan tu terbengkalai...habis duit dia..

skrg ini, die yg dh tua tu tinggallah dgn 2 org anaknya..
kesian dia ni...sedih dgr kisahnya..baru sikit yg dicerita,
tp dh rase x sanggup dgr...
sedey dn simpati!!

malang bertimpa2...
masyAllah...

kalaulah saya yg berada ditempatnya...Allahu rabbi..

oleh itu kawan2...
belajar-belajarlah bersyukur...
jgn tahu merungut dn merengus...

Allah Maha Adil dan Tahu...

[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 1 scratches

Selepas Isyak malam tadi, saya berkesempatan utk berada dlm satu majlis ilmu di rumah salah seorang jiran. Alhamdulillah masyarakat penduduk d taman perumahan saya x sunyi dr makanan rohani yang wajibul ini…

Pengisian oleh Ustaz Arief melalui kupasan sebuah kitab arab yang saya lupa tajuknya, sgt menarik dan best. Terima kasih kt Yazid kerana ajak p dengar sekali^..
Maka berceritalah ustaz muda ni kepada pakcik-makcik yang hadir…

(saya tuliskan ape yg sempat dlm ruang masa menulis yg singkat ni ya…)

Ilmu wajib yang paling utama untuk di ajar kepada anak2 adalah ilmu tauhid yang satu ini, kalimah syadatain..

"Aku bersaksi tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.."

Ustaz tetibe diam kejap….kemudian menyambung..

“sy teringat sewaktu sy di Kelana Jaya dulu, ada seorang ustz kata dlm cermahnya, kalimah syahadah ni…penggunaan maksud sembah adalah x tepat lg …mungkin dh ketinggalan zaman pun…x sampai maksudnye utk di fahami, btol x?”

Kami hairan jugak dengar…

Dalam menerangkan kepada anak2 tentang kalimah syahadah ni…kite salu ckp..Tuhan yang wajib disembah adalah Allah…kalau sembahyang, sembahyang utk/kpd sape?sudah tentu utk di sembah kan kpd Allah jwbnye…kalo solat sunat? jg utk sembah Allah …. Kalu pose? utk redha Allah….kalau buat haji? Demi Allah juga jawabnya…

Tp tetibe dlm bab kehidupan seharian, lupa pula kite dengan perkataan sembah tu…dalam buat maksiat mcm tgk perkara2 aurat dan mungkar, dh mcm x de plak istilah sembah Allah Taala..rasuah duit haram, business haram dll..sembah dh x berfungsi kn…sbb mcm xde kaitan…sbb tu org Islam lupa…makin ramai yg wat dosa dan maksiat….sama jg bila wat perkara baik mcm hormat ibu bapa dan org yg lebih tua… xde pn kite kate sbb sembah Allah Taala kn…sbb tu jd nye pahala kita kurang…

So..cube kalo kite tuka je sume sembah tu kepada perkataan TAAT, lg sesuai rasanya…suma aktviti hidup seharian bleh kita dasarkan kepada taat kepada Allah…buat perkara baik dan pahala, sbb apa? Sebb taat suruhan Allah…x buat jahat dan dosa pula? Sudah tentu sebab taat kepada larangan Allah..x gitu?
Barulah bile kite terang dekat anak2 ataupun mereka yg baru mengenal Islam, kalimah syahadah ni nampak lagi menyeluruh , tepat dan mudah paham…x gitu?

Kami pakcik makcik pn angguk faham mngerti…heh..

baik..tinggalkan isu perkataan taat dan sembah ni..saya nk sampaikan satu lagi pengisian dia.. menarik..

Drp hadis Rasulullah SAW yg saya lupa matan arabnya dan juga sanad perawi nya…huraian maksud hadis dengan olahan bahasa saya sendiri:

Manusia dan ilmu adalah seperti tanah dan hujan...ada tiga jenis semuanya…

1-Tanah yang menadah hujan yang turun dan meresap ke dalam tanah. Lalu dimanfaatkan oleh tumbuh-tumbuhan, haiwan dan alam semulajadi untuk tumbuh dan hidup segar.

2-Tanah yang menadah hujan yang turun tetapi tidak meresap di dalam tanah , lalu membentuk takungan2 lopak air. Haiwan dan hidupan menggunakannya utk menghilangkan dahaga. Tetapi tidak membantu secara lebih luas kpd alam.

3-Tanah yang menadah hujan yang turun tp struktur tanah itu tidak membenarkan hujan itu meresap dan juga membentuk takungan lopak air. Air hujan yg jatuh ke atasnya di ditendang ketepi.

Maka manusia itu adalah :

1-Kelompak manusia yang seperti tanah jenis pertama adalah mereka yang snts menadah ilmu dn petunjuk dr Allah, lalu ilmu itu digunakan sebaiknya dengan menghuraikannya lebih jelas dan terang utk manfaat diri dan org ramai.

2-Kelompok manusia jenis tanah kedua pula adalah mereka yg juga dambakan ilmu, selalu hadir ke majlis2 ilmu, lalu bila dapat ilmu itu, die x mampu utk menerapkan dlm kehidupannya dengan menyeluruh. Walobagaimanapun, die masih menyampaikan atau memberitahu kepada rakan2nya akan ilmu tersebut.

3-Kelompok manusia jenis tanah ketiga adalah mereka yang jg hadir ke majlis2 ilmu dlm kehidupannya. Tetapi, mereka ini adalh jenis yg hnya tahu hadir shj, ilmu yg di ajar langsung x difahami, bahkan x mampu disampaikan pun. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Maka kesimpulannya, perlu beringatlah kita nampaknya dlm menuntu ilmu. Suka hadir ke majlis ilmu shj x cukup!..kene improve lah sentiasa. Sikap suka itu dh bagus..tp Islam mengajar utk kite lebih drp itu…Ingtlah teguran baginda nabi kat atas tu.
jgn jdi golongan manusia jenis tanah ketiga!

Menarikkan? Itulah..menarik sgt analogi Nabi bgi tu…menarik sbb ape? Sbb tekene kt kepada sendiri?
Ok…renung2kn, dan…selamat beramal! (prof izi, pinjam slogan jap!)^^
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 10 scratches

KUPASAN BUKU:
APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM?
KARYA AL-FADHIL DR. FATHI YAKAN


Prepared by:
NASRUL HADI BIN JOHARI


1.0 Pendahuluan

Buku yang dipilih untuk dikupas dalam tugasan ini adalah sebuah karya agung Al-Fadhil Dr. Fathi Yakan yang berjudul “Apa Erti Saya Menganut Islam” (Gambar 1). Buku yang sangat menarik ini telah diulang cetak banyak kali oleh beberapa syarikat penerbitan tanah air memandangkan sambutannya yang sentiasa segar. Buku ini juga telah di terjemah ke dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa melayu untuk dijadikan tatapan dan rujukan umat Islam di seluruh dunia sejak 1980an lagi. Buku ini sangat sesuai dan telah dijadikan bahan tarbiyyah untuk dibicangkan dalam halaqah-halaqah ilmu seperti usrah, ceramah, diskusi dan sebagainya.

Kitab ini telah dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian yang pertama membicarakan persoalan “Apa ertinya saya menganut Islam”, dengan menghuraikan sifat-sifat yang wajib ada pada setiap orang Muslim. Sifat-sifat ini adalah sifat asas yang perlu difahami oleh setiap umat Islam agar benar-benar menjadi seorang Muslim. Manakala bahagian yang kedua pula membincangkan perihal “Apa ertinya saya menggabungkan diri dengan harakah islamiyah”. Dalam bahagian ini, Dr. Fathi Yakan telah membentangkan ciri-ciri penting yang mesti wujud pada mereka yang menganut Islam supaya penggabungan diri mereka menjadi penggabungan yang benar. Gabungan kedua bahagian ini telah melengkapi antara satu sama lain untuk memberi panduan dan garisan yang sangat sesuai dan pratikal kepada para da`e (pendakwah) dalam memantapkan lagi kefahaman dan usaha untuk memurnikan Islam.

Membaca dan memahami buku ini membuatkan pembaca menjadi lebih focus dan faham mengenai muslim dan tuntutannya, tidak lagi hanya tahu mengaku muslim dengan lafaz, tetapi telah tidak disertakan dengan perbuatan dan keseluruhan anggota tubuh dan akal. Mengaku muslim menuntut kita untuk menjadi umat yang terbaik. Umat yang sentiasa faham dan menyerah diri sepenuhnya kepada Islam seperti yang dituntu oleh Allah SWT.


Gambar 1: Kitab “Apa erti saya menganut Islam” oleh Dr. Fathi Yakan, terjemahan oleh Pustaka Salam.


2.0 Biografi Penulis

Dr Fathi Yakan dilahirkan pada 9 Februari 1933 di Tripoli Lubnan. Beliau memperolehi PhD dalam bidang pengajian Islam walaupun pada peringkat BA dan MA beliau belajar dalam bidang kejuruteraan. Beliau berkahwin dengan Dr Mona Haddad Yakan dan dikurniakan lima cahaya mata. Beliau adalah pelopor gerakan Islam di Lubnan dan dunia Islam bahkan antara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama-sama dengan 50 saudaranya yang lain selepas mereka menziarahi Dr. Mustafa As-Siba’ie di Syria. Beliau telah menyumbang tenaga di dalam mempelopori fikrah gerakan Islam di dunia Arab dan telah menyebarkan risalah-risalah dakwah yang berbentuk ideologi untuk menjadi panduan generasi kebangkitan Islam. Kebanyakan tulisan-tulisan beliau telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa. Beliau pernah memenangi kerusi dalam pilihanraya Lubnan pada tahun 1992. Walaupun suatu ketika beliau tidak bersetuju dengan pilihanraya kerana tidak pernah berlaku pada zaman Rasulullah.

Apa Ertinya saya menganut Islam ditulis dengan kupasan yang amat ringkas dan mudah difahami. Beliau berbuat demikian kerana, mahu menyedarkan khususnya umat Islam Lubnan untuk kembali berpegang kepada Islam. “Pemuda yang tiada peribadi, bersikap seperti kera, pemuda yang tidak mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang, pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti kufur dan zalim, pemuda pondan yang tidak ada kebaikan pada mereka, tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya. (Dr Fathi Yakan)


3.0 Ringkasan muqaddimah

Penggabungan diri dengan agama Islam bukanlah secara warisan, bukan secara hobi malah ia juga bukan penggabungan secara zahir sahaja. Sebenarnya penggabungan yang dimaksudkan ialah penggabungan dengan ajaran Islam itu sendiri dengan cara berpegang teguh dengan seluruh ajaran Islam serta menyesuaikan diri dengan Islam di segenap bidang kehidupan dengan penuh kerelaan.

Seterusnya kami akan menerangkan secara ringkas sifat-sifat yang wajib dimiliki oleh setiap muslim untuk memastikan penggabungan dengan agama ini merupakan penggabungan yang sah dan benar. Firman Allah Subhanahu Wata'ala yang bermaksud:

Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaranperbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang member keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah).
(Surah Al-Hajj 22: Ayat 78).


4.0 Bahagian Satu “ Apa ertinya saya menganut Islam”

Bahagian yang pertama ini mengandungi 6 bab semuanya. Bab-bab tersebut adalah:

1- Saya mestilah Muslim di sudut Akidah
2- Saya mestilah Muslim di sudut Ibadat
3- Saya mestilah Muslim di sudut Akhlak
4- Saya mestilah Muslim di sudut Berkeluarga
5- Saya mestilah mampu mengawal diri
6- Saya mestilah yakin bahawa masa depan di tangan Islam.

Ke enam-enam bab ini mengupas cirri-ciri atau sifat-sfat seorang muslim yang perlu dimiliki. Dalam bab yang pertama, ianya sangat bersesuaian dengan pendekatan baginda Rasulullah SAW dalam uslub dakwah dan juga pendekatannya. Seorang muslim itu mestilah selesai pemahaman hatinya terhadap Allah dan rasul serta Islam. Akidah yang jelas dan mantap akan melahirkan perbuatan, pemikiran dan percakapan yang islami, iaitu perbuatan ibadah. Ia juga seterusnya akan menjadi asas dalam perbuatan ibadah seorang muslim. Melakukan ibadah tanpa ada kefahaman akidah yang jelas ibarat perbuatan yang sia-sia dan tiada manfaatnya.

Seterusnya apabila kita telah selesai bab akidah yang jelas dan ibadah yang sahih, maka pastinya seorang muslim itu akan berakhlak dengan akhlak Islam. Ini kerana akhlak yang baik hanya akan di zahirkan melalui hikmah dan manfaat ibadah yang baik. Di dala Islam, akhlak yang mulia itu lahir sebagai hasil daripada pelbagai ibadat yang dilakukan. Tanpa hasil ini, ibadat-ibadat yang kita lakukan ibarat satu upacara gerak geri ritual kosong, yang tidak membawa apa-apa nilai dan faedah.

Kemudian, apabila kita telah menganut agama Islam, kewajipan telah jatuh ke atas diri kita untuk menjadi pendakwah segenap kehidupan kita. Maka, langkah pertama yang mesti kita lakukan ialah menjadikan rumah tangga saya sebagai sebuah rumah tangga muslim. Kita wajib menyampaikan ajaran Islam terhadap keluarga dan masyarakat disekeliling kita. Selain itu, dalam bab keempat dan kelima ini juga engajar kita untuk sentiasa dapat menguasai diri. Jangan sesekali kecundang kepada hawa nafsu diri sendiri yang pastinya akan memusnahkan diri.

Manakala di dalam bab yang keenam pula, kita mesti meyakini bahawa keimanan kita dengan Islam sepatutnya sampai ke peringkat meyakini bahawa masa depan kelak ialah milik Islam. Agama Islam adalah satu-satunya manjah kehidupan yang sangat sesuai dan selaras dengan kehidupan manusia.



5.0 Bahagian Dua “Apa ertinya saya menggabungkan diri dengan harakah Islamiyyah”

Seterusnya, di dalam bahagian kedua, telah dinukilkan oleh Dr.Fathi beberapa bab iaitu:

1. Saya mesti hidup untuk Islam
2. Saya mesti beriman bahawa beramal untuk Islam itu adalah wajib
3. Tanggungjawab, cirri-ciri dan persediaan harakah islamiyah
4. Saya mesti memahami cara-cara beramal untuk Islam
5. Saya mesti memahami sejauh mana penggabungan denagn harakah islamiyyah
6. Saya mesti mememahami makna pemutusan amal islami
7. Saya mestilah memahami syarat-syarat baiah dan keanggotaannya.

Bahagian kedua buku ini yang bertemakan “apa ertinya saya menggabungkan diri dengan harakah Islamiyyah” membentangkan ciri-ciri penting yang mesti wujud pada mereka yang menganut Islam supaya penggabungan diri mereka menjadi penggabungan yang benar.

Asas bagi penggabungan seseorang dengan harakah Islamiyyah ialah dengan wujudnya ciri-ciri dan sifat-sifat penggabunagn seseorang dengan agama Islam itu sendiri. Inilah yang menjadikan harakah Islamiyyah mengambil berat ke atas persiapan peribadi Muslim yang sebenarnya sebelum memulakan usaha membentuknya sebagai seorang anggota harakah Islamiyyah.

Langkah ini perlu kerana penggabungan diri seseorang dengan ajaran Islam adalah asas, manakala penggabungan ke dalam harakah pula adalah sebahagian yang tidak boleh diceraikan dari hakikat penggabungan seseorang dengan agama ini.

Sehingga hari ini telah berlaku pelbagai peristiwa dalam dunia Islam umumnya yang merupakan satu bukti bagaimana sebenarnya umat Islam hidup dalam keadaan kekosongan yang melampau dalam pelbagai lapangan kehidupan. Dalam peristiwa-peristiwa berdarah dan sekatan dunia, telah banyak system peraturan hidup dan prinsip-prinsip Islam telah gugur dan lenyap. Telah banyak gerakan-gerakan Islami dan pemimpin-pemimpinnya yang syahid gugur di medan perjuangan. Sistem-sistem Islam dan pengaruhnya sudah langsung tiada taring. Hilang begitu sahaja.

Justeru, kesemua ini menuntu kepada perlunya sebuah Harakah, yang akan berhadapan dengan satu tanggungjawab terhadap sejarah masa depan umat Islam, memurnikan kembali iman dan iradah yang telah tercemar. Maka, buku ini tiada lain, menyeru pembacanya untuk berubah. Melengkapi diri dengan cirri-ciri Islam untuk menggabungkan jasad dan roh kepada harakah islamiyyah.


6.0 Penutup

Benarlah buku ini tersangat mengkagumkan sebagai hasil nukilan seorang manusia biasa yang bukan Rasul bukan pula Nabi. Titipan semangat dalam panduannya mampu mengubah dunia, hasil daripada didikan-didikan tarbiyyah yang sarat didalamnya. Sangat dicadangkan kepada semua untuk membaca dan ‘mentadabbur’nya.


7.0 Rujukan

Kitab Apa Erti Saya Menganut Islam, Dr.Fathi Yakan.
Inilah Jalanku, Prof Dr Sayyid Alawi Maliki, Terjemahan Sheikh Fuad Kamaluddin
[ Read More ]