• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Al-hubb huna,love is around

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, ...

Cream of the crop

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. ...

A foot in the door

Here's an mp3 file that was uploaded as an attachment: Juan Manuel Fangio by Yue And here's a link to an external mp3 file: Acclimate by General Fuzz Both are CC licensed. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, ...

A feather in one's cap

Some block quote tests: Here's a one line quote. This part isn't quoted. Here's a much longer quote: Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem, varius aliquet, ...

Let's bring the house down

I'm just a lowly contributor. My posts must be approved by the editor.Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at ...

Showing posts with label nasrul hadi. Show all posts
Showing posts with label nasrul hadi. Show all posts
Posted by An-Nasrullah - - 29 scratches

LAWAN NAFSU MU!
Bagaimana keadaan kita jika terlihat seekor lipan di hujung kaki tetapi kemudian terpandang seekor harimau tidak berapa jauh daripada kita? Apakah kita masih memikirkan bahaya lipan atau bahaya harimau. Ya, tentu sahaja kita akan berikhtiar untuk menyelamatkan diri daripada bahaya harimau. Walaupun lipan dekat, tetapi gigitannya tidaklah seganas cengkaman harimau. Begitulah perumpamaan antara bahaya nafsu dengan bahaya-bahaya yang lain. Nafsu akan menyebabkan kita lebih rasa menderita. Bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.
Malangnya, hal yang sepenting itu tidak dititik-beratkan. Kejahatan hawa nafsu, sifat-sifat dan kaedah melawannya hampir tidak pernah dibicarakan. Padahal, nafsu itulah angkara segala kejahatan yang kita deritai kini. Sebut sahaja, apa kejahatannya, pasti dalangnya adalah hawa nafsu.
Kita sibuk memperketat kawalan, disiplin dan undang-undang tetapi membiarkan puncanya berkembang subur dan membiak. Mampukah pagar yang rapuh mengawal binatang buas yang bilangannya kian banyak dan tenaganya semakin kuat? Begitulah bandingannya undang-undang ciptaan manusia dengan kejahatan hawa nafsu.
Undang-undang walaupun sehebat mana pun tidak akan berkesan jika nafsu tidak dijinakkan terlebih dahulu. Pagar itu akan diterjah dan rebah dipijak dan diinjak menyebabkan kita terpaksa membina pagar demi pagar, berulang-kali.
KUASAI NAFSU, KUASAI DUNIA
“Jika kita menguasai diri, kita akan menguasai dunia,” demikian kata cerdik pandai. Tetapi bagaimana pula kalau kita gagal menguasai diri? Ya, pasti kita pula yang akan dikuasai dunia. Jika demikian amat buruk akibatnya lantaran dunia itu adalah ‘hamba’ yang baik tetapi ‘tuan’ yang sangat jahat.  Orang yang berjaya adalah orang yang gigih mencari kebaikan dunia tetapi selamat daripada tipuannya. Firman Allah:“Sesungguhnya tiadalah kehidupan dunia itu melainkan mata benda yang menipu daya.” (Surah al-An’am 6: 32)
Al-kisah, seorang raja sedang menaiki kuda dengan angkuhnya. Dia terserempak dengan seorang petani yang soleh sedang berjalan kaki. Raja pun bertanya, “siapa kamu?” Petani yang soleh itu menjawab, “aku seorang raja.” Raja tertawa, kemudian terus berkata dengan nada menyindir, “raja kerajaan mana?” Petani menjawab, “raja untuk kerajaan diriku.” Raja terdiam. Dan kemudian petani itu pula bertanya, “adakah tuanku menjadi raja kepada diri sendiri?” Raja terus terdiam kerana faham maksud kata-kata petani yang soleh itu.
Begitulah dalam kehidupan kita sehari-hari. Ramai orang besar yang  hakikatnya hanya insan kerdil kerana tidak mampu melawan hawa nafsunya. Kuasa, ilmu, harta dan nama yang tersohor tidak membawa makna dan kebahagiaan dalam hidup sekiranya hidup diperkotak-katikkan oleh hawa nafsu. Hal ini kerana nafsu itu sifat tabiinya hanyalah mengarah kepada kejahatan. Maka hidup seseorang yang dikuasainya hanya akan penuh dengan kejahatan. Jika demikian, mana ada ketenangan dan kebahagiaan? Tidak ada kebahagiaan bagi manusia yang tenggelam dalam kejahatan.
Dikuasai dunia maksudnya, diri kita akan didorong oleh sesuatu yang berbentuk kebendaan, kemasyhuran dan jawatan dalam apa jua fikiran dan tindakan. Ketika itu kita gagal memperalatkan dunia sebaliknya dunialah yang memperalatkan kita. Akibat gagal menguasai dirilah kebanyakan manusia sangat cintakan dunia. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya, manusia itu sangat cintakan mata benda.” (Surah : )
Selain itu cintakan dunia akan menyebabkan manusia cenderung melakukan kejahatan. Sebab itu masyhurlah kata-kata popular dalam kalangan ahli-ahli tasawuf, cinta dunia itu adalah kepala segala kejahatan.
Apabila semua itu terjadi, manusia tidak lagi layak menjadi hamba Allah. Oleh sebab itu, untuk menjadi hamba Allah manusia mestilah menguasai dirinya. Inilah yang dibimbangkan oleh Syeikh Ibn Ataillah dalam al-Hikam menerusi katanya:“Bagaimana akan terang hati seseorang yang segala gambaran dunia itu terpahat dalam cermin hatinya? Atau bagaimanakah dia akan mengembara menuju kepada Allah padahal ia terbelenggu oleh nafsu syhawatnya?
MANUSIA DAN MUJAHADAH
Seterusnya, apakah yang dimaksudkan dengan menguasai diri? Jelas maksud menguasai diri ialah menundukkan nafsu jahat yang ada di dalam diri bagi membolehkan kita melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Sedangkan nafsu itu sebahagian daripada diri kita yang sentiasa ingin menghancurkan diri kita.
Berhubung dengan melawan hawa nafsu ini Imam al-Ghazali menyebutkan tiga tingkatan manusia dalam usaha memerangi hawa nafsunya:
i)                    Telah menyerah kalah.
Golongan ini tergolong dalam mereka yang dikuasai sepenuhnya hawa nafsunya dan tidak dapat melawannya sama sekali. Ini merupakan keadaan majoriti manusia. Mereka ini telah mempertuhankan hawa nafsunya. Firman Allah: ”Maka, pernahkah kamu melihat orang yang telah menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jatsiyah: 23)
ii)                  Sedang dan sentiasa berperang
Golongan ini terdiri daripada mereka yang sentiasa dalam bertarik tali berlawan dengan hawa nafsu. Adakalanya dia menang dan ada kalanya kalah. Insya-Allah, inilah orang yang sedang berjuang (mujahadah). Mereka ini menunaikan apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui sabdanya yang bermaksud: ”Berjuanglah kamu melawan hawa nafsumu sebagaimana kamu berjuang melawan musuh-musuhmu.”
iii)                Orang yang telah menang
Golongan itu terdiri daripada mereka yang berjaya menguasai sepenuhnya hawa nafsunya. Mereka ini terpelihara daripada berbuat dosa dan maksiat kecuali sangat sedikit melakukan maksiat. Perjuangan menentang hawa nafsu adalah satu bentuk perjuangan jangka panjang. Perjuangan ini hanya akan berakhir dengan kematian. Sikap waspada dan sentiasa siapa siaga amat diperlukan setiap masa.
ERTI MUJAHADAH DAN KEPENTINGANNYA
Melawan hawa nafsu bagi maksud mengawal, mengurus dan mengendalikannya adalah wajib kerana kita hanya wajar menjadi hamba Allah. Demikian yang dapat difahami daripada kaedah, “tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengan sesuatu itu maka sesuatu itu juga menjadi wajib.”  Berdasarkan itu, jika kita tidak berbuat demikian, sudah tentu kita akan berdosa. Bukankah syurga itu hanya ada pada mereka yang menundukkan kehendak nafsunya kepada kehendak Allah? Firman Allah: “Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada nafsunya, maka sungguh syurgalah tempat tinggalnya” (Surah al-Naziat: 40-41)
Melawan hawa nafsu juga adalah syarat untuk mendapat pimpinan Allah. Firman Allah: “Mereka yang berjuang untuk melawan hawa nafsu kerana hendak menempuh jalan Kami, sesungguhnya Kami akan tunjuk jalan Kami. Sesungguhnya Allah itu berserta dengan orang yang buat baik.” (Surah : )
Kepentingan melawan hawa nafsu ini ditegaskan lagi oleh Rasulullah s.a.w. menerusi sabdanya: “Tidak beriman salah seorang antara kalian hingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa.” Baginda juga bersabda: “Seorang mujahid (iaitu seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah.”
Mujahadah bermaksud berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu. Istilah “mujahadah” berasal daripada kata “al-jihad” iaitu berusaha segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan pada jalan yang diyakini benar. Dengan kata yang lain, seorang yang bermujahadah dengan rela meninggalkan apa yang disukainya demi memburu sesuatu yang diyakininya benar, baik dan betul. Inilah maksud kata-kata Imam al-Ghazali: “Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin.”
Selain itu ilmu, taktik dan strategi melawan hawa nafsu wajib dipelajari. Bahkan kita tidak akan menang jika dalam menempuh jalan mujahadah hanya dilakukan dengan semberono. Malangnya, ilmu tentang mujahadah ini seolah-olah terpinggir pada masa kini. Manakala strategi melawan hawa nafsu hampir tidak dibicarakan lagi.
Ironinya, jika dengan musuh zahir yang jarang-jarang kita berdepan dengannya,  kita sanggup membelanjakan jutaan ringgit untuk membeli kelengkapan perang dan sejata, mengorbankan banyak masa dan tenaga untuk persiapan berperang, tetapi dengan hawa nafsu yang setiap detik kita berperang dengannya, mengapa ambil tidak indah sahaja. Sedangkan nafsu ini adalah musuh yang paling berbahaya, yang sepatutnya lebih diberi perhatian serius. Rasulullah s.a.w. bersabda:”Orang yang kuat bukanlah orang yang dapat mengalahkan musuhnya tetapi dapat menguasai marahnya.”
PRINSIP ASAS DALAM MELAWAN HAWA NAFSU
Berikut tiga prinsip asas kaedah melawan nafsu. Tiga kaedah ini telah digariskan oleh ulama pakar dalam meneliti perjalanan hati dan nafsu manusia. Dalam kitab Minhajul Abidin misalnya, Imam Ghazali telah menggariskan tiga prinsip asas berikut:
i) Menahan atau menyekat sumber kekuatannya.
Nafsu yang diumpamakan kuda yang liar itu boleh dijinakkan dengan syarat ditahan sumber yang memberikannya tenaga. Jadi, nafsu boleh dikawal dengan menahan makan (berpuasa). Oleh sebab itulah dalam Islam kita diwajibkan berpuasa sebulan dalam setahun. Dan digalakkan juga berpuasa sunat hari-hari tertentu. Malah mereka yang belum mampu berkahwin, nabi Muhammad s.a.w. menganjurkan mereka menjinakkan nafsu seks dengan berpuasa.
Selain menahan perut daripada banyak makan, ada lagi beberapa sumber kekuatan nafsu yang perlu disekat. Antaranya, menahan pandangan (mata) daripada yang haram, telinga daripada mendengar sesuatu yang berdosa, mulut daripada berkata-kata yang dilarang, hati daripada sifat-sifat mazmumah dan lain-lain. Semua ini perlu diketahui dengan cara belajar. Ilmu yang berkaitan dengan menjaga pancaindera inilah yang dimaksudkan dalam ilmu tasawuf sebagai akhlak. Hukum mempelajarinya, fardhu ain bagi setiap mukhallaf.
ii) Membebankan nafsu itu dengan ibadah.
Setelah nafsu yang diumpamakan sebagai kuda liar itu disekat sumber kekuatannya, langkah seterusnya ialah dengan dibebankan ibadah tertentu terutamanya ibadah khusus yang berbentuk fardhu dan sunat. Solat terutamanya, sangat diperlukan dalam kaedah ini semata-mata untuk ‘menyeksa’ nafsu. Bukan sahaja solat lima waktu tetapi solat malam (qiamulalil) sangat berkesan untuk menundukan hawa nafsu.
Begitu juga dengan zikrullah yang lain seperti membaca al-Quran serta wirid-wirid tertentu (yakni yang bersumberkan al-Quran,  hadis-hadis sahih dengan tunjuk ajar dan didikan syeikh atau guru yang benar serta mendapat petunjuk (mursyid). Begitu juga dengan amalan sedekah, kerja-kerja amal, mengajar, belajar dan lain-lain amal kebajikan. Pokok pangkalnya,  bebankanlah nafsu kita dengan ibadah hingga ia merasa letih untuk melakukan kejahatan. Ingatlah nafsu itu tidak pernah puas dan kehendanya tidak terbatas, maka ibadah yang dapat menundukkannya hendaknya begitu juga. Jangan terbatas dan jangan dibatasi oleh rasa puas.
iii) Berdoa minta bantuan Allah untuk menewaskannya.
Usaha menentang hawa nafsu hendaklah dimulakan, diiringi dan disudahi dengan berdoa kepada Allah. Nafsu itu makhluk Allah, maka Allah sahaja yang mampu memudahkan diri manusia untuk menguasai dirinya sendiri (nafsu). Bahkan, usaha awal kita untuk memperbaiki diri perlulah dimulai dengan membentuk komunikasi dan interaksi yang harmoni dengan Ilahi.
Hubungan ini dibentuk melalui doa. Jika Allah permudahkan, jalan mujahadah yang payah akan menjadi mudah. Bantuan Allah inilah yang sangat kita dambakan. Malah inilah pesan Rasululllah s.a.w. kepada Muaz bin Jabal dengan katanya:
“Wahai Muaz, aku sangat cinta kepadamu. Maka selepas kau mengerjakan solat jangan sekali-kali kau lupa berdoa kepada Allah dengan doa ini: “Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu.”
Banyak lagi doa-doa yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bermujahadah melawan hawa nafsu ini. Antara doanya itu ialah: “Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku.”
LANGKAH-LANGKAH JALAN MUJAHADAH
Langkah-langkah tersusun untuk melawan hawa nafsu seperti berikut:
i) Belajar mengenai sifat nafsu dan angkaranya.
Belajar mengenai sifat-sifat mahmudah dan mazmumah (ilmu akhlak atau tasawuf) adalah wajib. Kita mesti mendapat ilmu yang digali daripada al-Quran dan Sunnah untuk mengetahui sifat-sifat nafsu, angkara kejatannya dan bagaimana melawannya. Para ulama telah mempermudahkan ilmu-ilmu ini mengikut kategorinya tersendiri.
ii) Membina kesedaran dan keazaman yang tinggi.
Tidak cukup dengan mempunyai ilmu sahaja tanpa kesedaran dalam hati dan keazaman yang kuat untuk mengamalkannya. Bagaimana jika kita hanya ada senjata (ilmu) tetapi tidak ada keingininan yang kuat untuk mngamalkannya apabila diserang musuh? Ilmu bukan untuk pengetahuan dan kefahaman semata-mata, tetapi yang lebih penting untuk diamalkan.
iii) Mempraktikkan ilmu.
Inilah tahap yang paling sukar tetapi inilah tahap yang paling penting. Perkara ini memerlukan satu iltizam yang kuat dalam diri kerana apa yang disukai nafsu adalah juga yang disukai oleh diri kita sendiri. Ramai orang yang tahu sesuatu kebaikan tetapi masih malas melakukannya. Dan ramai yang tahu sesuatu kejahatan tetapi masih tega melakukannya.
Semua itu kerana mereka belum ‘mahu’, dan baru sekadar ‘tahu’. Pengetahuan itu dicapai melalui proses belajar manakala kemahuan dibina dengan mempraktikkan apa yang telah kita pelajari. Dengan mempraktiokkan ilmu barulah ilmu yang bertapak di akal dapat dipasakkan ke dalam hati. Oleh sebab itu ‘tahu’ tempat letakkannya di akal tetapi ‘mahu’ itu letaknya di hati.
iv) Terus melatih diri dan bersifat konsisten melawannya.
Ramai juga orang yang telah tahu dan mahu melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, tetapi tidak lama, mereka berpatah semula ke belakang. Bak kata peribahasa Melayu sekadar “hangat-hangat tahi ayam”. Mereka tidak berdaya untuk konsisten (istiqamah) dalam kebenaran. Apa yang perlu ialah latihan yang berterusan agar tahap pengetahuan dan kemahuan itu diteruskan hingga ke tahap kemampuan.
Imam Ghazali berpesan nafsu tidak dapat dikalahkan dengan tergesa-gesa. Kehendaknya tidak boleh ditekan sekali gus melainkan perlu ditahan secara bertahap-tahap. Latihan menundukkan hawa nafsu ini perlu dilaksanakan sedikit demi sedikit tetapi istiqamah selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w.:
“Amalan yang baik ialah amalan yang berterusan (konsisten) sekalipun sedikit.”
“Alah bisa, tegal biasa,” begitulah nafsu yang jahat jika dilatih berterusan untuk melakukan kebaikan, akan terbiasalah nafsu itu dengan kebaikan dan kebajikan. Sampai ke tahap ini, nafsu itu akan menjadi tenaga penggerak atau kenderaan (kuda tunggangan) kepada manusia. Umpama, racun pada ular senduk – di situ ada racun, di situlah juga ada penawarnya. Sebab itu ditegaskan berkali-kali bahawa nafsu itu bukan untuk dihapus tetapi untuk diurus.
Jika diuruskan dengan baik, nafsu akan membawa kepada kemajuan rohaniah dan material dalam kehidupan. Nafsu seks yang diurus melalui pernikahan yang sah, akan memberi ketenangan, keberkatan dan rahmat dalam diri suami dan isteri. Ia juga meneruskan kesinambungan zuriat yang akan menjadi tenaga penggerakan kepada pembangunan ummah. Begitu juga nafsu makan yang terurus, akan memberi tenaga untuk beribadah dan menyebabkan terbentuknya jaringan perniagaan, industri makanan, hub halal, inovasi dan teknologi makanan dalam bidang bioteknologi dan sebagainya.
Manusia yang dibekalkan dengan unsur nafsu inilah yang menjadi sebab mereka dilantik menjadi khalifah di muka bumi – bukan malaikat, kerana dengan nafsu makmurlah muka bumi ini dengan pembangunan yang bersendikan hukum Allah. Sebaliknya, malaikat tidak mempunyai potensi ini kerana mereka sepi daripada sebarang keinginan dan rangsangan. Namun, jika nafsu tidak terurus manusia akan jatuh ke tahap yang lebih hina daripada haiwan (makhluk nafsu tanpa akal).
Jangan menoleh ke belakang… tempuhlah jalan mujahadah. Itulah jalan yang penuh saadah (kebahagiaan). Walaupun itu adalah jalan yang payah, tetapi itulah jalan yang paling mudah. Tidak ada jalan pintas!
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 7 scratches

Assalamualaikum wth

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar..

Tiada mood utk menulis pjg. cukupla sekadar utk merakam tarikh dan peristiwa kejadian...akan cuba utk dilanjutkan skiranya ada masa..

"Assalamualaikum dr., Sobri dah x dee..." aku menelefon Dr.Kahar, supervisor masters arwah.

"wslm wth. Ha`ah Sob (nama panggilan sobri)  mmg xde kt UTM ni. dia ada bagitau dia amik cuti. Balik kampung"

"Ya Allah doktor...Sobri kita doktor..sobri...die dah xde, die meninggal pukul 12 td...~~"

"Astaghfirulllah.....astaghfirullah...astaghfirullah....ape ni Nasrul? betul ke ni? innalillah...ya Allah...ya Allah....sobri...ya Allah~" Dr.Kahar terkedu..speechless...terkesima...spt aku pabila tau beriter ni

Al-Fatihah untuk Allahyaram M.Sobri bin Husain. Si ceria, penghibur dan pengubat kesunyian kami di Lab CFM, UTM.  Sang pendakwah yang mampu masuk dengan sapa2 shj..mat rempit ka, kaki lepak dan gelak sakan ka..jg geng2 masjid...Seorang yang sgt membantu dan komited kepada kerja...

Sesungguhnya hidup arwah (1986-2010) walaupun x sepanjang mana, tetapi berisi. Matinya pula moga2 dalam keadaan syahid..mati ketika menuntut ilmu!...

Sewaktu menziarah kubur arwah semalam, syahdunya rasa...org yg baik ni tiba2 da x da? Allahu rabbi..
Sekarang ni tinggallah ibu dan abg arwah shj di rumah...sedih sungguh...
Hm...elok saya share kan sedkit email yg sy antar kpd kawan2 sekerja:

Assalamualaikum wth


Saya dan keluarga serta bbrp kawan Allahyarham (dr pasir gudang) baru shj melawat keluarga arwah dan ziarah kubur di Kg.Sg.Korok, Jitra Kedah. 

1- Arwah anak kedua daripada 2 beradik. Ayahnya telah meninggal dunia pada 27.3.2008. Sekarang ini, tinggallah ibu dan abg arwah di rumah.
2- Ibu dan abg arwah bekerja mengusahakan bendang sawah keluarga. 
3- Kategori pendapatan keluarga arwah: miskin, tp kaya budi pekerti
4- Rumah arwah sgt menyedihkan. Rupa2nya arwah adalah harapan besar keluarga...
5- Arwah meninggal very sudden. Ibu arwah becerita, arwah membonceng ibunya menaiki motorsikal pulang drp menziarah nenek.Tiba2, arwah merasa penat dan letih. Beliau membehentikan motorsikalnya dan tetiba rebah. Arwah dipapah ibunya, terduduk diatas tanah ditepi jalan raya. Kelihtan arwah nazak. Saat itu ibu mngajarkan arwah mengucap dan arwah sebenarnye sudah pergi di saat itu juga..
6- Arwah dihantar di hospital Jitra, dan disahkan doktor meninggal dunia disebabkan sakit jantung.
7- Diceritakan oleh saudara mara arwah, urusan memandikan arwah sgt mudah dan baik. mukanya kelihatan senyum. Anggota badan tidak mengeras, lembut, senang dilurut. 
8- Arwah dikebumikan dengan baik di tanah perkuburan yang sama dengan arwah ayahnya.
9- Saya dh bawakan semua barang2 arwah dr Hostel UTM dan dah diserahkan kepada ibu arwah. Tinggal motorsikalnnya di UTM shj yg belum
10- saya belum sempat utk upload gamba2 yg di ambil.
11- saya tahu ramai kalangan kita yg menangis dan sedih- zamani dll...sama2 lah kita doakan arwah dan keluarga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan bertaqwa. terasa benar kehilangan arwah...

InsyAllah sy update kan lagi kemudian. Skg baru sampai kat Shah Alam

Zura: arwah sebenarnya menghidap penyakit jantung berlubang yang kronik. Pernah kena masuk IJN dan doktor kata arwah ni tiada harapan hidup lama. arwah juga ada sakit athma....

To all: saya mintak maaf byk2...rasanya ramai sgt yg tidak tahu sakit arwah ni. saya hanya bgtau penyakit arwah kpd dr.Kahar dan bbrp org shj, sperti yg dipinta oleh arwah pada awal2 masuk UTM dlu...

cukuplah dlu cerita pasal arwah sobri ini...terasa sgt utk menulis...berat jari2 nk tekan keyboard...sedih~

Allahyarham Mohd Sobri bin Husain (1986-2010), http://kucinhutan.blogspot.com/

Dua tiga tahun ni aku rasa macam sgt dikelilingi oleh kematian ...kematian org yg terdekat....Allahu Rabbi...peringatan apakah ini ya Allah?...anda boleh tgk sndri dlm blog ini...ada byk entry psl org2 yg rapat dgn aku meninggal kn?...arwah abah, atok, pak saudara, 3 orang kawan rapat, seorang anak saudara, ayah kawan....hm...mungkinkah selepas ini aku?
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 3 scratches

Kenangan Allahyarham adik Hakimi yang hanya sempat setahun sebulan bersama, tak akan dapat sesekali dilupakan...
Semoga ibunya Azyyati Johari dan abahnya Abg Die terus tabah menerima suratan takdir ini...
Al-Fatihah untuk anak saudaraku, Che Wan Al-Hakimi yang telah menyahut seruan ilahi, selepas berhempas pulas menyabung nyawa akibat sakit jantung, paru2..failure of multiple organ...Allahu Rabbi~


Hari Raya Aidulfitri 2010, 1431H adalah pertemuan terakhir kami sekeluarga...adik Hakimi kelihatan semakin sihat sebenarnya....Pantang di acah, di agah dan di usik,..pasti senyum terukir...suara ketawa yang serak-serak basah kedengaran...Kemudian pabila terasa penat, lapar dan serabut, mungkin juga kerana terasa tidak selesa kerana sakit, Hakimi akan menangis dan merengek supaya ibu dan abah nya datang memujuk...sayu dan rindunya pada kamu....ouhhh...kami rindu kamu Hakimi....

3 hari yang lalu, abah Hakimi menunjukkan video rakaman adik Hakimi sedang bergelak ketawa. Adik Hakimi yang sakit itu boleh berdiri tegak atas tapak tangan abahnya yang diangkat ke udara...dan kelihatan adik Hakimi gelak habis!~...comelnya kamu senyum dan ketawa.....suka sangat dia....
saat itu kelihatan air mata abahnya mengalir~....ouhh....abahmu rindu kamu Hakimi...

Ketika adik Hakimi terlantar di ICU Hospital Kajang, ibu Hakimi tidak pernah meninggalkan katil adik Hakimi, kecuali untuk hal-hal terpaksa. Kadang-kadang kami melihatnnya sangat sedih, dan ada pula tenang. Juga kekadang dia bersemangat~ tidaklah pasti dibuat-buat atas tidak. Sedih kami melihatnya..kami tahu dia sebenarnye sedang memujuk diri.. Memaksa hati untuk kuat.. Ibu mana yang sanggup tengok bayi sendiri terlantar dengan wayar penuh di badan begitu??? Bacaan Yassin dan ungkapan-ungkapan semangat untuk adik Hakimi terus di ulang2nya ditelinga adik Hakimi...Ouh...tabahnya ibu kamu Hakimi...

Hakikatnya, Allah lebih menyayangimu...kami hanya ditumpangkan kasih ini tidak lama..setahun sebulan..menikmati rasa memiliki seorang bayi lelaki yang comel...dan tiadalah hak kami untuk menahan-nahan nikmat ini untuk di tarik balik.

Pastinya Allahyarham Adik Hakimi sedang menunggu ibu dan bapanya di sana...kami juga....semoga adik Hakimi dapat merayu kepada Allah SWT untuk ibu bapanya...agar mereka sekali lagi berhimpun di sana..bergembira dan bergelak ketawa....kerana redha, taat dan patuh kita atas segala ketentuan dan ketetapan Allah di dunia.~


Al-Fatihah untuk Allahyarham Che Wan Muhammad Al-Hakimi Ramadhan bin Che Wan Lokman yang telah kembali kerahmatullah pada jam 2.10 pagi, 4 October 2010, di ICU, Hospital Kajang.


senyuman mahal dr adik hakimi....kenangan yg indah~


adik hakimi sgt rapat dgn abgnya Hafizudin



x sanggup tatap lama2~



mintak maaf. video x brp clear. record pakai camera hp je ni...hari sblm arwah pergi selamanya

[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 5 scratches

Terdapat banyak dalil hadis hassan yang memberi hint atau petunjuk kepada kita mengenai malam-malam yang 'disyaki' boleh berlaku malam lailatul Qadr...

Ada yang mengatakan pada malam-malam 10 terakhir Ramadhan..
Ada juga mengatakan pada malam-malam ganjil 10 terakhir, iaitu 21,23,25,27 dan 29 Ramadhan..
Dan ada pula yang mengatakan pada malam 27 Ramadhan...

Namun apepun sebagai maksud tersirat yang Allah SWT dan Ar-Rasul mahukan adalah;

Adalah sikap mukmin yang sentiasa 'bekerja' untuk mencari malam Lailatul Qadr yang mulia ini!
Seolah-olah seperti kita berkerja bersungguh-sungguh seharian untuk mendapat gaji yang tinggi dan bonus berbulan-bulan!..
Maka begitu juga sepatutnya semangat kita yang sentiasa sibuk bekerja pada malam-malam Ramadhan ini utk mencari pahala dan bbonus pahala yang sgt besar.

Justeru mudahnya begini, jika kita telah menjadi 'pekerja' yang sgt rajin, sibuk dan tekun dalam mencari bonus Lailatul Qadr ini, maka sudah pasti ganjaran yang besar drp Allah SWT itu tetap akan kita dapati di akhirat sana..mengapa?

Kerana yang dituntut oleh Allah SWT dan Ar-Rasul itu adalah USAHA MENCARI! sifat usaha mencari itu adalah perlunya kepada keringat badan dan akal untuk mendapatkannya. Bukanlah sifat usaha mencari itu adalah 'kebetulan' ataupun 'tiba-tiba dapat'.

Saya risau juga kalau-kalau saya masih bukan tergolong dalam 'Geng Mencari Lailatul Qadr'...fuhh...syok beb kalau dapat malam Lailatul Qadr...

manakan tidak? Pahala ibadah dalam LailatulQadr sama dengan sejumlah pahala ibadah yang dilakukan selama 83 tahun 4 bulan!! saya sekarang 25 tahun. Isteri saya juga 25. Ada ramai ustaz kata dosa-dosa kecil dan besar yang dh kita lakukan sepanjang bernafas atas muka bumi ini boleh hazaf (dipadamkan) jika sekiranya kita mintak betul-betul dengan Allah SWT pada malam Lailatul Qadr ini...fuyyo...siapa yang tak siuman sahaja yang tak nak!...dosa kosong, umpama bayi kami yang baru lahir berusia sebulan 15 hari itu!

Dosa diampunkan, Pahala berlipat kali ganda, pintu syurga idaman menanti, kejayaan kerjaya di dunia terbuka luas dan melimpah2

Aduh...masih ada lagikah orang Islam yang tidak mahu kurnia LailatulQadr ini?


Hi!..nama saya Wadiy Sidq! saya tido awal sbb nak bangun qiyam =)
tapi pagi esoknya saya x terbangun la!...sedihnya.. saya sedar-sedar je dan pukul 10pg! haha


ini ummi saya...saya sgt suka kalau dia dukung saya dan bawak saya naik kereta. (saya juga suka nangis kalau x de org dukung!)
petang-petang pula, saya suka bergusti dengan walid! dia salu kalah dengan saya! hoho




    

SELAMAT MEMBURU MALAM LAILATUL QADR!
SEMOGA ANDA DAPAT DOAKAN KAMI SEKELUARGA DAN KAMI JUGA PASTINYA SELALU DOAKAN KEJAYAAN ANDA DUNIA AKHIRAT =)
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches


Assalamualaikum wth...
“Dan kahwinkanlah orang bersendirian (belum kahwin) di antara kamu” (an-Nur: 32)

“Nikah itu adalah sunnatku, maka barangsiapa yang benci kepada sunnatku, nescaya telah membenci aku.”
“Wahai pemuda-pemuda,sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin,maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri”- (riwayat Bukhari dan Muslim)

Selamat Pengantin Baru Kawan-kawan!!! 
Tahniah dan syabas kepada:
  •   Zulzaeri [Korea] + Zaidatul Husna (Jitra, Kedah) 6 June 2010
  •   Farihah [SMKATJ] + Hasbul Hadi [KMM] ( Kuala Terengganu, Trg) 6 Jun 2010
  •   Kak Liza [Samsung] + Pasangan ( Petaling Jaya, Selangor) 6 Jun 2010
  •   Nurliana [KMM] + Pasangan [Muar, Johor] 6 Jun 2010
  •   Kyo [UMP] + Ida (Sg.Petani, Kedah) 6 Jun 2010
  •   Izzati [SMAPK] + Alan (Johor Bahru), 5 Jun 2010
  •   Zakuan [KMM] + Mariana [KMM](Jerteh & Pasir Mas) 6 & 8 Jun 2010
  •   Najmi [KMM] + Pasangan (Pasir Mas) 11 Jun 2010
  •   Wahyuni [KMM] + Latif [UITM SA] (Masai, Pasir Gudang & Kluang, Johor) 12 & 19 Jun 2010
  •   Zafaruddin [SHAMS,KMM,UMP, rival?haha] + Ain [KMM] (Kuala Terengganu) 12 Jun 2010
  •   Shahril Ashraf aka Chek [UMP] + Pasangan [UMP] (Kota Bahru) 12 Jun 2010
  •   Bashori [UMP] + Izzati (Jitra, Kedah) 15 Jun 2010
  •   Diyana [cousin] + Pasangan (KL) 19 Jun 2010
  •   Jabar [SMKATJ] + Pasangan (Klang) 6 Jun 2010
  •   Shahfiran [UMP] + Pasangan (Kuala Kangsar, Perak) 29 Mei 2010
  •   Sabri [SMKATJ] + Asmanizan (Kuala Terengganu) 13 Jun 2010
  •   Sarah Shazwani [SMAPK] + Ismail (Bangi) 24 July 2010
  •   Khauthar [SMAPK] + Zaharan (Kepala Batas) 12 Jun 2010
  •   Addli Suhaimi [UMP] + Nur Syuhada Ramli [UMP] (Bachok) 6 Jun 2010
  •   Abdul Hakim [UMP] + Nurul Farhana (Kuala Krau, Pahang) 9 May 2010
  •   Arina Abdullah [Durian Mas] + Pasangan (Al-Muktafi Billah Shah @ Durian Mas, Dungun) 6 Jun 2010
  • Akhtar Anuar [Durian Mas] + Pasangan (Al-Muktafi Billah Shah @ Durian Mas, Dungun) 30 Mei 2010 
  • Azrol Abdullah [Durian Mas] + Pasangan , (Al-Muktafi Billah Shah @ Durian Mas, Dungun) 12 jun 2010 
  • Hilmi Kamal [Durian Mas] + Basirah , (Al-Muktafi Billah Shah @ Durian Mas, Dungun) 19 Jun 2010
“Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razakakuma zurriyatan tayyibatan tanfaul ISLAM wal muslimin“.

Rasanya ada lagi yang tidak tercatat di atas...x tau dah kat mana letak kad jemputannya...banyak sangat!!...berbundle2...fuh....mintak maaf ye kepada yang berkenaan. nanti ada masa saya update lagi


Juga minta maaf pada semua kawan yang menjemput, kerana saya dan isteri tak dapat memenuhi semua jemputan.

Berada di hujung semenanjung Malaysia (JB) ni membataskan sedikit sebanyak pergerakan. tambahan pula isteri sedang sarat mengandung..bahaya bejalan byk2 (pesan org tua..heh)...

apepun sekali lagi tahniah kepada sahabat-sahabat!..
Semoga menjadi pasangan suami isteri yang solehah..


Cadangan saya kepada semua pasangan bahagia di atas: 
belilah buku "Pedoman Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam", karangan Dr.Abdullah Nashih Ulwan.

buku yang sangat bagus dan baik untuk panduan anda!

                                                          Gambar Hiasan...hehehe

[ Read More ]