
Assalamualaikum wth Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung! Tahniah dan syabas di atas sambutan hari kemulian, kebesaran dan kegembiraan umat Islam! Pastikan anda gembira dan riang ria di hari lebaran ini...gemakan takbir, ucapkan selamat, ziarahi sanak saudara dan jiran-tetangga, makan kuih raya dan juadah seadanya dll.. yg penting? anda mesti gembira!!...hehe... kerana gembira dan riang itulah menjadi sunnah dan syariatnya...murung, sedih,pilu pada hari raya itu ditegah...Bahkan Rasulullah SAW sgt menzahirkan kegembiraan baginda. Tahukah anda bahawa Rasulullah SAW bersolat di tempat lapang atau musolla (tempat solat). Baginda tidak bersolat di masjid baginda, sekalipun masjid Nabi sangat mulia. Ini bagi menzahirkan suasana gembira dan menggambarkan kepada masyarakat kekuatan umat Islam. Kata Abu Sa’id al-Khudri: “Rasulullah s.a.w itu pada Hariraya Fitri dan Adha keluar...