• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches

"Orang Islam mesti menjengkelkan orang kafir???..macamana tu??"

"ya lah...kite mesti buat diorg ni jengkel dengan kita lah...mcmana lg.."
jawab saya mendatar...

"tapi, pasti orang2 bukan Islam akan menjauh!..benci mereka nnti...
x sudi dah diorg nk dekat dgn kita...kasar2 dgn diorg mane buleh...mengalah lah sikit...baru lah senang dakwah.."
balasnya..

"haha...rileks2...ko jgn kabut...bukan itu maksud aku...begini..."

saya tarik nafas dalam2...

lalu teringat kepada ayat2 Allah ini....

"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka ruku` dan sujud mencari kurnia Allah dan keredhaanNya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud (pd air muka mereka kelihatan keimanan dan kesucian hati mereka). Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat2 mereka dlm Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya, maka tunas itu menjadikan tanamana itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya, tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh di antara mereka keampunan dan pahala yang besar"

-surah Al-Fath; 29

tengoklah bagaimana sifat2 Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabatnya yang diceritakan dalam ayat ini...

mereka umpama benih dan tunas segar yang bermanfaat...
mempunyai kekuatan rohani dan fizikal yang hebat...
bersatu padu membentuk gagasan kerajaan Islam yang terkuat ...

dituruti pula oleh pejuang2 Islam yang kemudian…
Baitulmaqdis berjaya dibebaskan oleh Salahuddin Ayyubi dan tenteranya dalam Perang Hittin…
Misi Andalus menyaksikan Sepanyol ditakluk oleh Thariq bin Ziad dan tentera Islam…
Sultan Muhammad Al-Fatih pula menjadikan empayar Turki Uthmaniyyah istimewa dalam sejarah ketamadunan
Dan ramai lagi….


Bukankah kejayaan mereka semua ini adalah menjengkelkan orang2 kafir?
Mereka meluat dan benci kepada tokoh2 kesayangan kita ini…
Mereka sgt irihati dgn kejyaan x terkalah org2 Islam dahulu,..
Walaupun sebenarnye mereka kagum dan ingin mengambil contoh…

Tetapi sekarang tidak lagi!..
Sudah tiada apa lagi untuk mereka jengkelkan pada kita!!
Kuasa pemerintah, politik, gagasan ekonomi, kekuatan tentera, ketinggian ilmu ketamadunan dan social, cerdik pandai…semuanya mereka sudah ada!!..

Bahkan mereka bergelak ketawa melihat gelagat kita...
Terkapai-terkapai, kelemasan dgn propaganda yang mereka sediakan…


Maka apa lagi yg patut kita lakukan untuk menjengkelkan mereka..kembali???
Ayuh lihatlah semula kepada firman Allah dalam surah Al-Fath ayat 29 diatas..

1. Berkasih sayanglah sesame Muslim
-Imam Nawawi: shbt2 yang plg sayang dan rapat dengan kamu adalah shbt yg sanggup penegur kamu kerana Allah…sanggup bercakap benar utk memperbetulkan kamu..
-Jauhkanlah syak wasangka, bersangka buruk dan tidak percaya sesame kita. Ingat!, jgn sesakali kalian biarkan perasaan percaya kepada org2 bukan Islam itu lebih tinggi drp org2 Islam..

2- Bersikap keras dan waspada terhadap orang-orang kafir
-Bukan bermakna kamu mesti mengangkat senjata api untuk melawan mereka, sebaliknya kamu perlulah bertegas dalam berurusan dengan mereka. Jgn sampai mereka mentertawakan kamu disebabkan kebodohan kamu!
-Percayalah, orang2 kafir ini lagi mengkagumi kamu pabila kamu lebih tegas dan berpegang teguh pada prinsip Islam

3- Tingkatkanlah ibadah kepada Nya…sesungguhnya org yg byk sujud itu sgt dekat denganNya
-Lihat sahajalah sejarah org Islam yang terdahulu, juga yg sekarang..mereka yg berjaya dlm kehidupan itu adalah mereka yg sgt menjaga solat dan ibadah mereka. Jgn perlekeh dan meringankan tuntutan ibadah ini..
-Nasihat Ustaz Zahazan: tambahkanlah daripada 17 rakaat solat fardhu kita itu dengan lagi 17 rakaat solat sunat, (sunat rawatib, dhuha dan withir…sekurang2nya)

4- Teruskanlah menuju kejayaan dalam bidang kerjaya dan social kamu…berusahalah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam apa jua yg kamu lakukan. Tunjukkan kamu professional Muslim yang x kalah dengan org kafir…

5-Teruskanlah berusaha menjadi benih dan tunas yg sihat dan bermutu..agar kamu akan peroleh manfaat dan dapat member manfaat kepada semua…