• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by An-Nasrullah - - 7 scratches

Assalamualaikum wth,

Apa kabar semua? semoga sihat2...senyum sokmo belake..

Maafkan saya kerana lama x update blog ini. hampir sebulan lamanya! memang selalu terfikir nak update, tapi tidak berkesempatan. masa-masa yang berlalu ketika saat menunggu isteri bersalin agak mencemaskan, membataskan peluang untuk menjengah internet  dan blog.

Apepun, syukur pada Allah Taala kerana masih lagi memberi peluang pada saya untuk mencatatkan sesuatu yang cukup bermakna di sini. moga-moga bermanfaat untuk semua. juga mengharapkan coretan ini sebagai salah satu kebaikan sempena keberkatan malam nisfu Syaaban yang sangat besar ganjaran pahalanya, atas setiap kebaikan.
Tujuan entry pada malam ini adalah untuk memaklumkan kepada semua mengenai kelahiran putera sulung kami..

Alhamdulillah, syukur pada Allah Taala..pada malam ini, genaplah 7 hari bayi kami melihat dunia...
hidupnya bersih tanpa dosa...ibarat kain putih suci yang tiada noda warna-warni. ..semoga akhlak murni yang putih itu akan berterusan mengecapi kejayaan dunia dan akhirat...

Nama bayi: Wafiy Sidq bin Nasrul Hadi
Tarikh Lahir: 20 Julai 2010/ 9 Sya`aban 1431h, 9:06pm
Tempat Lahir : Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
Berat ketika lahir: 3.2kg, Panjang: 51cm

Nama ibu: Syifak binti Izhar Hisham
Nama bapa: Nasrul Hadi bin Johari

Sedapnye tidur~

bila nak bangun ni?
warna warni. time ni baru ja keluar dr labor room
Condition baby for the time being, Alhamdulillah sihat...sgt sihat..sehinggakan nurse dan juga org2 tua yang datang ziarah ke rumah cakap baby ni kuat dah mcm umur 2,3 bulan..2 hari tgk dunia, dh belah stand atas kaki sndri!.bayangkanlah ....time saya azan dan iqamah kt hospital hari tu pun, tangan dia duk capai2 muka saya, walaupun x menangis dan tenang ja..ligat ja kaki dan tangan ..
Cuma pada hari ketiga nurse yang datang kerumah cakap suspect kuning. But yet, maintain healthy..Alhamdulil lah..


Semoga kawan-kawan dapat mendoakan Wafiy Sidq ini menjadi pejuang IMAN dan ISLAM pada hayatnya. Sentiasa bersedia untuk melawan musuh-musuh Allah, menggempur Israel laknatullah, membebaskan dominasi Yahudi dan bukan Islam dalam pelbagai lapangan hidup..dengan berbekalkan ilmu dan amal...

Sebagai peringatan yang terakhir, marilah sama-sama kita merenung kata-kata ringkas yang sering diungkapkan oleh sahabat yang dikasihi,

"Di saat kelahiran,kau menangis dan mereka gembira. Berjuanglah. ..agar di saat kematian, mereka menangis dan kau tersenyum puas"-Allahyarham Mohammad Syafiq Masduki

Special to my beloved zaujah,

7 Responses so far.

  1. khai.M says:

    congrats Nas...moga anakmu menjadi pejuang ISLAM sebenar...ameen.

  2. Salam Nasrul... memang dia nampak sangat warna warni ^^
    insyaALLAH akan sama2 didoakan moga Wafiy menjadi pejuang ISLAM yang benar-benar memartabatkan ISLAM...amiin..

  3. Muzani says:

    TAHNIAH SHEIKH ABU WAFIY!

  4. terima kasih semua.
    khai- ameenn...doakan la anak hamba ni ya

    Yasmin- hehe..warna warni tu taste ummi dia la..comey kan..inshAllah jd pejuang Islam itu adalah apa yg didambakan...eih kata nk letak gambo Wafiy dlm blog yasmin? x de pn tgk td

    muzani-tq syeikh...tlg doa byk2 sket utk anak ni..smg die pn diberi kelebihan dan kekuatan seperti deme...

  5. Ayoh Teh says:

    Tahniah man...

    Dulu aku pernah cakap kat kawan baik aku, "sabar...sabar...dia nak lahir same tarikh ngan orang hebat2 tu.."

    Kawan baik aku cakap, "22hb lambat sangat tu..."

    dan tengok... lagi dua hari selisih ngan 22hb...haha...

  6. Terbaik, akhi. Selamat mentarbiyyah mujahid Islam ini dengan segenap kekuatanmu. All da best! :)