• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by An-Nasrullah - - 5 scratches

Terdapat banyak dalil hadis hassan yang memberi hint atau petunjuk kepada kita mengenai malam-malam yang 'disyaki' boleh berlaku malam lailatul Qadr...

Ada yang mengatakan pada malam-malam 10 terakhir Ramadhan..
Ada juga mengatakan pada malam-malam ganjil 10 terakhir, iaitu 21,23,25,27 dan 29 Ramadhan..
Dan ada pula yang mengatakan pada malam 27 Ramadhan...

Namun apepun sebagai maksud tersirat yang Allah SWT dan Ar-Rasul mahukan adalah;

Adalah sikap mukmin yang sentiasa 'bekerja' untuk mencari malam Lailatul Qadr yang mulia ini!
Seolah-olah seperti kita berkerja bersungguh-sungguh seharian untuk mendapat gaji yang tinggi dan bonus berbulan-bulan!..
Maka begitu juga sepatutnya semangat kita yang sentiasa sibuk bekerja pada malam-malam Ramadhan ini utk mencari pahala dan bbonus pahala yang sgt besar.

Justeru mudahnya begini, jika kita telah menjadi 'pekerja' yang sgt rajin, sibuk dan tekun dalam mencari bonus Lailatul Qadr ini, maka sudah pasti ganjaran yang besar drp Allah SWT itu tetap akan kita dapati di akhirat sana..mengapa?

Kerana yang dituntut oleh Allah SWT dan Ar-Rasul itu adalah USAHA MENCARI! sifat usaha mencari itu adalah perlunya kepada keringat badan dan akal untuk mendapatkannya. Bukanlah sifat usaha mencari itu adalah 'kebetulan' ataupun 'tiba-tiba dapat'.

Saya risau juga kalau-kalau saya masih bukan tergolong dalam 'Geng Mencari Lailatul Qadr'...fuhh...syok beb kalau dapat malam Lailatul Qadr...

manakan tidak? Pahala ibadah dalam LailatulQadr sama dengan sejumlah pahala ibadah yang dilakukan selama 83 tahun 4 bulan!! saya sekarang 25 tahun. Isteri saya juga 25. Ada ramai ustaz kata dosa-dosa kecil dan besar yang dh kita lakukan sepanjang bernafas atas muka bumi ini boleh hazaf (dipadamkan) jika sekiranya kita mintak betul-betul dengan Allah SWT pada malam Lailatul Qadr ini...fuyyo...siapa yang tak siuman sahaja yang tak nak!...dosa kosong, umpama bayi kami yang baru lahir berusia sebulan 15 hari itu!

Dosa diampunkan, Pahala berlipat kali ganda, pintu syurga idaman menanti, kejayaan kerjaya di dunia terbuka luas dan melimpah2

Aduh...masih ada lagikah orang Islam yang tidak mahu kurnia LailatulQadr ini?


Hi!..nama saya Wadiy Sidq! saya tido awal sbb nak bangun qiyam =)
tapi pagi esoknya saya x terbangun la!...sedihnya.. saya sedar-sedar je dan pukul 10pg! haha


ini ummi saya...saya sgt suka kalau dia dukung saya dan bawak saya naik kereta. (saya juga suka nangis kalau x de org dukung!)
petang-petang pula, saya suka bergusti dengan walid! dia salu kalah dengan saya! hoho




    

SELAMAT MEMBURU MALAM LAILATUL QADR!
SEMOGA ANDA DAPAT DOAKAN KAMI SEKELUARGA DAN KAMI JUGA PASTINYA SELALU DOAKAN KEJAYAAN ANDA DUNIA AKHIRAT =)

5 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    cutenyer wafiy...tenbam! eiii acik mie rse nk cubit jer pipi tuh kuikui

  2. zulkola says:

    wah, dah besaq no anak hg...wafiy cepat2 besaq tau, nnti leh gusti ngan "abang" zul plak...haha

  3. hahaha..PAKCIK Zul la! nk abg2 plak die nih...tp nnnt die besar, leh la gusti lengan dgn hang zul..

    ni mie mana ya? Nazmi ke? ha`ah die mmg tembam skg...bleh la nnt mie cubit pipi die puas2 time raya

  4. Salam encik Nasrul... terima kasih atas entry yg sangat2 menarik ni...mari sama2 berusaha...anyway wafiy mmg nampak tembam dan comel sekali... pandai ummi dia jaga kan.. kirim salam kat puan syifak ye...

  5. Anonymous says:

    idung wafiy macam idung cik teh dye la..huhuhu