Kenangan Allahyarham adik Hakimi yang hanya sempat setahun sebulan bersama, tak akan dapat sesekali dilupakan...
Semoga ibunya Azyyati Johari dan abahnya Abg Die terus tabah menerima suratan takdir ini...
Al-Fatihah untuk anak saudaraku, Che Wan Al-Hakimi yang telah menyahut seruan ilahi, selepas berhempas pulas menyabung nyawa akibat sakit jantung, paru2..failure of multiple organ...Allahu Rabbi~
Hari Raya Aidulfitri 2010, 1431H adalah pertemuan terakhir kami sekeluarga...adik Hakimi kelihatan semakin sihat sebenarnya....Pantang di acah, di agah dan di usik,..pasti senyum terukir...suara ketawa yang serak-serak basah kedengaran...Kemudian pabila terasa penat, lapar dan serabut, mungkin juga kerana terasa tidak selesa kerana sakit, Hakimi akan menangis dan merengek supaya ibu dan abah nya datang memujuk...sayu dan rindunya pada kamu....ouhhh...kami rindu kamu Hakimi....
3 hari yang lalu, abah Hakimi menunjukkan video rakaman adik Hakimi sedang bergelak ketawa. Adik Hakimi yang sakit itu boleh berdiri tegak atas tapak tangan abahnya yang diangkat ke udara...dan kelihatan adik Hakimi gelak habis!~...comelnya kamu senyum dan ketawa.....suka sangat dia....
saat itu kelihatan air mata abahnya mengalir~....ouhh....abahmu rindu kamu Hakimi...
saat itu kelihatan air mata abahnya mengalir~....ouhh....abahmu rindu kamu Hakimi...
Ketika adik Hakimi terlantar di ICU Hospital Kajang, ibu Hakimi tidak pernah meninggalkan katil adik Hakimi, kecuali untuk hal-hal terpaksa. Kadang-kadang kami melihatnnya sangat sedih, dan ada pula tenang. Juga kekadang dia bersemangat~ tidaklah pasti dibuat-buat atas tidak. Sedih kami melihatnya..kami tahu dia sebenarnye sedang memujuk diri.. Memaksa hati untuk kuat.. Ibu mana yang sanggup tengok bayi sendiri terlantar dengan wayar penuh di badan begitu??? Bacaan Yassin dan ungkapan-ungkapan semangat untuk adik Hakimi terus di ulang2nya ditelinga adik Hakimi...Ouh...tabahnya ibu kamu Hakimi...
Hakikatnya, Allah lebih menyayangimu...kami hanya ditumpangkan kasih ini tidak lama..setahun sebulan..menikmati rasa memiliki seorang bayi lelaki yang comel...dan tiadalah hak kami untuk menahan-nahan nikmat ini untuk di tarik balik.
Pastinya Allahyarham Adik Hakimi sedang menunggu ibu dan bapanya di sana...kami juga....semoga adik Hakimi dapat merayu kepada Allah SWT untuk ibu bapanya...agar mereka sekali lagi berhimpun di sana..bergembira dan bergelak ketawa....kerana redha, taat dan patuh kita atas segala ketentuan dan ketetapan Allah di dunia.~
Al-Fatihah untuk Allahyarham Che Wan Muhammad Al-Hakimi Ramadhan bin Che Wan Lokman yang telah kembali kerahmatullah pada jam 2.10 pagi, 4 October 2010, di ICU, Hospital Kajang.
mintak maaf. video x brp clear. record pakai camera hp je ni...hari sblm arwah pergi selamanya
Al-Fatihah untuk Allahyarham Che Wan Muhammad Al-Hakimi Ramadhan bin Che Wan Lokman yang telah kembali kerahmatullah pada jam 2.10 pagi, 4 October 2010, di ICU, Hospital Kajang.
senyuman mahal dr adik hakimi....kenangan yg indah~ |
adik hakimi sgt rapat dgn abgnya Hafizudin |
x sanggup tatap lama2~ |
mintak maaf. video x brp clear. record pakai camera hp je ni...hari sblm arwah pergi selamanya
syurga jaminannya, rasa insaf, dan sering ingatkan diri, kita hanya pinjaman dari Allah semata-mata..dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali
Semua along dan abang D tabah menerima dugaan Allah ini. Sesungguhnya Allah shj yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA..
salam nasrul... maaf baru tau lepas baja blog syifa'... takziah untuk kamu sekeluarga... Segalanya berlaku penuh hikmah... ALLAH lebih Maha tau apa yg terbaik untuk arwah kan... dan pasti ini juga yang terbaik untuk kita yang tinggal... Along perlukan kekuatan, jd sokongan keluarga sangat2 penting...