• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by An-Nasrullah - - 7 scratches

Assalamualaikum wth


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar..

Tiada mood utk menulis pjg. cukupla sekadar utk merakam tarikh dan peristiwa kejadian...akan cuba utk dilanjutkan skiranya ada masa..

"Assalamualaikum dr., Sobri dah x dee..." aku menelefon Dr.Kahar, supervisor masters arwah.

"wslm wth. Ha`ah Sob (nama panggilan sobri)  mmg xde kt UTM ni. dia ada bagitau dia amik cuti. Balik kampung"

"Ya Allah doktor...Sobri kita doktor..sobri...die dah xde, die meninggal pukul 12 td...~~"

"Astaghfirulllah.....astaghfirullah...astaghfirullah....ape ni Nasrul? betul ke ni? innalillah...ya Allah...ya Allah....sobri...ya Allah~" Dr.Kahar terkedu..speechless...terkesima...spt aku pabila tau beriter ni

Al-Fatihah untuk Allahyaram M.Sobri bin Husain. Si ceria, penghibur dan pengubat kesunyian kami di Lab CFM, UTM.  Sang pendakwah yang mampu masuk dengan sapa2 shj..mat rempit ka, kaki lepak dan gelak sakan ka..jg geng2 masjid...Seorang yang sgt membantu dan komited kepada kerja...

Sesungguhnya hidup arwah (1986-2010) walaupun x sepanjang mana, tetapi berisi. Matinya pula moga2 dalam keadaan syahid..mati ketika menuntut ilmu!...

Sewaktu menziarah kubur arwah semalam, syahdunya rasa...org yg baik ni tiba2 da x da? Allahu rabbi..
Sekarang ni tinggallah ibu dan abg arwah shj di rumah...sedih sungguh...
Hm...elok saya share kan sedkit email yg sy antar kpd kawan2 sekerja:

Assalamualaikum wth


Saya dan keluarga serta bbrp kawan Allahyarham (dr pasir gudang) baru shj melawat keluarga arwah dan ziarah kubur di Kg.Sg.Korok, Jitra Kedah. 

1- Arwah anak kedua daripada 2 beradik. Ayahnya telah meninggal dunia pada 27.3.2008. Sekarang ini, tinggallah ibu dan abg arwah di rumah.
2- Ibu dan abg arwah bekerja mengusahakan bendang sawah keluarga. 
3- Kategori pendapatan keluarga arwah: miskin, tp kaya budi pekerti
4- Rumah arwah sgt menyedihkan. Rupa2nya arwah adalah harapan besar keluarga...
5- Arwah meninggal very sudden. Ibu arwah becerita, arwah membonceng ibunya menaiki motorsikal pulang drp menziarah nenek.Tiba2, arwah merasa penat dan letih. Beliau membehentikan motorsikalnya dan tetiba rebah. Arwah dipapah ibunya, terduduk diatas tanah ditepi jalan raya. Kelihtan arwah nazak. Saat itu ibu mngajarkan arwah mengucap dan arwah sebenarnye sudah pergi di saat itu juga..
6- Arwah dihantar di hospital Jitra, dan disahkan doktor meninggal dunia disebabkan sakit jantung.
7- Diceritakan oleh saudara mara arwah, urusan memandikan arwah sgt mudah dan baik. mukanya kelihatan senyum. Anggota badan tidak mengeras, lembut, senang dilurut. 
8- Arwah dikebumikan dengan baik di tanah perkuburan yang sama dengan arwah ayahnya.
9- Saya dh bawakan semua barang2 arwah dr Hostel UTM dan dah diserahkan kepada ibu arwah. Tinggal motorsikalnnya di UTM shj yg belum
10- saya belum sempat utk upload gamba2 yg di ambil.
11- saya tahu ramai kalangan kita yg menangis dan sedih- zamani dll...sama2 lah kita doakan arwah dan keluarga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan bertaqwa. terasa benar kehilangan arwah...

InsyAllah sy update kan lagi kemudian. Skg baru sampai kat Shah Alam

Zura: arwah sebenarnya menghidap penyakit jantung berlubang yang kronik. Pernah kena masuk IJN dan doktor kata arwah ni tiada harapan hidup lama. arwah juga ada sakit athma....

To all: saya mintak maaf byk2...rasanya ramai sgt yg tidak tahu sakit arwah ni. saya hanya bgtau penyakit arwah kpd dr.Kahar dan bbrp org shj, sperti yg dipinta oleh arwah pada awal2 masuk UTM dlu...

cukuplah dlu cerita pasal arwah sobri ini...terasa sgt utk menulis...berat jari2 nk tekan keyboard...sedih~

Allahyarham Mohd Sobri bin Husain (1986-2010), http://kucinhutan.blogspot.com/

Dua tiga tahun ni aku rasa macam sgt dikelilingi oleh kematian ...kematian org yg terdekat....Allahu Rabbi...peringatan apakah ini ya Allah?...anda boleh tgk sndri dlm blog ini...ada byk entry psl org2 yg rapat dgn aku meninggal kn?...arwah abah, atok, pak saudara, 3 orang kawan rapat, seorang anak saudara, ayah kawan....hm...mungkinkah selepas ini aku?

7 Responses so far.

  1. assalamualaikum ...

    arwah pernah menjadi salah seorang program di bawah MECHAPRO, UMP ...
    seorang yang komited dan bersungguh-sungguh ...
    al-fatihah ...

  2. Shuhairy says:

    Sobri adalah seorang sahabat/teman yang cukup-cukup memahami....
    Orang yang bersama-sama menemani saya untuk berjumpa dengan bakal zaujah (Mustika) di UPM/AMPANG...
    Beliau sudah berjanji unutk mendidik anak saya menjadi pejuang, namum.. tidak kesampaian...
    Semoga lebih ramai lagi 'SOBRI' yang akan lahir selepas ini...
    Kami Semua Rindukan Hang Sobri...
    Al-Fatihah...

  3. ries says:

    Al fatihah..buat arwah sobri,

    SUNGGUH...senang bila bersama dengan arwah walaupun kenalan kami dlm waktu yg singkat di UMP...

  4. Muzani says:

    Innalillah...semoga Allah merahmati arwah dan memberi balasan yang baik utk akhiratnya..
    Walaupun kawe tak kenal arwah..tapi tetap terasa di hati dengan kisah hidup dia.

  5. chap_de_x says:

    Al- Fatihah untuk arwah...x sampai hajat aku nak ajak Sob kua makan walaupun dekat jer kat JB ni...dah dua tiga kali ajak masing2 x free...hmm masih segar dalam ingatan kenangan dengan sob masa praktikal kat Proton dulu...sob mmg seorang yang sporting and masuk dengan sapa2 jer...igt lagi aku apai ngan sob karaoke lagu2 jiwang karat kat summit USJ...Sob ko kawan terbaik dunia akhirat...insyallah aku doakan ko dalam solat aku sob...Al-Fatihah

  6. sahabat dunia akhirat. moga Allah tempatkannya bersama golongan yang soleh. ampunkan dosa2 kami wahai Allah. pelihara kami...

  7. wees_memo says:

    Saya benar2 terkejut bila dengar sobri sudah pergi buat selama2nya..itupun dari seorang kawan sekolah lama di majlis perkahwinan ak pada 13 Oct 12 yg lalu. patutla sejak 2010 kami bertemu kembali di FB, kami chatting skjp dan slps itu smpai ari ini dia x penah bls msg sy. sy igtkan dia marahkan sy.
    Sobri ak kenali masa ak Form2.. mmg baik, seorang yg sabar. ak harap Allah tempatkan kamu di kalangan org2 yg beriman.. dan ak benar harap kamu telah memaafkan segala kesilapan ak dlu. Al-Fatihah..