• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by An-Nasrullah - - 5 scratches

Teringat ketika aku berbual dengan Ustaz Ridhuan Mohd Nor seusai usrah petang di Perodua, Rawang,

" enta berapa lama nak duk sini?" tanya ustaz Ridhuan, merujuk kepada kerja aku sbg 'cleaner' di R&D Perodua..

"ana tak berapa pasti lagi ustaz, sbb kalau ikut kan niat di hati, ana nk sambung belajor"...aku jawab sambil menuang air teh utk ustaz

" horrr...baguh tu syeikh...ana suka sgt kalu anok muda sambung belajor...ana sokong seratus peratus!.." ustaz cakap terengganu ngan aku la!...(mane die tahu aku org terengganu??)

" jgn jadi mcm ana..x siap2 lagi phd ni ha.." sambung ustaz..

"ouh!! ustaz ada masters doh ke? hor...hebat ustaz...sibuk2 ustaz mengajor kat sekoloh, NGO dan parti, ustaz dang (sempat) sambung PhD jugok?" kagum aku ngan ustaz nehh

Jawab ustaz:

" x de ape2 la syeikh...ana sambung belajor sbb itu kewajiban kita semua...tamboh2 ana ni..nak bawak anak muda kita dekat dgn dakwah dan islah Islam, lagi mudah dan senang kalau diorg respect kita lebih..."

"untuk enta, ana rase sgt lah bagus enta sambung belajo...jgn berenti.. Dah dapat offer mane2 ke?"

----------------------------------------------------

itu kisah 3 tahun lepas...dan sekarang aku sedang dalam proses menyiapkan penulisan thesis dan paper journal...Alhamdulillah...Allah SWT buka kan hati ini untuk sentiasa mendamba kasih ilmu Mu ya Allah...dan aku berjaya heret sekali zaujahku Syifak IZhar Hisham ke lapangan menuntut ilmu ini...

aku sgt kagum, suka dan kasih pada mereka yg sentiasa menuntut dan menyampaikan ilmu...moga2 semua ahli keluargaku, sahabat2 ku dan org Islam keseluruhannya sentiasa memburu aktiviti ilmu...

lantas ku teringat hadis2 Rasulullah SAW berkenaan kelebihan menuntut ilmu:

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan meghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan.” Riwayat Abu ad-Darda’ r.a

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Siapa yang keluar untut menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali.” Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu)atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut ) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-Bazzar

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin menndapat habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.” Riwayat Abu Daud


Sama2 kita doa spy Allah SWT pandu kita ke arah jalan yg berilmu.

HIDUP BERSYARIAT ITU INDAH!!

cerr tgk video ni...comel..hehehe

5 Responses so far.

  1. bile plak heret skali ni??

  2. zulkola says:

    heret n paksa...hehe

  3. TBD says:
    This comment has been removed by the author.
  4. TBD says:

    nice entry.. keep on moving in becoming a successful person..for islam!
    suka dgn kata-kata us.riduan: "ana sambung belajor sbb itu kewajiban kita semua..nak bawak anak muda kita dekat dgn dakwah dan islah Islam, lagi mudah dan senang kalau diorg respect kita lebih..."

  5. Anonymous says:

    http://kerenz-abiz.blogspot.com/2012/02/nikmatnya-menuntut-ilmu-bagian-1.html