• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Posted by An-Nasrullah - - 4 scratches



Reminders from Ustaz in IKIM.fm- SOLAT ITU TIANG AGAMA..maka jgnlah sesekali kita memudahkannya...dirikanlah solat dengan keadaan sehabis baik- solatlah di awal waktu, jgn di lambatkan,  dan solatlah berjemaah, jgn pula di remehkan.

ibaratkanlah tubuh badan manusia, perlukan tulang belakang ataupun back spine untuk sentiasa sehat, cergas dan bebas bergerak. Maka begitu jugalah agama. Mana mungkin kita mengaku Muslim, kalau kita tidak menjaga kesihatan tulang belakang kita.l

ibaratkanlah rumah kediaman kita, berdiri kukuhnya rumah itu adalah kerana tiang cerucuk ataupun pile. Tanpa tiang cerucuk ini, sudah pasti rumah kita hanya menunggu masa untuk runtuh atau pun crack di mana-mana. Maka begitu jugalah agama kita. Mustahil kalau seseorang itu mengatakan dirinya Muslim yang baik, kalau tidak menanamkan tiang cerucuk dlm dirinya..

Maka bagaimana untuk menjaga tiang itu??

Sudah tentu kita memerlukan satu tenaga dalaman yang kuat. Tanpa tenaga dalaman yang kuat dan kukuh, kita kan mudah untuk meremehkan segala-galanya. Kereta Toyota Vios TRD Sportivo sangat cantik dan menawan kalbu. Tapi apa guna kalau hanya cantik, sporty dan sedang mata memandang, kalau kereta itu tak dilengkapi dengan ciri-ciri dalaman yang pastinya menjadi keutamaan. Spesifikasi engine dan fuel consumption- perlulah jimat minyak dan tahan lasak. Dan sebagainya. Ciri-ciri dalam inilah sebenarnya tenaga dalaman

Ya, saya pasti akan ramai juga yang musykil dengan contoh ini, kerana bagi mereka, yang paling utama adalah pemandunya, bukan keretanya! Maka perlulah sama-sama buka minda kepada kes asal perbincangan kita, iaitu manusia itu perlukan tenaga dalaman yang kuat untuk menjaga/memelihara/mengasihi solat, kerana solat itu tiang agama, perlakuan paling dekat dengan ALlah SWT. Maka tenaga dalaman itu adalah ciri-ciri dalam sesebuah kereta, manusia itu adalah pemandu, dan solat itu adalah pemanduan sebuah kereta untuk mencari rahmah dan kasih syg ALlah...

AYUH CARI TENAGA DALAMAN!  

4 Responses so far.

  1. This comment has been removed by the author.
  2. Salam ziarah kutip ilmu, jazakaLlah atas tazkiran dan peringatan.. barakaLlahu fik. Moga thabat, insyaAllah.

  3. salam alaik, keep it up!

    jemput baca artikel baru saya :)

    http://firaszahrafajar.blogspot.com/2012/02/apakah-sebenarnya-wasathiyyah.html