• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Al-hubb huna,love is around

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, ...

Cream of the crop

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. ...

A foot in the door

Here's an mp3 file that was uploaded as an attachment: Juan Manuel Fangio by Yue And here's a link to an external mp3 file: Acclimate by General Fuzz Both are CC licensed. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, ...

A feather in one's cap

Some block quote tests: Here's a one line quote. This part isn't quoted. Here's a much longer quote: Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem, varius aliquet, ...

Let's bring the house down

I'm just a lowly contributor. My posts must be approved by the editor.Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at ...

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches

tahukah anda siapa Muhammad bin Idris ini???

Kenal?

kpd sesape yg terlupe atau belum tahu, Muhammad bin Idris adalah pelopor/pengasas kpd salah satu mazhab yg empat...bahkan mazhab kalian sndri...


Muhammad bin Idris as-Syafie menjadi topik khas utk rancangan realiti TV plg hangat di Malaysia pada abad ni, HALAQAH...


aku yg hnye sempat utk menonton 10 minit terakhir siaran, merasa tertegun dan terkesima dgn buah fikiran bual bicara panel Us.zahazan dan Us.Badlishah...

hebat dan mantap benar ciptaan Allah bernama Muhammad bin Idris ini....Subhanallah..

banding ngan aku...fuh...mcm langit dgn bumi je lah nmpaknye...

xperlu aku lampirkan disini kelebihan dan kemantapan peribadi dan Ilmu Al Imam Syafie..baik anda mencari sndri..search lah kot mane2 pun...smg lbh byk input dan lbh bercambah...

conclusion akhir halaqah: belajar dan menghayati kisah hidup Muhammad bin Idris ini..sbnarnya adalah satu teguran dan pengajaran utk diri kita sndri...stslah bandingkan dgn akhlak kite skg dgn akhlak beliau....

aku dgn isteri: insap~
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 5 scratches



Assalamualaikum wth ..

sekali sekala mcm best juge becerita psal politik kampus dlm blog nih..

terdekat..hampir semua universiti @ IPTA akan menyambut 'pesta' pilihanraya kampus (PRK) bg memilih ahli Majlis Perwakilan Pelajar masing2...pastinya meriah!


sedkit kajian rambang aku terhadap calon2 MPP di semua kampus..


Calon MPP yang Menang PRK IPTA sekitar tahun 2000-2009 adalah:

kerusi MT
Calon yg dikenali ramai (glamour) = 85%
Calon yg hensem (lelaki) dan cantik,sedap mata memandang (Pempuan) = 10%
Calon yg pandai belaja(pointer tinggi) atau aktif koQ = 3%
Calon yg tidak target = 2%

Exco
Calon yang dikenali ramai (glamour) = 30%
Calon yg hensem (lelaki) dan cantik,sedap mata memandang (Pempuan) = 60%
Calon yang pandai belaja(pointer tinggi) atau aktif koQ = 8%
Calon yang tidak target = 2%

* dikenali ramai (glamour)- byk kali muncul dlm aktvt stdnt sblm ini, pernah salu bercakap dikhalayak mewakili stdnt, agresif dlm hal2 kebajikan stdnt, pernah pegang jawatan dlm aktvt stdnt, pandai berucap dan baik hubungan sosial, etc..dn plg penting juga...fliers,banner dan poster calon2 ni byk
* hensem (lelaki)- muka hensem dan ramai org suke tgk dia..skali dia senyum, cair suma pempuan. poster,fliers,banner etc yg ada gamba dia..org suka. Cantik,sedap mata memandang (perempuan)- muka nya ada air wajah..cantik org suka tgk dia...pakai tudung agak labuh elok ja dan nampak alim, tp bleh begaul dgn sume org..dn salunya..mmg org tgk banner or poster die..tros org undi lah!
* calon yg pandai belaja (pointer tinggi) atau aktif koQ- biasanya org pangkah dia sbb org tgk rekod akademik dn koQ dia dlm poster2 or fliers ... mnjd stdnt, sape yg bijak, die hebat ..itu kn simple mentaliti stdnt malaysia
* calon tidak target- yg ni mcm kalo xde pilihan sgt..sbb calon2 len suma x de ciri2 3 di atas.


ini kajian kuantitatif rambang aku yg tidak lah tepat sgt..kalian boleh metafsir dan menghuraikan sndri kn? x perlu aku terang...
msti ramai yg rase mcm mengarut...tp aku rasa ramai jgk yg stuju kn..

atau korang rase mcmane?...
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 8 scratches

Assalamualaikum wth

last sunday midnite..we had transferred from Senawang to taman teratai, Skudai!!.... behind UTM`s gate no.3..very close to UTM!.. ..alhamdulillah^^

no more weekend husband...
no more hangin tunggu bas plusliner yg salu lewat setengah jam pd ari jumaat tu kat sri puteri tu..
x yah bg duit kt taxi yg tetibe cekik darah sejak kenaikan harga tambang taxi baru2 ni..(rm17 utk perjlan around 15km??)
x perlu risokn supervisor carik di kala weekend..
x perlu risokan hal2 yg sepatutnya riso..etc

haha...apepun..kami satu family dh jadi warga UTM dan JB...jemputlah sesape yg dtg JB ni..dtg ke rumah kami yer...rumah kami nice juge, sbb berjiran dgn tadika n nursery..depan umah pule ade taman rekreasi..senang nk exercise.(tp prot gradually menjauh ke depan lani!..haiyyo) korang jemput dtg umah bile dtg JB k..^^


wife sy yg comel itu sudah pregnant...minta tlg kawan2 utk doa2kan kesihatan dia dan kandungan ya..smg selamat sumanya...(aku dh nk jadi ayah??..Allahhu rabbi...)


td ade adik junior gtau..PMR 2009 utk smkatj ..ade 82 org dpt 9As. (SMAP Kajang dpt 77 org 9As...fuyyo smap pun kalah...haha..)

apepun..ramai sgt tuh...tahniah..tahniah...nasihat abg: maintaine ur excellence...jgn habis takat ni ja k...smg cemerlang dunia akhirat
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 1 scratches

arini sy bukak2 je email...(selepas 4 hari lost contact dgn dunia internet)...ade email dr budak comel nih...die bg pic...



puan syifak kata...sila ignore model 2 org yg x layak jd model tu...tp fokuskn mata anda pd senikata lagu
for the rest of my life - maher zain yg sgt syahdu..

hehe...Allah bless u dear..
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 2 scratches

(coretan ni ditulis ketika aku masih di jakarta, internet xde..sampai je kt mesia..baru bleh post..)

17 November 2009

Semalam genap setahun abah pergi meninggalkan kami anak beranak…macam kejap ja rasa..alih-alih 16 November menjengah lagi...

Tengah2 duk conference IMAT kt dlm utan taman safari nih...ati aku macam kene ketuk dengan kayu sodek bile tingat kat abah...rase membengkak...x tau lah..rindu kot...

internet xde...x bleh la aku nk coretkan sesuatu utk arwah dan post dlm blog on da time (16 November)..rase rugi jugek...sbb 16 November hnya dtg sekali setahun...kan? telepas kali ni..kene tunggu 365 hari lg..

haih..ape la..mcm hari memperingati ari ape je...patutnye kalo nk igt2 kt arwah..kene la byk2kn ibadat utk sedekah kt dia...wat pahala byk2..then niatkan utk arwah...barulah betol kn...berbaloi utk sedih dan memperingati org yg telah pergi selamanya...

hm....esok flight jam 1.20tgh...pastu blk skudai...then sehari dua lg blk senawang..jumpe isteri..ya Allah rindunye....

maaf lah ye sbb x tulis panjang...sbb rase x mampu sebenarnye....

Okeh..esok da keja lg..

wassalam

Hotel Kaisar, Jakarta

IMAT= International Meeting of Advance Thermofluid

several pics arwah abah utk tatapan sesape yg ziarah blog ni....









al-fatihah utk Allahyarham Haji Johari Abdul Majid...smg arwah ditempatkan dikalangan org2 yg terang cahaya kuburnya...ceria bersama org2 yg soleh...amiin..

(dijemput kepada sesape yg mengenali utk majlis bacaan yassin dn tahlil di rumah surau Blok G, AMBS pd ari ahad malam isnin ni-29 Nov 09)
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches

juz nk share satu artikel nih...menarik utk difikirkan..panjang juge...ala tp x sampai 5 minit pn...bace k..



salamua'laikum..

Sekadar coretan pandangan..

PETIKAN DARIPADA UTUSAN MALAYSIA ONLINE (8/11/2009)

Rezeki untuk rakyat Kelantan

Oleh Zulkiflee Bakar dan Hafizahril Hamid



Apakah pandangan Datuk berhubung pengumuman pemberian wang ihsan petroleum oleh kerajaan pusat kepada Kelantan?

DR. AWANG ADEK: Saya lihat ia adalah satu keuntungan kepada rakyat Kelantan. Dulu hanya Terengganu yang banyak mendapat wang ihsan, sehingga kadang-kadang kita terpaksa minta tolong kerajaan persekutuan supaya diberi sedikit wang itu untuk membantu Kelantan.

Ia bertujuan bagi membolehkan kita melaksanakan program-program bagi mengatasi kemiskinan. Oleh itu apabila diumumkan Kelantan juga akan mendapat sejumlah wang ihsan kita berasa cukup bersyukur. Ia akan membolehkan program-program membasmi kemiskinan dan kemasyarakatan dapat dipertingkatkan.

Sebagai orang Kelantan saya mengucapkan terima kasih kepada Najib, kerajaan dan Petronas yang mengambil keputusan itu. Kita melihat pemberian wang ihsan ini sebagai keprihatinan Perdana Menteri kerana kalau dikaji dari segi undang-undang, Kelantan tidak ada hak untuk menuntutnya.

Ia kerana pentakrifan pantai bagi membolehkan satu-satu negeri membuat tuntutan ialah tiga batu nautika dari tikas air atau pesisir negeri berkenaan, kalau lebih daripada jarak itu, ia terserah kepada budi bicara kerajaan persekutuan. Sebab itulah dari dulu kerajaan persekutuan tidak memberi wang ihsan kepada Kelantan kerana hasil minyak dan gas yang dikeluarkan adalah di perairan antarabangsa yang dianggap berada di kawasan pertindihan. Jadi memang dalam mana-mana kawasan pertindihan, kerajaan negeri tidak mempunyai hak untuk membuat sebarang tuntutan. Kelantan banyak kawasan pertindihan, Terengganu tidak ada kawasan itu[1].


Ada pihak bertanya kenapa baru sekarang kerajaan pusat hendak memberikan wang ihsan itu?

DR. AWANG ADEK: Memang sejak dulu ada pertanyaan tidakkah Kelantan mendapat hasil daripada penemuan minyak dan gas berdekatan perairannya. Oleh itu apabila Najib mengambil alih kepimpinan negara, saya sendiri mendengar beliau telah mengarahkan supaya Petronas membuat kajian dengan teliti berhubung perkara berkenaan.
Setelah kajian dilakukan oleh Petronas dan dibincangkan, maka keputusan telah dibuat bahawa kerajaan persekutuan akan memberi sejumlah peruntukan wang ihsan kepada Kelantan. Walaupun dari segi perundangan tidak ada asas untuk berbuat demikian tetapi Perdana Menteri tetap mahu memberikannya tetapi jumlahnya kita belum tahu lagi[2].

Walaupun pemberian itu demi kebaikan rakyat Kelantan tetapi ada pemimpin kerajaan negeri tidak berpuas hati, mereka masih mahukan royalti bukannya wang ihsan, apa komen Datuk?

DR. AWANG ADEK: Saya sebenarnya tidak nampak apa perbezaan ketara antara royalti dan wang ihsan[3]. Cuma saya nampak kerajaan negeri kalau boleh mahu wang itu diserahkan kepada mereka supaya mereka boleh menguruskannya. Maka digunakanlah takrifan royalti kerana ia seolah-olah hak negeri, itulah sebenarnya matlamat mereka. Saya lihat Najib selaku Perdana Menteri telah menjawab di Parlimen berdasarkan kepada fakta undang-undang.

Dari segi perundangan, apabila kerajaan negeri tidak berhak menuntut berikutan kedudukan kawasan minyak dan gas itu terletak jauh di luar pantainya, maka apa yang diberikan hanyalah berbentuk ihsan kerajaan persekutuan.

Kalau kerajaan persekutuan tidak mahu beri pun tidak ada masalah sebab undang-undang tidak memaksa, tetapi barangkali dalam kes Kelantan ini, apabila kerajaan melihat biarpun kawasan pertindihan namun disebabkan ada unsur-unsur 'keKelantanannya' maka kita berilah wang ihsan. Bagi saya, persoalan lebih penting yang harus difikir dan diperhatikan sejauh manakah wang itu akan digunakan untuk faedah rakyat Kelantan, sama ada datang dari saluran A atau B, ia bukanlah isu[4].

Perdana Menteri telah berjanji bahawa pelaksanaan wang ihsan ini akan dibuat secara telus.. Oleh itu apabila wang ihsan diperoleh, kita lihatlah bagaimana ia dibelanjakan termasuklah dalam program-program membantu golongan daif.
Saya berpendapat itu yang seharusnya menjadi tumpuan bukannya soal ia akan diserahkan kepada kerajaan negeri atau tidak. Apa yang penting ialah matlamat wang ihsan itu diberikan. Kalau pergi kepada kerajaan negeri pun apa yang dia buat? Kadang kala kita pun tak tahu kerajaan negeri buat apa.

Bagaimanakah dengan mekanisme penyaluran wang ihsan itu, siapa yang akan bertanggungjawab menguruskannya?


DR. AWANG ADEK: Ia akan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) bagi melaksanakan program untuk pembangunan rakyat dan membantu golongan miskin. Selama ini pun memang JPP yang melaksanakan itu semua. Cuma kita berharap melalui pemberian wang ihsan ini, peruntukan yang diberikan akan bertambah.

Tetapi sudah ada kerisauan di kalangan anggota Parlimen Pas yang tidak mahu wang itu disalurkan melalui JPP.

DR. AWANG ADEK: Pandangan itu diberikan kerana dua alasan, pertama kerajaan negeri hendak menggunakan wang itu mengikut kaedahnya. Ini turut menimbulkan kerisauan kerana banyak bantuan kerajaan negeri diberi mengikut fahaman politik, kita tidak mahu itu berlaku. Oleh itu apabila Perdana Menteri memberi jaminan bahawa penyaluran wang tersebut akan dilakukan secara telus, saya yakin ia adalah program untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik.

Program JPP semuanya dilaksanakan berdasarkan kepada prinsip itu. Kadang-kadang orang UMNO pun complaint kenapa bantuan e-kasih diberi kepada orang Pas. Bagi JPP itu bukan soalnya, apa yang penting selagi mereka memenuhi syarat dan berada dalam senarai miskin tegar, maka mereka layak menerimanya.

Maknanya mana-mana pihak tidak perlu mempertikaikan ketelusan penyaluran wang ihsan itu?

DR. AWANG ADEK: Mereka tidak perlu mempertikaikannya, mereka boleh lihat ketelusannya apabila wang ihsan itu disalurkan nanti. Soal ketelusan ini sudah dijanjikan oleh Perdana Menteri.

Jadi janganlah dipolitikkan isu wang ihsan ini seolah-olah ia hak kerajaan Pas dan oleh kerana rakyat Kelantan menyokong Pas maka mereka perlu menolak wang ihsan. Bagi saya itu perbuatan tidak elok, sepatutnya kita bersyukur kerana diberi peruntukan yang bukan hak kita. Soal ketelusan tidak perlulah ditimbulkan, tunggulah bila wang itu sudah disalurkan nanti, semua pihak boleh lihat ke mana ia diperuntukkan. Setakat ini saya belum lihat mana-mana projek yang dilaksanakan oleh JPP dipertikaikan.

Bagaimanakah pula dengan pandangan politik bahawa ia 'gula-gula' oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali Kelantan?

DR. AWANG ADEK: Pertamanya, kita tengok jumlahnya yang akan berdasarkan kepada pengeluaran minyak dan gas. Kalau 'gula-gula' buat apa hendak diumumkan wang ihsan, beri sahaja peruntukan yang lebih kepada JPP, itu lebih senang[5]..

Tetapi kerajaan pusat tetap umumkan pemberian dalam bentuk wang ihsan kerana wujudnya persoalan apakah tidak ada hasil kepada Kelantan daripada penggalian minyak dan gas yang berada di sempadan Thailand. Kalau dilihat dari segi perundangan memang tidak ada tetapi wang ihsan tetap diberikan atas dasar keprihatinan kerajaan pusat.

Ada usaha untuk membawa isu wang ihsan ini ke mahkamah, apakah kesannya?

DR. AWANG ADEK: Ini yang saya katakan mempolitikkan isu. Saya yakin tindakan itu tidak akan memberikan apa-apa kesan kerana dari segi perundangannya tidak ada asas.
Tidak timbul soal Perdana Menteri hendak 'bermain-main' dengan undang-undang. Pemberian wang ihsan ini diberikan selepas Perdana Menteri mendapat nasihat dan pandangan hasil kajian yang dilakukan oleh Petronas, Jabatan Peguam Negara dan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.

Saya tidak fikir akan ada mana-mana pemimpin yang berani 'bermain-main' dengan undang-undang dalam satu perkara yang menjadi tumpuan negara. Jadi saya tidak bimbang jika isu ini dibawa ke mahkamah. Itu menjadi hak mana-mana juga pihak sama ada wakil rakyat Pas atau kerajaan Kelantan, kita tidak boleh menyekat atau melarang, soalnya kita kesal kerana isu wang ihsan ini dipolitikkan.

Bagi rakyat yang miskin dan memerlukan bantuan mereka tidak perlu khuatir kerana keputusan telah dibuat dan peruntukan akan sampai kepada mereka, itu bagi saya yang lebih utama.

Pas sebelum ini mendakwa mereka telah berjaya mentadbir Kelantan dengan baik tetapi kenapa dalam masa yang sama mereka bimbang wang ihsan ini akan menyebabkan rakyat menyokong BN?

DR. AWANG ADEK: Kalau mereka baik dan ikhlas apa yang hendak dirisaukan. Kita tahu dalam perjuangan politik yang penting ialah ikhlas, berbuat baik dan melakukan perkara yang mendatangkan faedah kepada rakyat. Pas mungkin ikhlas, Pas mungkin buat baik tetapi Pas hari ini saya lihat tidak mampu melaksanaka program yang boleh mendatangkan faedah kepada rakyat.

Kalau kita tengok bajet kerajaan negeri Kelantan, peruntukan yang mampu dibuat oleh kerajaan Pas begitu kecil. Ini berlaku kerana negeri Kelantan tidak dibangunkan dan dimajukan seperti negeri-negeri lain.

Sebagai rakyat Kelantan, saya malu apabila Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Kelantan maju kerana ada pasar raya besar seperti Tesco dan Parkson. Saya tidak kisah kalau kerajaan Pas hendak mendakwa rakyat Kelantan berpuas hati dengan pentadbiran mereka, tetapi jangan kata Kelantan patut berbangga dengan kemajuan yang dicapai kerana ada dua pasar raya itu.

Walaupun mereka tidak bersetuju dengan wang ihsan tetapi mendakwa ia hasil perjuangan mereka. Apa pandangan Datuk?

DR. AWANG ADEK: Saya tidak tahulah perjuangan macam mana, tetapi kita dalam UMNO pun buat perkara yang sama. Kita sebenarnya dapat peruntukan wang ihsan untuk projek-projek tertentu, bukan tidak dapat. Semua itu hasil permintaan kita kepada Perdana Menteri. Malah kita juga pernah bercakap tak kan hanya Terengganu sahaja yang dapat wang ihsan, tak kan Kelantan tidak boleh, lagipun ia bertujuan untuk disalurkan kepada projek-projek bagi membantu rakyat miskin[6].

Tetapi apabila UMNO minta kepada kerajaan pusat secara dialog atau perbincangan, ia tidak diumumkan kepada media. Kita melakukannya melalui saluran parti, sudah banyak peruntukan yang kita terima, tanya saja kepada JPP bagaimana sesetengah peruntukan adalah daripada wang ihsan.

Sebenarnya, wang ihsan bukan diberikan kepada Terengganu sahaja tetapi juga disalurkan untuk program-program khusus seperti membasmi kemiskinan di negeri-negeri lain. Sekarang sudah rasmi Kelantan akan mendapat bantuan wang ihsan, jadi kalau nak kata orang Pas sahaja perjuangkan, tak bolehlah. Cuba tanya orang Pas bagaimana dalam Parlimen apabila ditanya oleh wakil rakyat Pas adakah saya sebagai rakyat Kelantan bersetuju untuk mendapat wang ihsan, saya kata sebagai rakyat Kelantan saya berdoa dan meminta negeri saya dapat peruntukan itu. Jangan kata orang UMNO tak nak wang ihsan sebab Kelantan diperintah oleh Pas. Sebenarnya soalan itu dikemukakan untuk menguji sama ada saya bermain politik atau tidak sehinggakan tidak mahu wang ihsan untuk Kelantan[7]..

Apakah mungkin dengan pemberian wang ihsan ini, ia boleh menggugat sokongan rakyat kepada kerajaan Pas?

DR. AWANG ADEK: Setakat ini saya tidak tahu apa reaksi mereka tetapi saya juga tidak hairan kalau ada rakyat Kelantan di kedai-kedai kopi yang marah kepada kerajaan persekutuan. Itu berlaku kerana hasutan politik, apabila mereka melihat ada pemimpin mereka menolak wang ihsan dengan mengemukakan pelbagai dakyah termasuklah kononnya ia tidak mengikut undang-undang.

Bagi saya yang pentingnya, apabila ia dilaksanakan kelak rakyat boleh menilai sama ada ia dilakukan secara telus atau tidak, tetapi saya yakin semua rakyat tanpa mengira fahaman politik dan kaum akan mendapat faedahnya. Apabila rakyat dapat melihat itu semua, mereka akan menilai kebaikan yang ada kepada pemimpin pusat terutamanya Perdana Menteri, soal nak sokong BN atau tidak soal kedua.

Sebagai pemimpin dan rakyat Kelantan, apakah harapan Datuk berikutan pemberian wang ihsan ini?

DR. AWANG ADEK: Harapan saya, pertama, kita berterima kasih dan bersyukur kerana ini rezeki daripada Allah SWT[8].

Keduanya, kita manfaat sepenuhnya rezeki ini dengan melaksanakan program-program dengan baik dan telus serta penuh keprihatinan untuk rakyat yang memerlukan. Kita akan membantu rakyat sekurang-kurangnya keadaan rakyat Kelantan akan menjadi bertambah baik.


ANALISIS


[1] “…kalau dikaji dari segi undang-undang, Kelantan tidak ada hak untuk menuntutnya.
Ia kerana pentakrifan pantai bagi membolehkan satu-satu negeri membuat tuntutan ialah tiga batu nautika dari tikas air atau pesisir negeri berkenaan, kalau lebih daripada jarak itu, ia terserah kepada budi bicara kerajaan persekutuan. Sebab itulah dari dulu kerajaan persekutuan tidak memberi wang ihsan kepada Kelantan kerana hasil minyak dan gas yang dikeluarkan adalah di perairan antarabangsa yang dianggap berada di kawasan pertindihan. Jadi memang dalam mana-mana kawasan pertindihan, kerajaan negeri tidak mempunyai hak untuk membuat sebarang tuntutan. Kelantan banyak kawasan pertindihan, Terengganu tidak ada kawasan itu[1].”


Pada tahun 2004, negeri Terengganu telah berjaya ditawan oleh pembangkang (PAS). Semenjak dari itu juga, bayaran royalty negeri Terengganu telah ditarik oleh kerajaan Persekutuan. Satu soalan bodoh yang saya ingin bangkitkan, “Adakah sebaik sahaja kerajaan negeri Terengganu diambil alih oleh pembangkang, maka sempadan perairan negeri Terengganu berubah lantas mewujudkan kawasan pertindihan? Jika tidak, maka mengapa kerajaan Persekutuan telah menarik semula bayaran royalti dan menggantikannya dengan wang ehsan?”



[2] “…Perdana Menteri tetap mahu memberikannya tetapi jumlahnya kita belum tahu lagi[2].”

Suatu jawapan yang tak relevan di berikan dan tidak sepatutnya di keluarkan oleh seorang yang bercita-cita ingin menjadi Menteri Besar yang akan mentadbir sebuah negeri. Kalau saya katakan seperti yang di katakan oleh beliau, maka terdapat dua tafsiran terhadap ‘tetapi jumlahnya kita belum tahu lagi’;
i. Jumlah tersebut boleh jadi sedikit, dan boleh jadi banyak. Boleh jadi ribuan ringgit, dan boleh jadi jutaan ringgit (tak mustahil juga puluhan atau ratusan ringgit!).
ii. Perkataan ‘kami’ merujuk kepada beliau sendiri dan masyarakat Malaysia. Persoalannya, bagaimanakah beliau selaku seorang ahli UMNO yang merupakan orang kuat UMNO di negeri Kelantan (sehingga pernah di uar-uarkan bakal menggantikan YB. Tn. Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan sekitar Pilihan Raya Umum ke-12 yang lepas) tidak mengetahui jumlah bayaran tersebut (sekurang-kurangnya anggaran) yang akan di salurkan kepada negerinya sendiri?


[3] “…Saya sebenarnya tidak nampak apa perbezaan ketara antara royalti dan wang ihsan[3].”

Sewajarnya, orang yang ingin menjadi pemimpin rakyat di peringkat negeri faham akan sesuatu yang dianggap pengetahuan asas bagi seorang ahli Parlimen. Sudah tentu royalti berbeza dengan wang ehsan. Tak perlu saya nyatakan dari sudut makna, cukup sekadar saya memberi perumpamaan mudah. Adakah sama duit RM50 yang diperolehi oleh seorang lelaki daripada seorang kaya, jika duit itu di beri sebagai ‘sedekah’ dan satu lagi diberi sebagai ‘upah’? Nilainya sama, RM50. Cuma, istilah sahaja yang berbeza… Jika beliau masih tidak dapat membezakan istilah tadi, maka nasihat saya, silakan kembali ke sekolah dan ambil semula SPM subjek Bahasa Melayu kertas Julai… “Bahasa Jiwa Bangsa”

[4] “…Bagi saya, persoalan lebih penting yang harus difikir dan diperhatikan sejauh manakah wang itu akan digunakan untuk faedah rakyat Kelantan, sama ada datang dari saluran A atau B, ia bukanlah isu[4].”

Pernyataan yang betul, tetapi tiada nilai. Mengapa? Kerana bila dilihatkan situasi, maka pernyataan itu salah. Benar wang itu akan memberi manfaat kepada rakyat Kalantan, namun kemana wang tersebut akan disalurkan akan menetukan samada rakyat Kelantan benar-benar akan mendapat hak mereka. Analoginya, katakan saya selaku pengarah Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd., ingin memberikan air bersih PERCUMA kepada penduduk Kelantan sebanyak 50 m3 sebulan (mengalahkan kerajaan Selangor. Tapi tidak mengapa, hanya contoh). Saya mempunyai 2 syarikat yang mampu menguruskan hal-hal menyalurkan air; satu Syarikat Penyaliran Air, dan satu lagi Syarikat Pembentungan. Syarikat Penyaliran Air adalah sebuah syarikat yang khusus dalam bidang menyalurkan air paip yang telah dip roses, manakala syarikat pembentungan bukan dalam bidang menyalurkan air bersih, namun mampu menyalirkan air ke sesuatu tempat. Jadi, persoalannya, adakah sama keadaannya jika saya memberikan kontrak air percuma tersebut kepada Syarikat Penyaliran Air dengan Syarikat Pembentungan? (Sudah tentu kualiti air yang akan diterima adalah jauh berbeza!). Begitu juga halnya dengan persoalan menyalurkan wang ehsan ini. Mereka ada 2 pilihan saluran; satu kerajaan negeri Kelantan yang mendapat mandat oleh rakyat Kelantan sendiri untuk mentadbir hak-hak dan harta mereka, manakala satu pilihan lain adalah saluran JPP yang tidak diberi mandat oleh rakyat, namun (kononnya) mampu untuk menguruskan wang tersebut. Saluran manakah yang lebih baik dan akan menjadi pilihan sebuah kerajaan Persekutuan yang sememangnya mengutamakan kepentingan rakyat berbanding politik? “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”

[5] “…Kalau 'gula-gula' buat apa hendak diumumkan wang ihsan, beri sahaja peruntukan yang lebih kepada JPP, itu lebih senang[5]”

“Ya, memang cara yang lebih senang itulah yang di pilih oleh kerajaan BN..” Anda dapat tangkap maksud yang cuba disampaikan oleh beliau? Menurutnya, pemberian wang ehsan akan melalui JPP. Bermakna, peruntukan sedia ada untuk JPP akan bertambah dengan pemberian wang ehsan ini nanti. Justeu kesimpulannya, sememangnya kerajaan BN hendak meng’gula-gula’kan rakyat… Adapun pengumuman itu, adalah serampang dua mata. Pertama, dapat memaklumkan dengan mudah kepada JPP bahawa peruntukan mereka telah bertambah, dan yang kedua dapat publisiti murahan yang bakal menarik undi kepada BN (ye ke?)...

[6] “…Saya tidak tahulah perjuangan macam mana, tetapi kita dalam UMNO pun buat perkara yang sama.. Kita sebenarnya dapat peruntukan wang ihsan untuk projek-projek tertentu, bukan tidak dapat. Semua itu hasil permintaan kita kepada Perdana Menteri. Malah kita juga pernah bercakap tak kan hanya Terengganu sahaja yang dapat wang ihsan, tak kan Kelantan tidak boleh, lagipun ia bertujuan untuk disalurkan kepada projek-projek bagi membantu rakyat miskin[6].”

Persoalan pendek je, adakah ini kebetulan? Kebetulan time kerajaan BN nk beri wang ehsan sama dengan saat pembangkang telah mendesak kerajaan Persekutuan untuk membayar royalty kepada Kelantan? Hmm…

[7]”… Cuba tanya orang Pas bagaimana dalam Parlimen apabila ditanya oleh wakil rakyat Pas adakah saya sebagai rakyat Kelantan bersetuju untuk mendapat wang ihsan, saya kata sebagai rakyat Kelantan saya berdoa dan meminta negeri saya dapat peruntukan itu. Jangan kata orang UMNO tak nak wang ihsan sebab Kelantan diperintah oleh Pas. Sebenarnya soalan itu dikemukakan untuk menguji sama ada saya bermain politik atau tidak sehinggakan tidak mahu wang ihsan untuk Kelantan[7].”

Mestilah orang UMNO nak wang ehsan, sebab duit tu akan disalur melalui JPP. Bukannya kerajaan Kelantan. Soalan saya, andai wang ehsan itu akan disalurkan melalui kerajaan negeri Kelantan, adakah beliau akan memberikan jawapan yang serupa? (Jujur ke tak jawapan yang akan diberikan? Hm..).

[8] “…Harapan saya, pertama, kita berterima kasih dan bersyukur kerana ini rezeki daripada Allah SWT[8].”

Kalau betul beliau yakin ini adalah rezeki daripada Allah dan bersyukur, maka perlulah digunakan rezeki Allah itu dengan baik menurut jalan Allah. Jadi, tiada persoalan bahawa peruntukan ini adalah ehsan daripada kerajaan Persekutuan. Sebenarnya, ayat ini telah menafikan kesemua yang telah di ucapkan beliau sebelumnya, iaitu mengakui bahawa wang ehsan adalah daripada kerajaan Persekutuan, BN! Ha,ha,ha…terperangkap dengan kenyataan sendiri.

Wallahua’lam…
suria_bajaKompos TM
(maaf incik yg menganalisis, sy copy n paste tanpa kebenaran..tp ilmu nih..elok kite share2 k..heh)

p/s: korang fikir2kn lah...aku dh fikir dh...
[ Read More ]