• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Al-hubb huna,love is around

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, ...

Cream of the crop

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. ...

A foot in the door

Here's an mp3 file that was uploaded as an attachment: Juan Manuel Fangio by Yue And here's a link to an external mp3 file: Acclimate by General Fuzz Both are CC licensed. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, ...

A feather in one's cap

Some block quote tests: Here's a one line quote. This part isn't quoted. Here's a much longer quote: Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem, varius aliquet, ...

Let's bring the house down

I'm just a lowly contributor. My posts must be approved by the editor.Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at ...

Posted by An-Nasrullah - - 1 scratches

i`ve been trough some local newspapers to find out any related news about SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) result for 2009. luckily it seems like they were not rili interested to report about SPM any more. I can say not much infos inside them. Even my frend (Dr.Zamani) also admit it.

what to say..mebi SPM is not interesting at all...just to show the secondary school students performance...cannot attract our citizens to read their newspaper (they said, not me)..otherwise they cheat us with political and social issues...hahaha...oppss sorry...


hm...apepun...saya ucapkan tahniah kepada semua adik2 yang telah berjaya dlm SPM 2009..yang x berjaya atau mengatakan mereka mengatakan diri mereka x berjaya, anggaplah ujian itu satu tarbiyyah utk anda...ruang pendidikan masih luas dan panjang..jgn mudah mengalah...cemerlanglah selepas ini...inshALlah anda sts ada peluang...sts ada..Universiti nnt buktikan..

to my sister, Nurul Ain...congratz!..u are great! alhamdulillah...grateful to ALlah for you success in SPM..proud of you...make sure u will always improve in ur future education undertaking...promise me k...

Ain, kalaulah abah masih ada..pastinye die akan peluk cium kamu...bangga die dgn kamu...apepun..kamu bykkanlah doa pd ALlah utk keamanan dan kebahgiaan abah di liang lahad dan akhirat sana...


(credit to:http://blog.hedayat7.com/2009/03/11/tahniah-keputusan-spm/)
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches

Saya ada kenal seorang Professor di UTM ini yang cukup terkenal dgn amalan suke bersedekah. terkenal bukan sbb die suke menunjuk die byk bersedekah, tp sbb 'tangan ghaib'nya membantu org sgtlah byk...
dia seolah2 'obsess' dengan sedekah ni. Pantang jumpa org mintak sedekah or bantuan..pasti laju ja tngan menghulur..

Kalau dia bace surat khabar, pasti matanya liar mencari ruangan berita/pengumuman org merayu sumbangan kewangan. jumpa ja, terus cari buku cek, isi lengkap2, letak dlm envelope, tulis alamat lengkap peminta bantuan tu..then bile keluar, die akan singgah pos office utk pos kan cek td.. nice kan? Subhanallah..

ayat yg die salu guna.... "bersedekah ni..x akan sesekali mengurangkan harta kita!...sedikit pun tidak...x jd miskin pun..bahkan lebih kaya dunia akhirat!"

sbb Prof ini sndri hidupnya jarang sekali di uji oleh ALlah dngn masalah kewangan terutamanya...sebaliknya harta dan pangkat terus meningkat...hidup makin tenang dan selesa...hikmah sedekah muncul tanpa di sangka2...

maka terkejutlah para bakhil dan si kedekut yg mendengar...tesentap jantung...
sbb x sangka rupanya pahala dan hikmah Allah pada pemberi sedekah ini sgt besar..sgt2...bahkan di dunia ini DIa sudah bagi balasannya...di akhirat...Allahu rabbi...

nk tau x name Prof tu?
sila tekan 1 utk bertnya nama beliau, tekan 2 utk bg sedekah, tekan 3 utk bercakap dgn operator..hahah

(senang fikir camni lah.. kalo korang nk kaya,bykknlah besedekah!..kalau agak2 x nk sedekah tu...maka berwaspadalah...hahaha)


[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches

Bulan Pertama

Bayi

* Lapan minggu pertama, bayi anda dipanggil embrio dan berupa seperti berudu.
* Ia akan mula mengalami pertumbuhan kepala, badan dan jantungnya.
* Tiub saraf yang akan menjadi otak dan saraf tunjang mula terbentuk.
* Pada hari ke 25, jantungnya sudah mula berdenyut.
* Di penghujung bulan ini, saiz embrio lebih kurang seperti sebutir beras dan mempunyai berat kurang dari 1 auns.

Ibu

* Anda hamil dan tidak datang haid.
* Badan anda mula menghasilkan hormon yang diperlukan untuk membentuk bayi.
* Buah dada akan membesar dan terasa sakit.
* Anda kerap membuang air kecil kerana pundi kencing anda ditekan oleh rahim yang semakin membesar.
* Sistem penghadaman anda juga terganggu mengakibatkan sembelit dan kembung perut.
* Perubahan mood juga biasa berlaku di awal kehamilan.
* Anda mungkin akan mengidam untuk makan sesuatu.

Tip

* Anda boleh menggunakan kit pemeriksaan sendiri di rumah yang boleh dibeli di farmasi.
* Sahkannya dengan doktor anda bersekali dengan pemeriksaan pranatal pertama anda.
* Ambil vitamin B asid folik setiap hari untuk mengurangkan risiko kecacatan pada otak dan saraf tunjang.
* Tanya doktor anda tentang ubat-ubat serta produk herba yang boleh dan tidak boleh diambil.
* Berhenti merokok, mengambil dadah dan minum minuman alkohol.


Bulan Kedua
Bayi

* Semua organ dan sistem badan utama telah terbentuk tetapi belum sempurna.
* Tulang belakang, otak dan tali pusat turut terbentuk.
* Jantung sudah mula berfungsi dan sistem saraf bayi berkembang dengan pesat.
* Jari tangan dan kaki membentuk, begitu juga dengan telinga dan kelopak mata.
* Uri yang berfungsi membawa makanan kepada bayi dan membawa bahan buangan dari bayi mula terbentuk, tetapi belum boleh berfungsi.
* Panjang janin lebih kurang 1 inci dan beratnya masih kurang dari 1 auns.

Ibu

* Buah dada anda masih terasa sakit, warna puting dan aerola menjadi bertambah gelap.
* Anda mungkin berasa letih dan memerlukan lebih rehat untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru anda. Tambahan lagi semasa inilah kebanyakan organ kritikal bayi termasuk otak akan terbentuk.
* Jumlah darah dalam badan juga turut meningkat.

Tip

* Kunjungi doktor anda untuk pemeriksaan prenatal.
* Doktor anda mungkin memberi anda vitamin prenatal. Vitamin anda sepatutnya mengandungi 400 mikrogram asid folik.
* Jika anda mengalami mabuk hamil, cubalah makan sedikit tetapi kerap.
* Elakkan pengambilan kafein secara berlebihan. Jika anda merokok, berhenti segera!
* Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang daripada lima kelas makanan utama (bijirin, buah, sayur, produk tenusu, daging dan protin)
* Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air, jus atau susu.


Bulan Ketiga
Bayi

* Selepas 8 minggu, embrio kini dipanggil janin atau fetus.
* Jari tangan dan kaki janin kini punya kuku yang lembut.
* Rerambut halus juga sudah mula tumbuh pada kulit bayi.
* Diperingkat ini, uri sudah berfungsi sebagai pembawa oksigen dan makanan dari ibu ke bayi.
* Bayi sudah mula membuang najis dan air kencing melalui tali pusat.
* Anda boleh mula mendengar detik jantung bayi untuk kali pertamanya pada minggu ke 10 hingga 12.
* Jantina bayi juga mula terbentuk.
* Di akhir bulan ini, janin bersaiz sebesar sebiji epal dan beratnya bertambah ke 3 auns diakhir bulan ketiga.

Ibu

* Anda masih terasa sakit dan mabuk hamil, pening kepala dan loya-loya. Gejala-gejala ini akan berkurangan bila anda hampir memasuki bulan keempat. Jika gejala ini adalah teruk, beritahu doktor semasa pemeriksaan prenatal anda.
* Pakaian anda mula terasa ketat di pinggang dan dada. Tukar pakaian anda kepada pakaian yang berpinggang elastik atau getah dengan jenis fabrik yang sesuai seperti kapas.

Tip

* Keperluan badan anda kepada kebanyakan vitamin dan galian semakin meningkat. Teruskan amalan makanan seimbang anda.
* Berat anda mungkin bertambah 1 hingga 2 kilogram. Wanita yang beratnya sebelum hamil adalah normal sepatutnya menambah berat badannya antara 10 hingga 16 kg sepanjang kehamilannya.
* Bersenam dapat membantu. Berjalan pilihan yang baik. Tanya doktor anda sebelum memulakan rutin senaman.


Bulan keempat
Bayi

* Janin akan bergerak, menendang dan menelan.
* Kulit bayi berwarna merah jambu dan lutsinar.
* Bayi anda juga sudah pandai menghisap jarinya.
* Talipusat bayi akan terus membawa khasiat dari ibu ke bayi – termasuk alkohol, nikotin dan lain-lain dadah/ubat (drugs).
* Matanya sudah menghadap ke hadapan.
* Ia juga sudah boleh mendengar suara anda, jadi selalulah ucapkan kata-kata yang baik terhadap bayi disamping memperdengarkan bacaan al-Quran.
* Diakhir bulan keempat, janin berukuran 6 hingga 7 inci dan mempunyai berat 5 aun.

Ibu

* Anda telahpun memasuki fasa bulan madu, trimester kedua.
* Tiada lagi mabuk hamil, selera makan anda juga bertambah baik dan anda juga akan rasa lebih bertenaga.
* Punggung dan buah dada anda juga akan turut membesar.
* Anda juga mungkin terpaksa menukar saiz coli anda.
* Ada juga ibu yang mengalami sedikit pendarahan pada hidung dan gusi.
* Berat anda mungkin bertambah 0.5kg seminggu.

Tip

* Anda memerlukan lebih zat besi dalam diet anda – diet yang baik tidak dapat memenuhinya jadi, biasanya doktor anda akan memberi anda vitamin prenatal seperti obimin.


Bulan kelima
Bayi

* Janin menjadi lebih aktif, berpusing dari sisi ke sisi dan kadangkalanya kepalanya ke atas badan.
* Janin akan tidur dan terjaga dalam selang masa tertentu.
* Kukunya telah turut tumbuh, begitu juga dengan rambut dan keningnya.
* Dalam bulan ini, anda boleh mula melihat jantina bayi melalui ultrasound kehamilan.
* Janin membesar dengan cepat dan diakhir bulan kelima, panjangnya menjadi 8 hingga 12 inci dan berat menghampiri 1 paun.

Ibu

* Peranakan anda telah berkembang sehingga ketinggian pusat.
* Jantung anda berdenyut lebih laju.
* Tidur secukupnya pada waktu malam.
* Jangan terlalu memaksa diri bekerja kuat, rehat jika anda kepenatan.
* Jika anda tidak mengambil kalsium secukupnya, anda mungkin akan mengalami kekejangan kaki.
* Yang menyeronokkan semasa ini, anda telah mula merasa pergerakan bayi di dalam perut bermula dengan rasa ibarat ada rerama sedang terbang di dalam perut anda. Gerakan ini akan semakin ketara apabila bayi semakin membesar.

Tip

* Perkembangan dan berat janin boleh terjejas jika anda merokok, minum minuman keras atau mengambil dadah. Masih belum terlambat untuk anda berhenti.
* Anda boleh mula merancang untuk melahirkan di mana, dengan siapa dan cara kelahiran.


Bulan keenam
Bayi

* Kulit janin berwarna merah, berkedut dan diliputi rerambut halus.
* Mata janin mula terbuka dan jari tangan serta kaki mula kelihatan.
* Janin masih terlalu kecil dan belum bersedia untuk hidup di luar rahim ibu. Jika dilahirkan semasa ini, bayi perlu diberikan penjagaan rapi dan intensif.
* Diakhir bulan keenam, janin berukuran 11 hingga 14 inci panjang dan berat 1 hingga 1 ½ paun.

Ibu

* Anda mungkin merasa janin menendang kuat pada bulan ini.
* Kulit perut anda juga terasa gatal dan pecah-pecah. Belakang anda mungkin terasa sakit.
* Amalkan cara duduk dan berdiri yang baik.
* Untuk membuatkan anda selesa, pakailah kasut bertumit rendah atau tanpa tumit.
* Anda juga mungkin mengalami kesakitan pada bahagian bawah perut anda kerana rahim anda mengembang.
* Berat anda akan meningkat tetapi jika anda menyusukan anak selepas lahir anda akan mudah menurunkannya semula ke berat badan asal anda.

Tip

* Untuk mengelakkan pedih ulu hati, amalkan makan 5 hidangan, sedikit tetapi kerap.
* Anda mungkin alami sembelit. Minum lebih air atau jus buah, dan makan makanan tinggi fiber. Jangan mengambil antacid atau laksatif tanpa nasihat pakar


Bulan ketujuh
Bayi

* Janin kini boleh membuka dan menutup matanya, menghisap ibu jarinya, menangis serta menendang.
* Janin akan turut memberi tindakbalas terhadap cahaya dan bunyi.
* Cuba nyalakan lampu picit dan halakan kepada perut anda, bayi anda di dalam perut mungkin akan menghala ke arah cahaya tersebut.
* Jika janin dilahirkan semasa ini, ia mempunyai peluang yang baik untuk hidup.
* Panjangnya kini 15 inci dan berat 3 paun.

Ibu

* Anda kini telah memasuki trimester ketiga.
* Jika anda berisiko mendapat diabetes gestasi, doktor akan menjalankan ujian darah ke atas anda untuk mengesannya.
* Jika tumit dan kaki anda bengkak ketika berdiri, cuba baring dan tinggikan kaki anda daripada badan.
* Tanda regangan mungkin akan kelihatan di perut dan buah dada kerana saiznya yang membesar.
* Anda juga mungkin mengalami tanda kelahiran palsu. Ini adalah normal, tetapi anda hendaklah berjumpa dengan doktor jika tanda ini wujud lebih dari 5 kali dalam masa satu jam.
* Oleh kerana perut anda semakin membesar, badan anda akan menjadi kurang seimbang dan mudah terjatuh. Berhati-hatilah!

Tip

* Anda boleh menghadiri kursus kelahiran bayi yang ditawarkan oleh hospital.
* Berehatlah jika penat. Badan anda sedang bekerja kuat.


Bulan kelapan
Bayi

* Otak bayi terus berkembang dengan cepat.
* Gerakan janin mula perlahan kerana saiznya semakin besar, namun bayi akan menendang dengan kuat dan berpusing.
* Anda mungkin boleh melihat siku dan tumit bayi pada perut anda.
* Tulang kepala bayi masih lembut dan ini memudahkan ia untuk keluar nanti.
* Paru-paru bayi masih belum matang.
* Saiz janin lebih kurang 18 inci panjang dengan berat 5 paun. Pertambahan berat ini kebanyakannya datang daripada lemak.

Ibu

* Buah dada anda mungkin mengeluarkan kolostrum (cecair yang akan menjadi makanan bayi sebelum susu keluar) semasa ia mula menghasilkan susu. Bersihkan puting anda dengan air dan gosok dengan lembut, jangan gunakan sabun untuk mengelakkan kekeringan.
* Anda mungkin merasa kurang selesa semasa tidur. Tidur mengiring dan sokong belakang dan perut anda dengan beberapa biji bantal. Anda mungkin menghadapi sedikit kesukaran bernafas kerana bayi menekan paru-paru anda.
* Kekejangan kaki biasa berlaku pada bulan ini, begitu juga dengan vena verikos di mana di kaki anda akan timbul urat seperti sarang labah-labah.

Tip

Anda dikehendaki mengalami pemeriksaan prenatal 2 minggu sekali tetapi berjumpa segera dengan doktor jika anda mengalami tanda-tanda berikut:

* Pendarahan atau keluar cecair yang banyak daripada vagina
* Kejang, sakit perut, atau sakit belakang yang kuat
* Pandangan mata kabur
* Rasa bayi turun
* Gerakan bayi yang semakin perlahan dengan banyaknya
* Lebih daripada 5 kontraksi dalam satu jam.

Sediakan diri anda untuk penyusuan susu badan:

* Dapatkan ilmu sebanyak mungkin dengan bertanya dan membaca.
* Tanya doktor anda untuk maklumat lanjut.


Bulan kesembilan
Bayi

* Pada umur 37-40 minggu, bayi sudah sempurna dan sedia untuk keluar dari rahim ibunya.
* Paru-parunya juga sudah matang. Sepanjang bulan ini berat bayi bertambah ½ paun seminggu.
* Kepala bayi biasanya sudah turun, terletak di bawah perut ibu.
* Diakhir bulan beratnya bertambah kepada 6 hingga 9 paun dan panjang 19 hingga 21 inci.

Ibu

* Berat anda mungkin tidak naik pada bulan ini.
* Pusat anda mungkin akan timbul.
* Pernafasan lebih mudah kerana bayi telah menurun ke bawah.
* Tetapi, anda juga akan kerap terkencing kerana bayi menekan pundi kencing anda. Jangan kurangkan pengambilan air walaupun anda akan kerap ke tandas.
* Kaki anda akan bertambah bengkak.
* Servik anda akan memanjang dan memendek semasa ia bersedia untuk kelahiran.
* Anda akan merasa tidak selesa kerana tekanan dan berat bayi dan pelbagai gejala lain seperti kekejangan, sembelit dan lain.
* Pastikan anda mendapat rehat secukupnya dan makan makanan seimbang.

Tip

* Pemeriksaan prenatal anda kini ialah seminggu sekali.
* Awasi kontraksi anda. Anda hampir melahirkan apabila kontraksi anda:
o Tetap dan berjarak sama (contohnya setiap 7 minit )
o Berlaku lebih 5 kali dalam satu jam
o Berakhir selama 30 ke 70 saat
o Semakin terasa sakit/kuat apabila anda bergerak
o Tanya doktor anda jika anda rasa anda ingin melahirkan




"saya di sini, ibu!"
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches

Malam ini balik durian mas!!..bestnye....

...tp report x siap lg...otak suda penin...mlm td x tdo...itu lah padahnya...wat keje last minit...hahaha....


anyway...aku ttp suke ...sbb esok jumpe umi..umi..umi...

mlm ni mst zaujah aku bising...sbb die confirm akan sakit pinggang...biaselah...dh masuk 4 bulan kandungan tu(kate dr.Tasnim)...kesian kt dia..hm....kalau lah boleh pass manusia dlm prot dia tu kt aku....


opppsss....NASRUL!!!>>>..Kuar kuar...pi SAMBUNG KERJA!!
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches

Assalamualaikum wrh wbt....

Satu perkongsian yang baik utk muhasabah bersama...
Bila direnung2, jauh lagi kemenangan tu akan betul2 kita dapat...
Sekadar sedikit tambahan..

1. Bersedia utk berkorban...
Susah sebenarnya kan? mulut senang mengucapkan tapi hati yang sudah biasa dengan kesenangan susah nak dididik utk menghayati erti pengorbanan sebenar...mungkin kita perlu latih diri dengan pengorbanan yang kecil dulu cth: makan sekadar perlu sahaja, jgn berlebih2 atau pentingkan nak yang sedap je...

2. Meletakkan matlamat dalam gerakan Islam jelas di depan
Selalunya bila keluar kampus kita hanya plan utk kerjaya dan utk dirikan rumahtangga je, tapi berapa ramai yang betul2 plan utk usrah dan tarbiyah? apa yg ingin dicapai dlm gerakan Islam nye...harap2 shbt2 suma dh merancang...

3. Mempunyai amalan2 khusus...
Tak perlu banyak pun kan...cukup kalau kita sekadar ada 1 @ 2 amalan tapi wajib kita buat tiap2 hari...bacaan Al-Mathurat pagi dan petang, solat Dhuha, baca Al-Quran stp kali lps solat...dll

4. Bersedia menghadapi apa jua tribulasi...
Ujian itu sunnatullah. ..perjuangan tidak akan lari dari ujian justeru pengorbanan diperlukan dalam menghadapi ujian yang hebat ini..
Allah sudah janjikan syurga bagi mereka2 yang lulus dalam ujian2 tersebut...apa lagi hadiah istemewa lain yang kita cari selain dari syurga Allah...masya Allah...
Ujian datang dalam pelbagai bentuk...ujian dari dalam dan luar jemaah...kadang2 kita kuat hadapi ujian dari luar jemaah tapi bila ia datang dari dalam jemaah, kita sering kalah dengannya... apa lagi ia datang dari perbuatan2 sahabat2 sendiri...
Ingatlah sahabt2 kita berjuang bukan kerana manusia, tapi kerana Allah Yang Maha Agung...jangankan kerana kekurangan dan kelemahan sahabt2 di sekeliling kita kalah dalam perjalanan menuju matlamat sebenar...

5. Bersedia untuk ditarbiyah..
Sama2 kita pastikan kita sentiasa berada di dalam gerakan yang betul...terutamanya muslimat...
muslimat perlu ingat bahawa peranan sebenar dalam perjuangan ini besar sama ada dalam atau di luar keluarga..
justeru, kekuatan jemaah dan pentarbiyahan itu penting sbg persediaan dalam memainkan peranan yg besar ini...
kalau kita berjaya mainkan peranan ini, insyaAllah ganjaran yang lebih besar drpd apa yang kaum lelaki dapat akan kita dapat di akhirat kelak..
tapi jika sebaliknya, ganjaran sebaliknya juga akan kita dapat...na'uzublill ah...


6. Banyakkan mengambil kisah2 silam sahabt, ulama silam dan para anbiya'
Khas utk muslimat,
Jadikan Siti Khadijah, isteri Baginda S.A.W. dan Siti Fatimah, puteri Baginda S.A.W. sebagai role model perjuangan yang ingin sama2 kita contohi..
mereka sanggup korbankan segala2nya demi Islam tercinta...

Sama2 kita renung2kan sejauh mana kita sudah punya jati diri sebagai ahli gerakan Islam sehingga menyerlahkan identiti pendokong gerakan Islam itu sendiri, atau sekadar indah kata2 di mulut sahaja???
tepuk dada tanya iman...
Kalau untuk mengorbankan sehari daripada 7 hari seminggu utk ke usrah pun susah apatah lagi pengorbanan2 besar yang lain
Takut2 nanti Allah gantikan kita dengan golongan yang lebih hebat pengorbanannya utk pastikan kalimah Allah itu akan tertegak...
Yakinlah janji Allah itu pasti berlaku bahawa Islam itu akan menang akhirnya...cuma adakah kita orang2 yang Allah pilih utk bawa kemenangan Islam itu...
Justeru, Mantapkan Tarbiyah, Tingkatkan Pengorbanan. ..Moga Allah pandang usaha2 kita ini walau ianya sekecil zarah...
Wallahu'alam

(dipetik daripada tazkirah saudari fairuzzah, kuantan..)
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 1 scratches


menarik utk share dgn kwn2...



13 January 2009
Skim gaji pensyarah IPTA tak berbaloi

Berita Harian

HASRAT kerajaan memanggil balik tenaga pakar dari luar negara untuk diberikan insentif kepulangan bagi membolehkan mereka berkhidmat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seperti diumumkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mungkin ada rasionalnya tersendiri.

Namun, biarlah selepas kebajikan kakitangan dan isu dalaman IPTA membabitkan kakitangan termasuk gaji diberikan perhatian.

Sebagai contoh, isu peluang kenaikan pangkat pensyarah universiti yang berkhidmat lebih 20 tahun pada gred DS45, tetapi tidak dilantik ke gred jawatan lebih tinggi masih berterusan, sedangkan jawatan Pendaftar di IPTA mempunyai peluang kenaikan pangkat ke gred N44, N48, N52 dan N54.

Bahkan, rakan pensyarah di institut pendidikan guru (IPG) pun mempunyai peluang kenaikan gaji lebih baik iaitu ke gred 44 sekiranya memiliki ijazah sarjana dan seterusnya ke gred 48, 52, dan 54 secara kenaikan automatik seperti diumumkan kementerian.

Begitu juga guru di sekolah, ramai yang berpeluang menikmati kenaikan pangkat ke DG44, DG48, DG52, DG54 bahkan ke taraf Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) mengikut kekananan dan pencapaian mereka.

Anehnya, mengikut pekeliling UKM (S)3.6/145/2/4 Jld 5 bertarikh 26 Februari 2007, sebenarnya hanya mensyaratkan (a) sah dalam jawatan dan berkhidmat selama tiga tahun; (b) lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) 3 dan atau PTK4; (c) seorang tenaga pengajar yang baik, berpotensi atau mencapai tahap kecemerlangan akademik munasabah yang ditetapkan dan (d) mendapat sokongan Dekan/Ketua Jabatan, sedangkan ada universiti mensyaratkan memiliki ijazah kedoktoran untuk kenaikan pangkat Pensyarah Kanan gred DS52.

Isu di atas tidak terhenti begitu saja. Gaji yang diterima Pensyarah Kanan (DS52) IPTA yang dilantik adalah jauh lebih rendah daripada gaji guru di sekolah.

Mengikut 'Indeks Skim Perkhidmatan Sistem Saraan Baru (SSB) Kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pensyarah universiti dan guru sekolah sebenarnya berada dalam klasifikasi perkhidmatan sama iaitu Skim Perkhidmatan Pendidikan dengan awalan gred berbeza bagi membezakan perkhidmatan seperti DS, DU, DM, DG dan DGA.

Cuma pensyarah berada dalam bidang yang disebut Bidang Pendidikan Tinggi, manakala guru berada dalam Bidang Pendidikan Sekolah.

Ironinya, mengikut Pekeliling JPA yang berkuat kuasa 1 Julai 2007 dengan jelas mencatatkan Gred DG52 pengetua di sekolah bermula dengan tangga gaji P1T1 RM4,900.47 sedangkan pensyarah kanan universiti gred sama (DS52) diberikan gaji jauh lebih rendah iaitu P1T1 RM4,573.14.
Sebagai contoh, Universiti Putra Malaysia menawarkan gaji Pensyarah Kanan gred DS52 dengan tangga gaji permulaan P1T1 RM4,573.14. Ia agak menghairankan kerana pensyarah dan guru berada dalam skim perkhidmatan sama, dengan gred sama (52) dan tangga gaji P1T1 tidak sama.

Gaji permulaan ini akhirnya menjadi tidak seragam antara IPTA. Sebagai contoh, Universiti Sains Malaysia menawarkan tangga gaji permulaan P1T1 RM4,894.91 kepada staf gred 52 seperti Pegawai Ehwal Islam S52, Pustakawan S52, Pegawai Sains C52, dan lain-lain. Ini bermakna tiada kelebihan diberikan kepada staf akademik lama. Perkara yang dinyatakan di atas sedikit sebanyak mengikis kesetiaan dan semangat bekerja rakan pensyarah yang sedang berkhidmat di IPTA.

WAKIL PENSYARAH LAMA,
Kuala Lumpur.

Posted by Civil Servant at 9:05 PM

Labels: Gaji, Guru, Universiti


ape pendapat korang suma? kasihan kt pensyarah2 di malaysia ni kn.....~
[ Read More ]