• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Al-hubb huna,love is around

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, ...

Cream of the crop

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. ...

A foot in the door

Here's an mp3 file that was uploaded as an attachment: Juan Manuel Fangio by Yue And here's a link to an external mp3 file: Acclimate by General Fuzz Both are CC licensed. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, ...

A feather in one's cap

Some block quote tests: Here's a one line quote. This part isn't quoted. Here's a much longer quote: Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem, varius aliquet, ...

Let's bring the house down

I'm just a lowly contributor. My posts must be approved by the editor.Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at ...

Posted by An-Nasrullah - - 1 scratches











30 Jan 2009 - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan bangun meninggalkan sidang ekonomi dunia di Switzerland dalam keadaan berang sebagai bantahan kerana tidak diberi masa yang mencukupi bagi menjawab kenyataan yang dibuat oleh Simon Peres, Presiden Israel, yang berucap panjang dan memberikan pelbagai alasan terhadap penyembelihan dilakukan tentera Israel di Gaza.

Dalam sidang mengenai Gaza di forum Davos petang Khamis lalu, Peres bercakap selama 25 minit mengatakan HAMAS lah sebenarnya yang mendorong Israel ke kancah peperangan, kerana ia melancarkan roketnya ke kawasan penempatan Israel. Ketika bercakap, Peres menggunakan nada yang keras dan memandang tepat ke arah Erdogan dari masa ke semasa.

Tiba gilirannya, Erdogan membuat komentar dengan berkata, "Peres lebih berusia daripada saya, namun dia menggunakan perkataan yang keras." Seterusnya beliau menyambung dan menujukan kata-katanya kepada Peres dengan tegas, "Saya masih teringat kepada kanak-kanak yang terbunuh di tepi pantai, saya masih teringat betapa ramai yang telah anda bunuh di Gaza." Ketika itu, Peres menyampuk, "mereka juga akan melakukan apa yang kami lakukan jika roket-roket tersebut jatuh di Istanbul."

Erdogan dengan muka yang merah kerana marah juga menujukan kritikan pedas kepada sebahagian hadirin yang bertepuk tangan terhadap ucapan Peres, "adalah suatu yang amat mengaibkan kamu bertepuk tangan terhadap serangan yang membunuh ribuan kanak-kanak dan wanita yang dilakukan oleh tentera Israel di Gaza."

Baru lebih kurang 10 minit Erdogan berucap, pengerusi majlis memaklumkan waktunya sudah habis. Dalam keadaan marah Erdogan segera beredar sambil memungut failnya seraya berkata, "terima kasih kerana anda tidak memberi peluang untuk saya bercakap.. Saya hanya bercakap separuh daripada masa yang digunakan oleh Peres.. Saya tidak akan datang lagi ke Davos."

Ketika Erdogan bangun untuk meninggalkan dewan, Peres kelihatan tergamam berpaling ke kiri dan ke kanan tanpa mengeluarkan sepatah perkataan.

Setiausaha Agung Liga Negara Arab, Amru Musa berdiri dan bertepuk tangan dengan gembira kemudian berjabat tangan dengan Erdogan yang meninggalkan dewan di tengah-tengah tepukan daripada beberapa orang hadirin.

Setelah Erdogan meninggalkan dewan, Amru Musa kelihatan berpaling ke kanan dan ke kiri , lalu Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu memintanya duduk lalu beliau kembali mengambil tempat.

Erdogan berkata dalam sidang akhbar yang diadakan selepas forum tersebut, "Peres berucap selama 25 minit, dalam nada keras dan memandang tepat kepada saya dengan cara yang tidak sesuai dengan kebebasan awam."

Beliau menambah, "apabila saya berucap, tiada pihak yang memberikan saya peluang untuk mengungkapkan pandangan saya, maka adalah suatu yang tepat saya mengambil tindakan meninggalkan forum tersebut."

Permohonan maaf Israel

Saluran kedua TV Turki melaporkan Peres memohon maaf daripada Erdogan terhadap apa yang berlaku melalui panggilan telefon, tanpa memberikan penghuraian panggilan tersebut. Agensi berita Anatolia juga mengesahkan berita tentang permohonan maaf tersebut. Ia melaporkan daripada sumber-sumber yang hampir dengan Erdogan bahawa Peres menghubungi Perdana Menteri Turki itu selama 5 minit.

Ketika membuat komentar tentang kejadian tersebut, ketua Persatuan Penentang Zionis di Amman, Layth Shubeilat memuji tindakan Erdogan dengan berkata, "pendirian beliau menampilkan kemajuan dari sudut mengambil pendirian yang membebaskan diri daripada warisan sekular Turki."

Rabu lalu, Erdogan mengutuk pencerobohan Israel terhadap Gaza dan beliau tidak bersetuju langkah mengkategorikan HAMAS sebagai salah sebuah pertubuhan pengganas. Dalam masa yang sama, beliau menyeru Presiden Amerika yang baru, Barrack Obama supaya mengkaji semula definisi pertubuhan-pertubuh an pengganas yang terdapat di Timur Tengah.

Dalam perkembangan berkaitan, Layth Syubeilat mengkritik kehadiran Setiausaha Agung Liga negara Arab ke forum tersebut bersama-sama dengan Perdana Menteri Israel.

Beliau berkata, "Bagaimana bangsa Arab boleh membenarkan Amru Musa duduk bersama dengan pemimpin Israel." Beliau juga menambah duduknya Amru Musa setelah Erdogan meninggalkan dewan menyebabkan situasi menjadi bertambah rumit. Beliau juga memberikan komentar dengan berkata bahawa para pemimpin Arab tidak tahu apa yang mereka lakukan."
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 6 scratches

“ saya datang sejauh 11 000 km sampai ke dewan ini untuk mengajar. Awak plak 5 minit jek jalan kaki boleh sampai ke kuliah saya ni! tu pun masih LEWAT??”...

Luah prof.dr.ridzuan Othman kepada pelajar2 Mesir nya tatkala memulakan kuliah. Sepatutnya kuliah beliau bermula jam 3 ptg, tetapi terpakse ditangguhkan 30 minit. Sebab? Pelajar Lewat! Pukul 3 ptg, 5 orang pelajar yang sampai. 3.15 ptg, lagi 6 org. pukul 3.30 pulak dtg lg 10 orang, dan pukul 4 petang, lg 5 org, waima pukul 4.30 petang, masih lg tersengih2 pelajarnya tiba ke kuliah beliau. Kuliah 2 jam bertukar jadi sejam setengah sahaja…


Cerita Prof.Ridzuan dalam kuliahnya sebentar td. Tertegun juge hadirin mendengar. Igtkan pelajar or orang Malaysia ni dah parah dr segi pengurusan masa, rupanya arab lg teruk!..masyAllah..


Kesemuanya berkisar tentang sikap. Sikap orang islam dh makin membarah. Tambah lagi bangsa Arab. Bezanya Arab dgn org eropah ialah management dan profesionalisme. Kerana kita x terurus, x tersusun, x bersatu, xder ilmu pengetahuan, x beramal dgn ajaran islam, x bersikap saling membantu dan mengasihi, sebaliknya sggttt suka menindas..natijahnya islam di injak dan di hina. Palestine adalah wakil islam yang dihina. Liga Arab langsung x amik peduli. Kerana apa? Kerana semua sebab SIKAP.

Saidina Ali Karramallahu wajhah pernah berkata,
“kebathilan yg tersusun (terurus dan organisasi) akan mengalahkan kebenaran yg tidak tersusun”


Pokok pangkal ialah kita orang islam kene berubah. Kene bangkit.. isu Palestine kalau saya gambarkan dalam bentuk angka, pasti logiknya kemenangan kan berpihak pada umat Islam. Yahudi Israel ada dalam 6-7 juta orang, Arab atau Liga arab tu shj dh 7 bilion (sy x igt figure tepat), berpuluh atau mungkin beratus kali ganda daripada jumlah org yahudi Israel laknatullah! Mana mungkin kita kalah kalau kita sama2 angkat senjata atau boikot mereka bukan?

Masalahnya ialah SIKAP.

Kata Prof.dr.Ridzuan, saya x merasa yakin dengan apa2 shj usaha yg bakal dilakukan oleh OIC, Liga Arab apatah lagi Malaysia, utk membantu Palestine mendatangkan kesan yg besar. Kerana Israel itu bapa angkatnya ialah USA dan negara2 eropah lain.


Apepun, kita yakin dengan usaha yang kecil ini akan membawa kesan, umpama burung2 kecil yang membawa air dengan paruh kecilnya utk memadamkan api besar yg marak, akhirnya Allah kan bg kemenangan kepada Islam jua.


Diakhir kuliah Prof.Dr.Ridzuan itu, tetibe seorang pelajar berbangsa arab bertanya kepada beliau, “Prof., macamana dan bagaimana boleh kita membantu rakyat Palestine yg tertindas dan dibunuh di sana??, saya dah ilang sabar dgn Israel ni..”…selamba Prof.Dr.Ridzuan menjawab, “perkara pertama yg kamu kene lakukan ialah…datang sebelum jam 3 ptg setiap kali kuliah saya!. Perkara kedua dan ketiga boleh fikir kendian selepas kamu Berjaya DATANG AWAL!”....hehe


Di sini cube tgk kut2 ader produk yg mmg favour.kite …meh la boikot…jgn kite kalah pada masalah SIKAP td lg..…




kawan2, sila lihat blog ini...sgt bangang israel laknatullah ini...seyes celaka mereka....
http://zuridanmdaud.blogspot.com/
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 2 scratches

Hati kami tercarik buat ke sekian kalinya

copy n paste dr blog lain utk tatapan semua...











Wahai Saudara Islam Ku
Anak ini mencuba untuk menyelamatkan Ibu nya yang dalam keadaan kritikal
Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh Ibu nya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Bagaimana kah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia?
Pejamkan mata Anda buat seketika serta bukakan hati sudah tentu kalau boleh Anda ingin menjadi sesaorang yang akan bangun dan membela nasibnya.



"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon/Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin. ..."> >
(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)



Lipat gandakan doa ini. Kirim kepada 7 orang rakan anda yang lain..
Maka 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 = 823453 orang akan berbuat berdoa,
kemudian 823453 X 7 = 5.8 juta orang...InsyaAllah akan ikut berdoa...

Bukankah doa itu senjata orang2 mukmin? Ayuhlah semua...

KITA PEDULI NASIB UMAT!!
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 3 scratches





Kawan2 suma..Brothers and sisters... associates UMP! Students! Please wait after tomorrow solah jumaat. We have a very big issue to arise! Let’s show our strike to speak aloud "go to hell zionis israel!!!..."
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches


اللَّهُمَّ إِنَّ بِإِخْوانِنا الْمَنْكُوبِينَ فِي غَزَّةَ مِنَ البَلاَءِ مَا لاَ يَعْلَمُهُ إِلاَّ أَنْتَ، وَإِنَّ بِنا مِنَ الوَهَنِ وَالتَّقْصِيرِ مَا لاَ يَخْفَى عَلَيْكَ، إِلَهَنا إِلَى مَنْ نَشْتَكِي وَأَنْتَ الكَرِيمُ القَادِر، أَمْ بِمَنْ نَسْتَنْصِرُ وَأَنْتَ المَوْلَى النَّاصِر، أَمْ بِمَنْ نَسْتَغِيثُ وَأَنْتَ المَوْلَى القَاهِر،

Ya Allah! Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa dahsyatnya bala bencana yang sedang menimpa saudara-saudara kami di Gaza sekarang. Begitu juga hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa lemah dan cuainya kami. Wahai tuhan kami! Kepada siapakah lagi kami mengadu sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Berkuasa? Kepada siapakah kami memohon pertolongan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memberikan Pertolongan? Kepada siapakah kami memohon bantuan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memaksakan (kehendakNya) ?



اللَّهُمَّ يا مَنْ بِيَدِهِ مَفاتِيحُ الفَرَجِ فَرِّجْ عَنْ إِخْوانِنا وَاكْشِفْ ما بِهِمْ مِنْ غٌمَّةٍ.

Wahai Tuhan yang ditanganNya segala kunci kelepasan! Lepaskanlah dan hilangkanlah segala kedukaan yang sedang menimpa saudara-saudara kami itu.



اللَّهُمَّ يا عَزِيزُ يا جَبَّارُ يا قَاهِرُ يا قَادِرُ يا مُهَيْمِنُ يا مَنْ لاَ يُعْجِزُه شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّماءِ، أَنْزِلْ رِجْزَكَ وَعَذَابَك عَلَى اليَهُودِ الصَّهَايِنَةِ وَمَنْ يُعِينُهُمْ عَلَى الْمُسْلِمِينَ.

Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Memaksa, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Menguasai, Tuhan yang tidak boleh ditewaskan oleh sesiapa di langit dan di bumi! Perturunkanlah azab dan seksaMu terhadap Yahudi Freemason dan sesiapa yang membantu mereka terhadap orang-orang Islam.



اللَّهُمَّ يا مَنْ بِيَدِهِ مَقَالِيدُ الأُمُورِ، يا مَنْ يُغَيِّرُ وَلاَ يَتَغَيَّرُ قَدْ اشْتاقَتْ أُنْفُسُنا إِلَى عِزَّةِ الإِسْلاَمِ، فَنَسْأَلُكَ نَصْراً تُعِزُّ بِهِ الإِسْلاَمَ وَأَهْلَهُ وَتٌذِلُّ بِهِ البَاطِلَ وَأَهْلَهُ.

Wahai Tuhan yang pada tangannya penguasaan segala urusan! Wahai Tuhan yang merubah segalanya sedangkan dirinya tidak berubah! Sesungguhnya kami amat merindui kemuliaan Islam. Kami memohon kepadaMu kemenangan yang memuliakan Islam dan penganutnya, serta menghinakan kebatilan dan pendokongnya.

---------------------------------------------------

guys out there..come on..wake up... we got work to do.!!
our brothers and sisters struggling to survive their life in palestine right now. the death just around the corner for them. anytime anywhere their home will be bom and demolish by the kuffar, israel laknatullah.

so please..do sumthing..at least..do pray and du`a for them...
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 24 scratches

Assalamualaikum wth...

dah lama sy x update blog ni...skrg pula seolah-olah tiada mood nk menulis...

hm..walaubagaimanapunm, rasenye x sanggup sy hampakan permintaan teman-teman, dan mereka yg mengenali diri ini, (yang sgt prihatin^- sy terharu~)..bertanyakan bagaimana halnya kejadian itu...

jadi sy tulis la skit psl kejadian tu..eih x..bukan sy tulis..tp adik sy yg tulis...

silakan membaca ya teman2..

(coretan kasih seorang anak kepada ayahandanya tercinta)
oleh :adindaku, Nurul Ain Johari (16thn))

Kronologi pemergian allahyarham Haji Johari Bin Abd.Majid
16 november 2008 / 17 Zulkaedah 1429H

Jam 2 stengah petang,hampir tamat waktu rehat bagi warga KETENGAH, tetapi pada waktu ini abah baru pulang ke rumah,terdetik juga di hati,”kenapa abah balik lewat….”tetapi,pertanyaan itu hilang…. Pada waktu itu tiada langsung terpancar wajah keletihan dan kerisauan di wajah bersihnya… yang ada hanya wajah ceria dan gembira di situ….tenang dan gembira hati umi,afiq…

Jam 4 petang,1 panggilan diterima oleh umi…panggilan daripada PA abah,cik tie yang menyampaikan berita tentang abah yang dimasukkan ke klinik pada beberapa minit sebelum itu.. ain yang pada masa itu turut terkejut dengan berita itu,afiq yang sedang bermain computer,terus berhenti bermain. Setelah lama abah tidak dimasukkan ke hospital,dengan tiba-tiba semua ini kembali terjadi,tidak langsung terlintas di hati kami yang gurauan-gurauan kami tengah hari tadi adalah buat kali…..
Setelah menerima panggilan itu,umi terus bergegas untuk ke klinik,ain turut ikut umi. Sampainya kami di klinik,kelihatan banyak kereta di situ,tercetus lagi kerisauan di hati kami.

Turun sahaja kami dari kereta,dengan bergegas kami berjalan untuk masuk ke klinik. sebelum mmemasuki klinik itu,ternampak satu tompokan besar,dengan nada terjerit ain tunjukkan kepada umi,”umi,darah abah”. Dengan berlari umi masuk ke dalam, sampai satu bilik yang menempatkan abah, mi menjenguk dan melihat wajah abah yang mukanya kelihatan amat letih dan pucat sedang muntah darah,ditenangkan oleh rakan-rakan abah, umi terus terkejut dan beristighfar,abah memandang muka umi dan terus mengeleng-geleng mukanya kepada ain dan umi.yang berjalan kearah abah,rakan-rakan sekerja abah memberi laluan untuk kami. Kami tidak tahu apakah maksud disebalik gelengan abah itu.. tidak dapat digambarkan oleh kami, baju singlet putih yang dipakai oleh abah pada waktu itu,banyak darah. Pak cik man,kawan abah memberi baju kemeja,kerja abah kepada ain,baju itu digupal kerana terlalu banyak darah.

Doctor yang ada di situ terus menyatakan kepada umi bahawa abah perlu segera dibawa ke hospital dungun. Abah pada masa itu masih lagi boleh bersuara.abah terus dibawa ke van ambulans yang sudah siap tersedia di hadapan klinik. Umi dan jiran,pok cik cho naik bersama abah dan umi.mereka bertolak lebih awal,dan manakala ain,afiq dan ayah sedara,pok isam bertolak setengah jam selepas itu.

Jam 5 setengah petang, kami bertolak ke hospital dungun.dalam 45 minit kami pun tiba di sana. Sampai shaja di sana dengan bergegas kami mencari kelibat abah dan umi. Abah ditempatkan di dalam bilik wad kecemasan. Apabila kami menjenguk di balik pintu sebelum masuk,sekali lagi, sedihnya hati kami melihat abah yang dalam keadaan letih sedang terbaring. Umi yang berada di sisi abah,sedang mengurut-urut lengan abah.kami masuk ke dalam dan turut mengurut kaki abah.semasa kami mula memegang kaki abah,abah membuka kelopak matanya dan memandang wajah kami adik-beradik,terlalu sayu pandangan itu.Kaki abah terlalu sejuk, semasa ain mengurutnya. Takut untuk kami meneka mengapa terlalu lain keadaan abah berbanding dengan kaeadaan dia sakit sebelum-sebelum ini.
Sekejap aku mengurut kaki abah,abah bangun dari baringannya dan sekali lagi muntah. Seksanya abah masa itu tidak dapat kami bayangkan. Doctor menyuruh kami semua keluar untuk menjalankan pemerikasaan. Aku keluar di sisi umi.risaunya hati kami pada waktu itu.

dari jam 6 petang sehinggalah waktu maghrib kami semua menunggu di luar. Umi langsung tidak boleh duduk .seribu satu kerisauan terpanacar di wajahnya.dengan wajah keletihan dan kerisauan itu,umi masih boleh sabar menunggu. Kami dua beradik mamaksa umi untuk duduk berehat. Risau aku dengan keadaan umi yang huyung. Pok cik cho dan pok isam sabar menunggu di luar. Sampai tibanya waktu maghrib,kami masih tidak dibenarkan masuk.risaunya hati kami,kenapa terlalu lama masa diambil oleh mereka.

Aku dan afiq pergi mengerjakan solat maghrib terlebih dahulu.umi masih terus menunggu di situ. Pada waktu itu,ada tiga empat orang rakan baik abah yang baru tiba dari durian mas bersama keluarga yang datang untuk melihat keadaan abah. Umi berbual dengan mereka sementara menunggu panggilan dari doctor.

Aku bersama afiq selesai solat 20 minit selepas itu.smapainya kami di situ,umi masih lagi menunggu.aku dan adik,afiq pergi makan malam terlebih dahulu. Selesai makan kami kembali pada umi.umi dibenarkan masuk sekejap untuk melihat keadaan abah,sementara aku dan afiq perlu menunggu di luar sahaja. Selpas itu umi pun keluar,kami perlu menunggu keputusan dari doctor. Hospital dungun pada ketika itu terlalu ramai orang,tiada tempat duduk untuk kami. Aku,umi dan afiq duduk menunggu di dalam kereta yang diparking dekat dengan pintu hospital. Panggilan yanq dari tadi tidak putus-putus diterima oleh umi disambut tenang oleh umi. Pada waktu itu.

abangku,Chik (nasrul),di kuantan dalam perjalanan bertolak kemari selepas tahu tentang berita abah sakit. Kakak-kakakku yang lain,yang tinggal jauh di ibu kota tidak henti-henti menelefon kami untuk mengetahui perkembangan abah. Umi pada ketika itu tidaak benarkan merka pulang kerana takut menyusahakan mereka. Lama juga kami menunggu di dalam kereta.sampai satu saat,aku tergerak untuk menjenguk abah walaumacamanapun,aku ingin tahu keadaan abah,aku bersuara kepada umi,umi benarkan,aku bergaduh-gaduh masuk,aku nekad untuk masuk,apabila aku masuk,ya allah,sekali lagi abah sedang muntah,dan ini terlalu banyak bagiku,abah memandangku lama,di atas lantai banyak darah yang mengecik dari muntah abah itu,baju abah,oh,tidak tahu bagaimana ingin aku gambarkan. aku berlari kearah abah,aku pegang abah,urut berlakang,pada waktu itu,air mataku bercucuran,aku tidak tahan meliha abah sebergitu. Abah memandangku,wajahnya masih tenang pada wktu itu walaupun dengan keadaannya sebegitu,aku panggil nama abah,dan bertanya”abah kenapa,ok tak,abah nak ain panggilkan umi?” abah terus mengangguk dan dalam suara yang lemah,abah suruh aku panggilakan umi, aku terus keluar,berlari untuk mendapatkan umi didalam kereta.

Umi terkejut melihat aku menangis, umi terus bergegas masuk,kami bertigq masuk mendapatkan abah. Apabila kami mula masuk,nurse di situ,memanggil kami untuk berada disisi abah.terkejut aku melihat,mulut abah sedang mengucap. Nurse disitu memesan pada umi untuk meyuruh abah mengucap.aku takut,dan berfikir apakah ini tanda bahaawa abah akan….aku tidak tahan dalam keadaan itu,afiq yang berdiri disisi umi terus beresak-esak menangis, abah jadi lain pada waktu itu,dia bergentar,berpusing kekanan kekiri menahan sakitnya,bergetar suaranya,berkata pada umi,”mi,sakitnya perut abah,sakitnya…” aku tak sanggup menlihatnya,umi mengusap kepala abah,memegng kepala abah,dan berbisik di telinga abah,menagajar mengucap.abah,dalam suapa ketar,bersuara,”mi,suruh anak-anak abah balik..”aku terus keluar dari bilik itu,untuk menelefon along,suruh along balik wlalu macamanapun,along kata along dah bersiap nak balik. Aku masuk semula kedalam dan pada waktu itu abah dipindahkan kekatil bertaayar,doctor memanggil waris abah,doctor mengatakan bahwa peluang abah tipis, umi,menarik nafas dalam danumi terus berkata,macamana keadaanya dan takdir apa yang akan berlaku nanti,saya redha.tnapa setitis air mata pun,tabahnya umi.

Ppada waktu itu,doctor dan tiga empat lagi nurse sedang sedaya upaya menyelamtkan nyawa abah,seorang antaranyaberdiri di atas kekuda dan menekan-nekan dada abah.mencuba memberI udara masuk dalam badan. Keadaan pada masa itu terlalu kalut,aku dan afiq menangi s dan teru menangis,umi memluk aku dan menenangkan aku,afiq juga mari memeluk kami,pok cik cho sedang membaca surah yassin ,manakal pok isam keluar dalam tangisan.aku sperti tidak percaya,betulkah ini semua terjadi pada aku,keluargaku,pada umi?..dan orang yang akhirnya terbaring kaku di atas akatil di hadapanku itu ialah abah.ya allah,cepatya semua ini berlaku. Aku dibawa keluar dari bilik sambil dipeluk ooleh umi dan afiq.umi menelefon kakak-kakaku untuk memberitahu bahwa abah sudah pergi….umi pada masa itu mnjadi huyung. Wajahh abah menahan kesakitan terbayang-bayang di fikiranku.

Sedang umi bercakap di telefon,aku masuk dan duduk di sebelah abah,membaca surah yassin dengan nada pelahan berbisik di telinga abah. Surah yassin itu dialunkan dalam tangisan. Aku menatap wajah abah,ada percikan darah di muka abah,tenangnya wajah abah waktu itu.usai membaca surah yassin,aku mengucup dahi abah,aku memeluk abah.umi yang baru tiba juga sempat mengucup dahi abah.

Jam 10 setengah malam,kami bertolak pulang ke rumah terlebih dahulu unyuk mengurus urusan membawa pulang abah. Arwah abah dibawa pulang dengan van ambulans berdsama ditemani oleh pak cik cho dalan setengah jam kemudian. Pada malam yang bertragedi itu, segala-galanya bgaikan begitu pantas.

Terkejut kami sesampainya kami ke rumah,sudah ramai orang yang menunggu. Mereka semua rakan-rakan abah dan kakitangan sepejabta dengan abah. Cepatnya berita ini tersebar.. semasa baru turun dari kereta aku disambut dan dipeluk oleh ma cik lah dan selepas itu umi pula dipeluk,lama umi didakap erat oleh mak cik lah. Sedihnya waktu itu.

Setengah jam kemudian, van ambulans pun sampai. Keadaan terlalu kaalut pada waktu itu. Abang dan kakak-kakakku belum sampai,nasib baiklah pada waktu itu ada ayah chik,sepupu abah yang juga rapat dengan keluarga kami,dia yang menguruskan semua ini. Selepas itu,mak(nenek, ibu pd abah) dari kampong pun sampai dari kampong bersama dengan kak zah.mak dipaph masuk oleh abang zali dan abang leh,mak seperti hendak jatuh pensang,rupanya sesampainya di sini barulah mak tahu bahawa abah sudah…mulanya mak datang kesini kerana tahu abah sakit bukannya sudah pergi untuk selama-lamanay..mungkun itu yang mengejutkannya.

Emak berpelukkan dengan umi,lama mereka berpelukkan,besarnya ujian bagi mereka,umi baru 4 bulan yang lepas kehilangan satu-satunya ayah,turut mengikut arwah abah pula.. mak pula baru sahaja kehilanagan seorang anaknya,ayah su,sekarang seorang lagi anakknya pergi. Kuatnya hati seorang ibu itu.

Arwah abh ditempatkan didalam bilik dia dan umi.sepanjang ramai yang datang untuk menyedekahkan yasssinn untuk arwah…. Aku dan umi tidak tidur sepanjang malam itu. Abngku sampai dalam jam dekat pukul 2 pagi,waktut itu ramai yang bergilir-gilir masuk. Sedara-mara pun sudah ramai yang tiba. Jam 4 pagi,kakak-kakaku baersam mak sedara pun tiba. Waktu itu umi baru terlena selepas makan ubat panadol,aku menyuruhnya tidur selepas melihat umi terlalu letih. Aku menyambung memebaca al-quran di dalambili umi… kakak-kakakku yang baru tiba itu menangu teresak-esak sambil berpelukan dengan umi dan sedara-mara. Kakak-kakak ku masuk Cepatnya waktu berlalu, pagi itu semakin ramai sedara-mara dari jauh sampake bilik yg menempatkan abah.,mereke menagis melihat wajah abah yg tenang,damai,tenteram,jernih dan macam orang sedang tidur.Anak-anak perempuan abah yg baru sampai terus membaca yasiin sambil menitiskan air mata kerana bagaikan tidak percaya bahawa kami sudah kehilangan seorang lelaki yg bergelar abah Bagaikan abah masih ada berkumpul beramai-ramai,.. tetapi pada realitinye ,satu badan terkujur kaku dilitupi kain putih tanpa denyutan nadi berada di hadapan kami…semuanya bagaikan bermimpi…………………….

Jam 9 setengah pagi,jenazah arwah abah dimandikan ,pokcik cho, iaitu seorang sahabat,teman,jiran,rakan dan bagaikan saudara abah mengetuai pemandian jenazah,anak-anak lelaki abah dan juga menantu iaitu abg.D, acik dan afiq turut serta…bersama kawan-kawan. dan sedare mare yg lain...alhamdullilah abah Berjaya menndididik anak-anaknye dengan baik dan penuh didikan agama. Kami adik beradik tahu tangungjawab masing-masing,,,,….keadaan diruang tamu penuh sesak dengan kaum-kaum wanita yg terdiri daripada rakan-rakan umi dan arwah abah.Semua datang dengan memberi sokongan suapaya umi tabah menghadapi dugaan dan suratan takdir drpd ALLAH S.W.T,,,,mereka bagaikan tidak percaya dengan pemergian Abah apatah lagi kami anak-anaknya….

Sejam berlalu..urusan pemandian jenazah belum selesai,,kami adik-beradik sabar menungu di luar….terdetik di hati,,kenape terlalu lama mase yg diambil,,….dan akhirnya,,tepat jam 10.45 mandi jenazah arwah abah berakhir,,umi, anak-anak dan saudara-mara dipanggil oleh untuk menatap wajah abah untuk kali terakhir…. Bpada saat itu kami adik beradik sekali lagi menitiskan air mata,hidung dan mulut abah ditutup kerana pendarahan masih lagi berlaku,,hanye mata yg terpejam dan dahi yg terbuka untuk dikucup buat kali terakhir oleh umi dan anak-anak..kami kuatkan semangat untuk menempuh kehidupan yg akan datang.

Selepas itu,jenazah arwah abah di keluarkan di ruang hadapan untuk disembahyangkan….sunguh ramai rakan-rakan dan saudara mara mengangotai sembahyang jenazah….sunguh senang segala-galanya…




(Ya Allah ya Tuhanku...aku redha dgn pemergian ayahku yg dikasihi...aku redha....akan ku ketuai keluarga yg dtinggalkannya ini dgn sebaiknya...akan ku didik dan jaga amanah keluarga ini dgn penuh iltizam...moga-moga ayahku dan kami semua masih dpt berkumpul di sana..di jannahmu ya Allah....di akhirat kehidupan yg abadi....Ya Allah, tempatkanlah ayahku diklangan org2 yg beriman dan beramal soleh...-anak mu..)


Note:
- Arwah meninggal dunia pd jam 9.40 malam, di Hospital Dungun, Terengganu dan ditulis sebab kematiannya oleh doctor sebagai "..."cardial arrest secondary to hypovolemic shock secondary to bleeding esophageal varices"

- kpd sesiapa yg masih ada apa2 perkara yg belum selesai arwah, diharapkan dpt terus contact sy.. time kasih semua kwn2
[ Read More ]