• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
Al-hubb huna,love is around

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, ...

Cream of the crop

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. ...

A foot in the door

Here's an mp3 file that was uploaded as an attachment: Juan Manuel Fangio by Yue And here's a link to an external mp3 file: Acclimate by General Fuzz Both are CC licensed. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Quisque sed felis. Aliquam sit amet felis. Mauris semper, velit semper laoreet dictum, ...

A feather in one's cap

Some block quote tests: Here's a one line quote. This part isn't quoted. Here's a much longer quote: Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. In dapibus. In pretium pede. Donec molestie facilisis ante. Ut a turpis ut ipsum pellentesque tincidunt. Morbi blandit sapien in mauris. Nulla lectus lorem, varius aliquet, ...

Let's bring the house down

I'm just a lowly contributor. My posts must be approved by the editor.Mauris semper, velit semper laoreet dictum, quam diam dictum urna, nec placerat elit nisl in quam. Etiam augue pede, molestie eget, rhoncus at, convallis ut, eros. Aliquam pharetra. Nulla in tellus eget odio sagittis blandit. Maecenas at ...

Posted by An-Nasrullah - - 24 scratches

Assalamualaikum wth...

dah lama sy x update blog ni...skrg pula seolah-olah tiada mood nk menulis...

hm..walaubagaimanapunm, rasenye x sanggup sy hampakan permintaan teman-teman, dan mereka yg mengenali diri ini, (yang sgt prihatin^- sy terharu~)..bertanyakan bagaimana halnya kejadian itu...

jadi sy tulis la skit psl kejadian tu..eih x..bukan sy tulis..tp adik sy yg tulis...

silakan membaca ya teman2..

(coretan kasih seorang anak kepada ayahandanya tercinta)
oleh :adindaku, Nurul Ain Johari (16thn))

Kronologi pemergian allahyarham Haji Johari Bin Abd.Majid
16 november 2008 / 17 Zulkaedah 1429H

Jam 2 stengah petang,hampir tamat waktu rehat bagi warga KETENGAH, tetapi pada waktu ini abah baru pulang ke rumah,terdetik juga di hati,”kenapa abah balik lewat….”tetapi,pertanyaan itu hilang…. Pada waktu itu tiada langsung terpancar wajah keletihan dan kerisauan di wajah bersihnya… yang ada hanya wajah ceria dan gembira di situ….tenang dan gembira hati umi,afiq…

Jam 4 petang,1 panggilan diterima oleh umi…panggilan daripada PA abah,cik tie yang menyampaikan berita tentang abah yang dimasukkan ke klinik pada beberapa minit sebelum itu.. ain yang pada masa itu turut terkejut dengan berita itu,afiq yang sedang bermain computer,terus berhenti bermain. Setelah lama abah tidak dimasukkan ke hospital,dengan tiba-tiba semua ini kembali terjadi,tidak langsung terlintas di hati kami yang gurauan-gurauan kami tengah hari tadi adalah buat kali…..
Setelah menerima panggilan itu,umi terus bergegas untuk ke klinik,ain turut ikut umi. Sampainya kami di klinik,kelihatan banyak kereta di situ,tercetus lagi kerisauan di hati kami.

Turun sahaja kami dari kereta,dengan bergegas kami berjalan untuk masuk ke klinik. sebelum mmemasuki klinik itu,ternampak satu tompokan besar,dengan nada terjerit ain tunjukkan kepada umi,”umi,darah abah”. Dengan berlari umi masuk ke dalam, sampai satu bilik yang menempatkan abah, mi menjenguk dan melihat wajah abah yang mukanya kelihatan amat letih dan pucat sedang muntah darah,ditenangkan oleh rakan-rakan abah, umi terus terkejut dan beristighfar,abah memandang muka umi dan terus mengeleng-geleng mukanya kepada ain dan umi.yang berjalan kearah abah,rakan-rakan sekerja abah memberi laluan untuk kami. Kami tidak tahu apakah maksud disebalik gelengan abah itu.. tidak dapat digambarkan oleh kami, baju singlet putih yang dipakai oleh abah pada waktu itu,banyak darah. Pak cik man,kawan abah memberi baju kemeja,kerja abah kepada ain,baju itu digupal kerana terlalu banyak darah.

Doctor yang ada di situ terus menyatakan kepada umi bahawa abah perlu segera dibawa ke hospital dungun. Abah pada masa itu masih lagi boleh bersuara.abah terus dibawa ke van ambulans yang sudah siap tersedia di hadapan klinik. Umi dan jiran,pok cik cho naik bersama abah dan umi.mereka bertolak lebih awal,dan manakala ain,afiq dan ayah sedara,pok isam bertolak setengah jam selepas itu.

Jam 5 setengah petang, kami bertolak ke hospital dungun.dalam 45 minit kami pun tiba di sana. Sampai shaja di sana dengan bergegas kami mencari kelibat abah dan umi. Abah ditempatkan di dalam bilik wad kecemasan. Apabila kami menjenguk di balik pintu sebelum masuk,sekali lagi, sedihnya hati kami melihat abah yang dalam keadaan letih sedang terbaring. Umi yang berada di sisi abah,sedang mengurut-urut lengan abah.kami masuk ke dalam dan turut mengurut kaki abah.semasa kami mula memegang kaki abah,abah membuka kelopak matanya dan memandang wajah kami adik-beradik,terlalu sayu pandangan itu.Kaki abah terlalu sejuk, semasa ain mengurutnya. Takut untuk kami meneka mengapa terlalu lain keadaan abah berbanding dengan kaeadaan dia sakit sebelum-sebelum ini.
Sekejap aku mengurut kaki abah,abah bangun dari baringannya dan sekali lagi muntah. Seksanya abah masa itu tidak dapat kami bayangkan. Doctor menyuruh kami semua keluar untuk menjalankan pemerikasaan. Aku keluar di sisi umi.risaunya hati kami pada waktu itu.

dari jam 6 petang sehinggalah waktu maghrib kami semua menunggu di luar. Umi langsung tidak boleh duduk .seribu satu kerisauan terpanacar di wajahnya.dengan wajah keletihan dan kerisauan itu,umi masih boleh sabar menunggu. Kami dua beradik mamaksa umi untuk duduk berehat. Risau aku dengan keadaan umi yang huyung. Pok cik cho dan pok isam sabar menunggu di luar. Sampai tibanya waktu maghrib,kami masih tidak dibenarkan masuk.risaunya hati kami,kenapa terlalu lama masa diambil oleh mereka.

Aku dan afiq pergi mengerjakan solat maghrib terlebih dahulu.umi masih terus menunggu di situ. Pada waktu itu,ada tiga empat orang rakan baik abah yang baru tiba dari durian mas bersama keluarga yang datang untuk melihat keadaan abah. Umi berbual dengan mereka sementara menunggu panggilan dari doctor.

Aku bersama afiq selesai solat 20 minit selepas itu.smapainya kami di situ,umi masih lagi menunggu.aku dan adik,afiq pergi makan malam terlebih dahulu. Selesai makan kami kembali pada umi.umi dibenarkan masuk sekejap untuk melihat keadaan abah,sementara aku dan afiq perlu menunggu di luar sahaja. Selpas itu umi pun keluar,kami perlu menunggu keputusan dari doctor. Hospital dungun pada ketika itu terlalu ramai orang,tiada tempat duduk untuk kami. Aku,umi dan afiq duduk menunggu di dalam kereta yang diparking dekat dengan pintu hospital. Panggilan yanq dari tadi tidak putus-putus diterima oleh umi disambut tenang oleh umi. Pada waktu itu.

abangku,Chik (nasrul),di kuantan dalam perjalanan bertolak kemari selepas tahu tentang berita abah sakit. Kakak-kakakku yang lain,yang tinggal jauh di ibu kota tidak henti-henti menelefon kami untuk mengetahui perkembangan abah. Umi pada ketika itu tidaak benarkan merka pulang kerana takut menyusahakan mereka. Lama juga kami menunggu di dalam kereta.sampai satu saat,aku tergerak untuk menjenguk abah walaumacamanapun,aku ingin tahu keadaan abah,aku bersuara kepada umi,umi benarkan,aku bergaduh-gaduh masuk,aku nekad untuk masuk,apabila aku masuk,ya allah,sekali lagi abah sedang muntah,dan ini terlalu banyak bagiku,abah memandangku lama,di atas lantai banyak darah yang mengecik dari muntah abah itu,baju abah,oh,tidak tahu bagaimana ingin aku gambarkan. aku berlari kearah abah,aku pegang abah,urut berlakang,pada waktu itu,air mataku bercucuran,aku tidak tahan meliha abah sebergitu. Abah memandangku,wajahnya masih tenang pada wktu itu walaupun dengan keadaannya sebegitu,aku panggil nama abah,dan bertanya”abah kenapa,ok tak,abah nak ain panggilkan umi?” abah terus mengangguk dan dalam suara yang lemah,abah suruh aku panggilakan umi, aku terus keluar,berlari untuk mendapatkan umi didalam kereta.

Umi terkejut melihat aku menangis, umi terus bergegas masuk,kami bertigq masuk mendapatkan abah. Apabila kami mula masuk,nurse di situ,memanggil kami untuk berada disisi abah.terkejut aku melihat,mulut abah sedang mengucap. Nurse disitu memesan pada umi untuk meyuruh abah mengucap.aku takut,dan berfikir apakah ini tanda bahaawa abah akan….aku tidak tahan dalam keadaan itu,afiq yang berdiri disisi umi terus beresak-esak menangis, abah jadi lain pada waktu itu,dia bergentar,berpusing kekanan kekiri menahan sakitnya,bergetar suaranya,berkata pada umi,”mi,sakitnya perut abah,sakitnya…” aku tak sanggup menlihatnya,umi mengusap kepala abah,memegng kepala abah,dan berbisik di telinga abah,menagajar mengucap.abah,dalam suapa ketar,bersuara,”mi,suruh anak-anak abah balik..”aku terus keluar dari bilik itu,untuk menelefon along,suruh along balik wlalu macamanapun,along kata along dah bersiap nak balik. Aku masuk semula kedalam dan pada waktu itu abah dipindahkan kekatil bertaayar,doctor memanggil waris abah,doctor mengatakan bahwa peluang abah tipis, umi,menarik nafas dalam danumi terus berkata,macamana keadaanya dan takdir apa yang akan berlaku nanti,saya redha.tnapa setitis air mata pun,tabahnya umi.

Ppada waktu itu,doctor dan tiga empat lagi nurse sedang sedaya upaya menyelamtkan nyawa abah,seorang antaranyaberdiri di atas kekuda dan menekan-nekan dada abah.mencuba memberI udara masuk dalam badan. Keadaan pada masa itu terlalu kalut,aku dan afiq menangi s dan teru menangis,umi memluk aku dan menenangkan aku,afiq juga mari memeluk kami,pok cik cho sedang membaca surah yassin ,manakal pok isam keluar dalam tangisan.aku sperti tidak percaya,betulkah ini semua terjadi pada aku,keluargaku,pada umi?..dan orang yang akhirnya terbaring kaku di atas akatil di hadapanku itu ialah abah.ya allah,cepatya semua ini berlaku. Aku dibawa keluar dari bilik sambil dipeluk ooleh umi dan afiq.umi menelefon kakak-kakaku untuk memberitahu bahwa abah sudah pergi….umi pada masa itu mnjadi huyung. Wajahh abah menahan kesakitan terbayang-bayang di fikiranku.

Sedang umi bercakap di telefon,aku masuk dan duduk di sebelah abah,membaca surah yassin dengan nada pelahan berbisik di telinga abah. Surah yassin itu dialunkan dalam tangisan. Aku menatap wajah abah,ada percikan darah di muka abah,tenangnya wajah abah waktu itu.usai membaca surah yassin,aku mengucup dahi abah,aku memeluk abah.umi yang baru tiba juga sempat mengucup dahi abah.

Jam 10 setengah malam,kami bertolak pulang ke rumah terlebih dahulu unyuk mengurus urusan membawa pulang abah. Arwah abah dibawa pulang dengan van ambulans berdsama ditemani oleh pak cik cho dalan setengah jam kemudian. Pada malam yang bertragedi itu, segala-galanya bgaikan begitu pantas.

Terkejut kami sesampainya kami ke rumah,sudah ramai orang yang menunggu. Mereka semua rakan-rakan abah dan kakitangan sepejabta dengan abah. Cepatnya berita ini tersebar.. semasa baru turun dari kereta aku disambut dan dipeluk oleh ma cik lah dan selepas itu umi pula dipeluk,lama umi didakap erat oleh mak cik lah. Sedihnya waktu itu.

Setengah jam kemudian, van ambulans pun sampai. Keadaan terlalu kaalut pada waktu itu. Abang dan kakak-kakakku belum sampai,nasib baiklah pada waktu itu ada ayah chik,sepupu abah yang juga rapat dengan keluarga kami,dia yang menguruskan semua ini. Selepas itu,mak(nenek, ibu pd abah) dari kampong pun sampai dari kampong bersama dengan kak zah.mak dipaph masuk oleh abang zali dan abang leh,mak seperti hendak jatuh pensang,rupanya sesampainya di sini barulah mak tahu bahawa abah sudah…mulanya mak datang kesini kerana tahu abah sakit bukannya sudah pergi untuk selama-lamanay..mungkun itu yang mengejutkannya.

Emak berpelukkan dengan umi,lama mereka berpelukkan,besarnya ujian bagi mereka,umi baru 4 bulan yang lepas kehilangan satu-satunya ayah,turut mengikut arwah abah pula.. mak pula baru sahaja kehilanagan seorang anaknya,ayah su,sekarang seorang lagi anakknya pergi. Kuatnya hati seorang ibu itu.

Arwah abh ditempatkan didalam bilik dia dan umi.sepanjang ramai yang datang untuk menyedekahkan yasssinn untuk arwah…. Aku dan umi tidak tidur sepanjang malam itu. Abngku sampai dalam jam dekat pukul 2 pagi,waktut itu ramai yang bergilir-gilir masuk. Sedara-mara pun sudah ramai yang tiba. Jam 4 pagi,kakak-kakaku baersam mak sedara pun tiba. Waktu itu umi baru terlena selepas makan ubat panadol,aku menyuruhnya tidur selepas melihat umi terlalu letih. Aku menyambung memebaca al-quran di dalambili umi… kakak-kakakku yang baru tiba itu menangu teresak-esak sambil berpelukan dengan umi dan sedara-mara. Kakak-kakak ku masuk Cepatnya waktu berlalu, pagi itu semakin ramai sedara-mara dari jauh sampake bilik yg menempatkan abah.,mereke menagis melihat wajah abah yg tenang,damai,tenteram,jernih dan macam orang sedang tidur.Anak-anak perempuan abah yg baru sampai terus membaca yasiin sambil menitiskan air mata kerana bagaikan tidak percaya bahawa kami sudah kehilangan seorang lelaki yg bergelar abah Bagaikan abah masih ada berkumpul beramai-ramai,.. tetapi pada realitinye ,satu badan terkujur kaku dilitupi kain putih tanpa denyutan nadi berada di hadapan kami…semuanya bagaikan bermimpi…………………….

Jam 9 setengah pagi,jenazah arwah abah dimandikan ,pokcik cho, iaitu seorang sahabat,teman,jiran,rakan dan bagaikan saudara abah mengetuai pemandian jenazah,anak-anak lelaki abah dan juga menantu iaitu abg.D, acik dan afiq turut serta…bersama kawan-kawan. dan sedare mare yg lain...alhamdullilah abah Berjaya menndididik anak-anaknye dengan baik dan penuh didikan agama. Kami adik beradik tahu tangungjawab masing-masing,,,,….keadaan diruang tamu penuh sesak dengan kaum-kaum wanita yg terdiri daripada rakan-rakan umi dan arwah abah.Semua datang dengan memberi sokongan suapaya umi tabah menghadapi dugaan dan suratan takdir drpd ALLAH S.W.T,,,,mereka bagaikan tidak percaya dengan pemergian Abah apatah lagi kami anak-anaknya….

Sejam berlalu..urusan pemandian jenazah belum selesai,,kami adik-beradik sabar menungu di luar….terdetik di hati,,kenape terlalu lama mase yg diambil,,….dan akhirnya,,tepat jam 10.45 mandi jenazah arwah abah berakhir,,umi, anak-anak dan saudara-mara dipanggil oleh untuk menatap wajah abah untuk kali terakhir…. Bpada saat itu kami adik beradik sekali lagi menitiskan air mata,hidung dan mulut abah ditutup kerana pendarahan masih lagi berlaku,,hanye mata yg terpejam dan dahi yg terbuka untuk dikucup buat kali terakhir oleh umi dan anak-anak..kami kuatkan semangat untuk menempuh kehidupan yg akan datang.

Selepas itu,jenazah arwah abah di keluarkan di ruang hadapan untuk disembahyangkan….sunguh ramai rakan-rakan dan saudara mara mengangotai sembahyang jenazah….sunguh senang segala-galanya…




(Ya Allah ya Tuhanku...aku redha dgn pemergian ayahku yg dikasihi...aku redha....akan ku ketuai keluarga yg dtinggalkannya ini dgn sebaiknya...akan ku didik dan jaga amanah keluarga ini dgn penuh iltizam...moga-moga ayahku dan kami semua masih dpt berkumpul di sana..di jannahmu ya Allah....di akhirat kehidupan yg abadi....Ya Allah, tempatkanlah ayahku diklangan org2 yg beriman dan beramal soleh...-anak mu..)


Note:
- Arwah meninggal dunia pd jam 9.40 malam, di Hospital Dungun, Terengganu dan ditulis sebab kematiannya oleh doctor sebagai "..."cardial arrest secondary to hypovolemic shock secondary to bleeding esophageal varices"

- kpd sesiapa yg masih ada apa2 perkara yg belum selesai arwah, diharapkan dpt terus contact sy.. time kasih semua kwn2
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 6 scratches



Baru-baru ini saya dapat byk message tazkirah psl 'sahabt'..msg yg sama ja..Cuma berulang2 kali dihantar oleh pelbagai orang…hm..mungkinkah dgn menghantar msg2 sebegini boleh menggambarkan keprihatinan kita dlm bersahabat? Mungkin juga….

"Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau.." Khalifah Umar bin Abdul Aziz
Kata2 Umar Abd Aziz ini lengkap dan persis…sesuai utk muhasabah diri kita.

Akhir2 ini saya agak kurang berminat untuk meng update blog…mungkin disebabkan kekangan masa dan tiada mood…atau lebih tepat lg- malas. Haha..

Walaubagaimanapun, kita perlukan pengisian..sbg penguat kepada hati dan sanubari mukmin…pengisian bisa menjadikan hidup seorang muslim tidak kosong…menjadikan kita faham dan mengerti..kerana ia penting kn?....lg lah cantik molek kalau disoleki dgn amalan dan perlaksanaan dlm kehidupan..

seronok juga kalau kita dpt mendengar cerita ….sekadar pengisian santai shaja..tp meanginful…ceritanya berbunyi begini….




Sepahit Madu

Oleh `Izzat Anwari bin Hasni

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan
hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan
suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang
perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi
lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi
rupa-rupanya…" Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup
melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?"
suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah
yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung
labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya
apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih
hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap
Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah
menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan
apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi
tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak
berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah
jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang
tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi
hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon
suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan
agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah
yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan
memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada
dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan
Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik
dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami
erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak
ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke
hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya
sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri
semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak
dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia
terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang
semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia
menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri â€" sama ada dia
menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri
dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri
sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri
perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah
pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang
dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia
meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat
terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat
baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan
yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang
tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut
mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan
oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin
tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam
gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa
dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya
disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu
mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa
Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar
berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia
yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan
gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang
menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu
dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah
Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke
arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri
dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri
kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding
dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak
hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg
berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu
menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari
Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan, " jawab Fikri.

***

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak
kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami)
kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan
perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat
tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara
yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada)
berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan
keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi
petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."

[QS al-Taubah 9:24]


(Selamat Hari Lahir utk cik Darul – 1 Nov.2008. semoga jadi mukiminah sejati…
Sorry kerana membuli…haha..kimchi sedap!...)
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 7 scratches


old school...tp gempak













Congratulation to Valentino Rossi!!! The champion of MOTOGP, 500cc, Sepang F1 Circuit 2008!...

Bergema announcement dr DJ bertugas psl result Moto GP sebentar td…di telingaku masih lg duk bingit dan terngiang2 dgn bunyi superbike 500 cc yg duk belumba kt tengah litar … vroom…vroom..entah brp bp frecuency aku pn x tau…mau nye melilih air telinga ..hahaha

tp kate haji Amir (shbt merangkap bekas supervisor aku time undergrad dulu..), bunyi 5 bijik moto 500 cc yg tgh duk cram tu, baru bersamaan dengan bunyi sebijik kereta F1!!...fuh bayangkan…pendek kate kalau td aku masih bleh belagak x nak pakai ear protector waktu tgk moto speedy, sure2 jek bleh jdi pekak kalau tgk kete F1 belumba…haha


Jalan2 sket, jumpa plak moto Exhibition…(lupakan suma minah2, joyah2 litar yg pakai baju x cukup kain dan lngsung x malu tu, ..mmg x takut api neraka geng2 nih..aku bukan niat dtg circuit nk tgk diorg pn, nauzubillah……)….…BMW1200S, besar gedabak…macho betul…hoho…tp harga?? Murah ja…RM123K…huhu…bleh angkat Honda civic 2.4 sebijik….

Dan byk lg moto yg besor2 dan gempak2…



BMW1200 macho....


Namun, kate member2 yg dtg sekali…tgk bleh…tumpang2 nek bleh…nk beli? Fikir byk2 dulu..harga dah la mahal…maintainance? Fuh lg mahal dr kereta..sebijik tayar saje pn dah bleh smpai seribu lebih harga..ha maunye kaya benar aku ni…huhu..(apepun..mmg aku behasrat nk beli satu bile dh ‘bekemampuan’…semoga ianya jg bleh jadi satu method dakwah yg besar…project jangka panjang tu)

…cube bayangkan…segerombalan 50 biji moto2 besar…aprilia, bmw, cagiva, Harley Davidson, Kawasaki dll…konvoi berduyun2 melalui jalan lebuh raya pantai timur ni ha..baru setengah jam kuar dr gombak, terus dh sampai temerloh..laju kan…

Ha biler dh brenti tu..ramai2 ahli konvoi solat bejemaah kt surau R&R Temerloh tu….pastu..dh solat, pi makan ramai2…mendekati org ramai yg ada di R&r tu..


“bang, fuhlamak moto abang besar x igt, best x bang bwk moto besar?” tanye sorang mamat yg pakai nya agak selekah, jeans ketat dan rambut karat…disampingnya ada sorang awek yg juga bekarat2 rambut sambil isap rokok…

“bese la dik…dunia suma tu…ada rezeki lebih…bleh la beli…tp yg penting kalu bwk moto besar ni..kite kene pandai jg byk pekara…jg moto tu satu hal.. jg hati dan akhlak pn satu bende penting dik…biar kite ni buat ape kerje sekalipun diredhai Allah…

jauhkan riak, takabbur dan ujud..nek moto besa bukan nk ditayang2..tp nk tunjuk yg org islam ni mampu menguasai bidang teknologi automotif permotoran ni.ha...sambil2 tu kite bleh tambah pahala dgn wat keje2 amal seperti wat program utk kumpul dana, bantu umat Islam yg x berkemampuan.. ”

Adik tu?? …nganga jek mulut die bile dgr abg yg nampak brutal tp sopan tu…x sangka jawapan cenggitu kuar….tergamam…awek die? Terus malu2..sorok rokok kt belakang..dan terus berlalu mereka meninggalkan kumpulan abang2 bermotor besar yang sungguh ramah tu….


heheh…itu bayangan aku la kan…korang camne??… kalaulah kite bleh ‘pegang’ golongan ni...subhanallah……^^


Ducati Superbike 749


http://www.youtube.com/watch?v=Awc7WjjVEno--(interesting!, thanx mai^)
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches


Merujuk perkara di atas, dengan sukacitanya semua warga ALUMNI Universiti Malaysia Pahang dijemput hadir ke Majlis Sulung Persatuan ALUMNI UMP. Butiran majlis adalah seperti berikut :

THE JOY OF REUNION – UMPians 2008

Tarikh : 1 November 2008( Sabtu)
Masa : 10.00 pagi (Pendaftaran)
Tempat : Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang,

Aturcara Program :
- Majlis Ramah Mesra Bersama Dato’ Naib Canselor
- Jamuan Hari Raya
- Majlis Tahlil Alumni yang telah meninggal dunia
- Pemilihan Jawatankuasa Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang Kali Pertama
- Sesi Bergambar

Pakaian : “Smart Casual” – selipar tidak dibenarkan

* Warga ALUMNI juga dialu-alukan untuk membawa kuih raya (pot luck) bagi memeriahkan lagi majlis REUNION tersebut.

** ayuh UMPians suma!!..jom ramai2 hadir...korang suma mesti rindu nk jumpe kawan2 lama UMP dulu kn...ha..kawan sama2 kene tahan di pak guard, kawan sama2 kene marah dgn lecturer, kawan kuar mlm ,kawan sehidup semati dan bla bla...

** sebar2kan lah info ini ya...ayuh kita eratkan kembali ukhuwwah yg dah makin pudar ini..^^
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches


assalamualaikum wth,

pagi ini saya berkesempatan untuk meng'update'kan blog ini setelah sekian lama 'beraya'.

alhamdulillah, syukur pd Allah SWT krn dgn kasih sayang dan rahmatNya yg cukup byk dan melimpah2, maka kite telah selamat meraikan hari kemenangan umat islam, hari raya eidulfitri dgn meriah dan harmoni...sama-sama bertakbir bertahmid dan berzikir...bermaaf2an, berkumpul sanak saudara, ziarah menziarah, bergurau senda dll...

namun, di sana ramai lg shbt2 kita yg tidak berksempatan utk beraya dgn semeriah dan segembiranya, dek kerana tuntutan jihad akademik (kene pegi kelas dr pagi sampai petang) dan juga kerja (sahabat saya, shahly beraya atas kapal kt tgh laut Qatar pd 1 syawal, kesian..sabar je la shah..huhu)..however, i knew for sure kamu suma already struggle to do ur best for this wonderful celebration kn....gud.. (jg tidak lupa kpd umat islam yg terpaksa mnymbut hari raya dlm hidup yg penuh kepayahan dan penderitaan hidup..smg Allah merahmati antum~)

Mengenai Pilihanraya Kampus (PRK), Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009..gema gendang PRK telah mendengung di mana2, bingit, panas dan membahang...ruang demokrasi utk mahasiswa memilih calon yg terbaik mewakili mereka telah terbuka luas sekali lg....... di universiti sy, UMP, smlm telah pun bermula sesi manifesto calon2 yg bertanding...adik2 mahasiswa yg menjadi calon nampaknya cukup gempak dan berkarisma...smg kalian benar2 besedia dan ikhlas dlm perjuangan ini...

dan kepada adik2 mahasiswa..pilihlah calon YB anda yg terbaik..ye, mungkin suma kelihatannya cantik menarik dan terbaik..tp pilihlah yg berdasarkan keutumaan umum...iaitu calon yg bleh memimpin anda kepada kecemerlangan dunia dan akhirat...yg bukan shj hanya tahu membuat program itu dan ini..pergi ke sana ke mari..berckp lantang itu dan ini....(calon yg pada sy sekurang2nya bleh menjadi imam anda ketika solat berjemaah!)

dlm duk teringat2 ni,...teringat jugalah sy pd adinda sy di kampung..namanya sebijik cam saya..cuma tuka blkg sket ja...heh...nasrul afiq b. johari...skrg sedang PMR..all the best fiq..insyAllah straight As...juga utk suma adik yg same2 amik pmr (terutama yg pernah ikut prog. bersama abg chik..^^)

alamak..saya ada kelas jam 11..x sempat nk cerita panjang2 lg...apepun..sy masih lg tidak faham kenapa artis shah rukh khan bleh dpt anugerah 'datuk' dr Tun Khalil melaka..hebat sgt ke die?? die tu anak melaka lahir kt india ke?? atau die tu hebat sgt?? atau sape die ni? ish x paham...dh la 77 org senang2 jek dpt datuk..johor aritu satu anugerah datuk pn x bg..tetibe melaka bleh x control langsung...
apepun..mmg itu hak kerajaan dan pemerintah melaka..tp sbg rakyat mesia..pastinya kite ada sensitiviti terhadap perkara2 cenggini kn..

lastly...sy nk post stu cerita best kt entry ni...selamat membaca ya...cube muhasabah diri kite sesambil kite bace tu...k..wslm

-----------------------------------------

Satu Hari di Multaqa Sufi

Hari itu, aku mengikut perhimpunan sufi yang diadakan di Hadramaut. Ada ahli sufi yang datang terbang, ada yang berjalan di atas air, ada yang tiba-tiba ada di hadapan mata, ada yang naik kereta, tidak kurang yang naik kapal terbang, malah ada yang naik helikopter peribadi. Watak dan karakter mereka, semuanya berbeza. Masih ada yang mengenakan pakaian bulu yang kasar, ada yang memakai jubah dan serban yang besar, berkopiah tajam, ada yang berjanggut panjang, yang tidak berjanggut semacam aku pun ada, malah ada yang berkot dan memakai tali leher.

Hari itu sangat menyeronokkan. Ma’ruf al-Karkhi turut hadir membentangkan kertas kerja berkaitan konsep Dzuq dan Fana’. Siapa yang tidak gembira dapat bertemu dengan seorang ahli sufi sesoleh beliau. Rabia’ah al-Adawiyah turut membentangkan kertas kerja berkaitan ke arah membentuk golongan sufi wanita dalam memartabatkan maruah wanita yang kian tercemar. Beliau bukan sahaja akan mengupas soal keruntuhan tamadun terdahulu apabila meminggirkan wanita, malah beliau akan mengemukakan hasil kajian dan analisis terbaru beliau terhadap emansipasi wanita di negara-negara Eropah. Ia pastinya sangat menarik.

Aku juga menantikan pembentangan daripada al-Ghazali berkaitan menghidupkan hati yang sudah lama kekeringan dengan rasa takut dan cintakan Allah. Masing-masing kalangan mereka membentangkan kertas kerja sesuai dengan kekuatan masing-masing. Rasanya aku kerdil sekali. Apatah melihat Abu Yazid al-Bustami dan Tok Kenali yang tidak memakai selipar kerana tenggelam dalam keasyikan cinta kepada Allah, aku semakin kerdil. Wajah Zun Nun al-Misri sangat bersih dan bercahaya membuatkan aku jatuh cinta menatap wajahnya. Ya, hasil simbahan iman kepada Allah, dan ruku’ serta sujud yang tidak henti-henti.

Sang pujangga tersohor Abdullah bin al-Mubarak juga datang bersama sahabat akrabnya Fudhail bin ‘Iyad. Aku juga sangat seronok melihat Hassan al-Banna dan Umar al-Telmisani juga datang dalam perbincangan kali ini. Ternyata perhimpunan dan multaqa’ sufi kali ini dihadiri oleh orang-orang yang hebat dari seluruh dunia. Malah paling menggembirakan aku apabila bertemu dengan moyang aku Tok Pulai Chondong. Beliau yang terkenal dengan kependekaran itu sangat tegap badannya. Aku memeluknya erat seraya mencium tangan dan pipinya berkali-kali. Dia memeluk aku semacam aku anak kecil yang rindukan belaiannya. “Tok, saya rindukan atuk,” luah aku keanak-anakan.

Aku sangat tertarik mendengar penghuraian konsep mahabbatuLlah yang disebut oleh guru sufi, Junaid al-Baghdadi. Hassan al-Basri yang sentiasa berwajah pucat kerana takutkan Allah menangis tidak henti-henti. Air mata mengalir dari semua kolam mata mereka. Aku lihat dengan jelas sekali garisan putih di bawah pipi Ibrahim al-Nakhaei kerana terlalu banyak menangis dek takut dan rindukan Allah.

“Hamba yang cinta kepada Allah adalah hamba yang menyahkan hawa nafsunya, tidak putus-putus berzikir kepada Tuhannya, mendirikan hak-hak Allah, melihat Allah dengan mata hati. Sekiranya ia berbicara, ia berbicara dengan Tuhannya. Sekiranya ia bercakap, ia bercakap tentang Allah. Sekiranya ia bergerak, ia bergerak atas perintah daripada Allah dan sekiranya ia senyap, ia bersama-sama Allah. Ia di sisi Allah, untuk Allah, dan bersama Allah,” kupas al-Baghdadi sambil menundukkan mukanya dan menangis teresak-esak. Aku turut sebak bila mengingatkan diriku yang jauh daripada Allah. Seketika, suasana bising dengan bunyi esakan. Al-Baghdadi berhenti daripada berbicara. Beliau kelihatan sungguh-sungguh menangis.

Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah…

¬
Abdullah bin al-Mubarak juga membentangkan kertas kerja Peranan Sufi Dalam Membebaskan Dunia Islam Daripada Cengkaman Barat. Beliau yang terkenal dengan syair terhadap Fudhail bin ‘Iyad menggariskan beberapa perkara penting yang harus diperkasakan antaranya menanamkan semula semangat jihad kalangan umat Islam. Beliau turut memberikan pujian sekadarnya kepada Hassan al-Banna yang berjaya menubuhkan gerakan Islam yang berjaya menggerunkan pihak Barat dan Yahudi. Dalam sesi soal jawab, Sheikh Ahmad Deedat memperingatkan peri pentingnya ahli audi memahami skill berdakwah dalam menarik golongan yang anti Islam termasuklah golongan Liberalis dan Orientalis.

Dalam pertemuan itu, aku mengambil kesempatan bertemu dengan sufi wanita Rabi’ah al-Adawiyah. Ketika itu beliau sedang berbincang dengan Malik bin Dinar berkenaan dengan ajaran sufi yang semakin disesatkan dengan pemikiran yang dangkal. Malik bin Anas mencelah di tengah-tengah dengan menyebut, Barangsiapa yang mempelajari syariah tetapi tidak belajar hakikat, maka ia fasiq. Barangsiapa yang sebaliknya adalah zindiq. Aku meminta Rabi’ah masa hanya lima minit untuk bertanyakan pandangan dia tentang mahabbatuLlah.

Ringkas sahaja beliau menjawab, “Beramallah kerana Allah, bukan kerana syurga dan neraka. Wahai anakku, jika engkau melihat aku sedang berbicara dengan engkau sekarang, maka ketahuilah bahawa hati sedang gering dalam merindui Allah sang Pencipta. Hanya jasadku berbicara denganmu sedangkan hati aku melayang ke langit sana bertemu sang Kekasih,” dan aku terkesima mendengar nasihatnya yang cukup tajam.

Ibn ‘Ataillah juga diberi penghormatan untuk mendiskusikan karyanya al-Hikam. Aku sangat terkesan apabila beliau menyebut, kita bersyukur kepada Allah kerana telah melindungi aib kita daripada diketahui orang ramai. Jika Allah tidak menutup aib kita, pasti orang tidak akan respect dengan kita. Maka apabila ada orang memuji kita, maka kita kembalikan pujian itu kepada Allah yang tidak mendedahkan kelemahan-kelemahan kita. Mendengar sahaja kupasan yang sangat mendalam itu, Zun Nun al-Misri dan Abu Yazib al-Bustami terus pengsan. Suara tangisan semakin membingitkan suasana. Aku turut menangis melihat suasana begitu. Hati mereka sangat bersih dan mudah sekali tersentuh. Ia berbeza sama sekali dengan hati aku yang berkarat dan hitam dengan kotoran dosa yang sukar dibersihkan.

“Tuan Guru, bagaimana ana mesti membersihkan diri ana?” tanya ana kepada Sufyan al-Thauri. Beliau menundukkan wajahnya sambil menangis seraya berkata, “Wahai anakku, lebih baik engkau bertemu dengan Yahya bin Ma’in kerana ia lebih baik berbanding aku. Bagaimana orang yang berkarat hati ingin membersihkan hati orang lain, bukankah ini yang disebut oleh Ramadhan al-Buti?” aku sekali lagi terpegun dan tertegun. Sampai begitu sekali tawadhu’nya mahaguru sufi yang tersohor itu. Ya, siapa yang tidak kenal al-Thauri yang faqih lagi zahid. Aku teringat Sa’id Hawwa menjelaskan, jadilah orang faqih yang zahid, bukan orang zahid yang faqih.

Tiba-tiba majlis gempar. Rupanya Abdullah bin Mas’ud RA sahabat nabi yang besar dijemput sama dalam majlis ini untuk memberikan ucapan perasmian. Beliau ditemani mahaguru besar kami Sheikh Abdul Qadir Jailani. Beliau membacakan beberapa ayat al-Quran yang menyentuh tentang kenikmatan syurga dan kedahsyatan neraka. Suaranya merdu sekali. Sekali lagi, suasana jadi khali, dan hati menjadi khalis.

Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah…

¬
Kata Ibn Mas’ud RA, “Bila hati kamu tidak tenang, maka pergilah ke majlis para ulama. Jika hati tetap tidak tenang, maka bacalah al-Quran. Jika hati tetap tidak tenang, maka bangunlah di waktu malam untuk bermunajat. Namun jika hati tetap tidak tenang, maka berdoalah kepada Allah agar kamu diberikan hati yang lain,” ujar Ibn Mas’ud RA sambil merasmikan majlis pada hari ini.

Aku terus menangis dan menangis. Sudah lama aku kekeringan air mata. Aku berjaga malam untuk PRK tetapi aku tidak bertahajud. Aku kuat berjuang tetapi aku kurang membaca al-Quran. Aku banyak berceramah tetapi aku kurang berzikir. Aku kuat berjihad menegakkan Islam tetapi aku sendiri kontang dan kering dengan ilmu. Aku hanya pandai bercakap tetapi tidak berbuat. Aku banyak melakukan maksiat tetapi aku tidak bertaubat. Aku hanya pandai amar ma’ruf tetapi Subuh pun banyak yang aku lewat. Aku bercakap soal ikhlas tetapi riya’ dan ujub menguasai diri.

Dan aku terus menangis sebelum tiba-tiba sahaja semua ahli sufi menghilangkan diri.

Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah, Laa ilaha illaLlah…

Penulis,
Ust.Dzulkhairi, bleh dilawati di blog beliau www.dzulkhairi.blogspot.com
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 5 scratches



Assalamualaikum wth all!

saya baru shj membaca tulisan murabbi saya al-fadhil ustaz hazmi dibok al-hafiz berkenaan hobi membaca dlm blognya- hazmidibok.blogspot.com. subhanallah..amazing..book addicts die nih...patut la spek tebal semacam ja...heh..tp sy malu sendiri...sesibuk sibuk dia, masih sempat membaca dengan sgt byk dan jg menulis.. sy plak?? kita suma?? sibukkah kita?? hm..tepuk dahi, tanye diri..sakit x? kalau sakit maknenye..maknenye...ha dah !!pi!! pi baca buku!..jgn malas!!..

haha..kat paragraph atas tu entah kenapa tangan ini rajin menulis pasalnya...mungkin sbb nk bg sedor sket kt diri ni spy kene rajin lg membaca agaknya...jg utk suntikan semangat kpd shbt2 pengunjung...

okeh...senanya niat asal td nk wat mende len..iaitu crita psl hari raya..tp dah termasuk simpang len plak...

Baiklah, dlm picture di atas ada tercatat "Hari Raya Idulfitri, bersama kita hayati sambutannya spt yg dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW dan ulama`.." (time kasih kepada designer cik darul)..saya sgt tertarik dgn slogan di atas kerana ianya membawa maksud dan penghayatan yg sgt sesuai utk seisi umat Islam khususnya di Mlaysia hari ini...

Menyambut hari kemenangan 1 Syawal pastinya meriah dan penuh dgn kegembiraan. umat islam bertakbir dgn penuh smgt, bermaaf-maafan, ziarah menziarahi dsb nya..namun, sejauh manakah kita semua tahu bagaimana sebenarnya Rasulullah SAW menyambut hari raya idulftiri?? apakah sunnah yg telah baginda tinggalkan utk kita sama2 contohi?? dan bagaimana pula sebenarnya cara2 sambutan hari raya idulfitri pd zaman ini yg terbaik? apakah batas2 dan apakah pula galakkan2 yg patut dicegah dan dibuat? sudah tentu semuanya menjadi persoalan utk kita telesuri dan kaji..kalau benar kita ini adalah org yg sentiasa nk ikut yg terbaik yg Islam anjurkan..
justeru, di sini sy lampirkan beberapa tips dan panduan berhari raya..sesuai spt yg dicontohkan oleh baginda Nabi SAW dan juga dianjurkan oleh para ulama`...selamat memabaca ^^


AMALAN SUNNAH DI HARI RAYA

Oleh: Us.Zuridan Md.Daud

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kepada Allah Taala kerana kita selamat menjalani ibadah puasa. Semoga segala amalan yang telah dilakukan mendapat ganjaran pahala berlipat ganda dari Allah Azza Wajalla.
Aidilifitri berasal العيد dari katakerja bahasa Arab iaitu : عاد يعود yang bermaksud kembali. Ini adalah kerana musim kegembiraan yang kembali setiap tahun. Di dalam Al-Quran perkataan ‘Aid’ telah dinyatakan oleh Allah Taala di dalam firmanNya yang bermaksud: (( Isa putera Maryam berdoa: "Ya Tuhan kami turunkanlah kepada kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami yaitu orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau. Berikanlah rezeki kepada kami, dan Engkaulah pemberi rezeki yang paling Utama")). Surah Al-Maidah:114.

Anas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w ketika sampai di Madinah mendapati penduduk Madinah sentiasa merayakan dua hari kegembiraan mereka. Lalu Nabi s.a.w bersabda:

قـَدْ أبْدَلـَكـُمُ اللهُ تعالى بـِهـِمَا خـَيْرًا مِنـْهُمَا: يـَوْمَ الفِطـْرِ وَالأضـْحَى

Maksudnya: Sesungguhya Allah Taala menggantikan keduanya dengan yang lebih baik iaitu Hariraya Aidilfitri dan Aidiladha.

Imam Muslim meriwayatkan bahawa Aisyah r.h berkata:

جـَاءَ حَبْشٌ يَزْفـِنـُوْنَ فِيْ يَوْمِ عِيْدٍ في المَسْجدِ فـَدَعَاني النبي صلى الله عليه وسلم فـَوَضَعْتُ رَأسِيْ على مَنـْكِبـِهِ فـَجَعَلـْتُ أنـْظـُرُ إلىَ لـَعْبـِهـِمْ حـَتىَّ كـُنـْتُ أنـَا التيْ أنـْصَرِفُ عَنِ النـَظـَرِ إلـَيْهـِمْ

Maksudnya: Beberapa orang Habsyah datang ke Masjid pada hariraya dan mereka menari. Nabi s.a.w memanggilku dan aku letakkan kepada di atas bahunya, kemudian aku turut serta menonton permainan (tarian) mereka hinggalah aku sendiri memalingkan muka kerana malu melihat mereka.

Berdasarkan hadis di atas maka adalah menjadi keharusan hariraya di sambut dengan hiburan yang boleh menceriakan jiwa dan menggembirakan.
Di pagi hariraya adalah disunatkan supaya mandi, berpakaian indah dan berwangi-wangian. Hassan Al-Sabt r.a berkata:

أمَرَنـَا النـَبـِيُّ صَلىَ الله عليه وسلم في العَيْدَيْن أنْ نـَلـْبـِسَ أجـْوَدَ مَا نـَجِدُ وَأنْ نـَتـَطـَيَّبَ بـِأجـْوَدِ مَا نـَجـِدُ

Maksudnya: Nabi s.a.w menyuruh kami memakai pakaian terbaik pada dua hariraya dan juga menggunakan haruman terbaik yang kami ada. Hadis riwayat al-Hakim.

Di hariraya Aidilfitri terdapat amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan, antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Anas r.a: Bahawa Nabi s.a.w tidak keluar pada hariraya Aidilfitri hingga dia makan buah kurma dan dia tidak makan melainkan secara ganjil. Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Ahmad.

Buraidah r.a meriwayatkan: Bahawa Nabi s.a.w tidak keluar pada hariraya Aidilfitri hingga beliau makan dan pada hari Aidiladha pula beliau tidak makan hingga pulang (dari solat). Hadi riwayat Tarmizi, Ibnu Majah dan Ahmad.

Oleh itu di pagi hariraya sebelum menuju ke Masjid untuk solat hariraya adalah baik makan terlebih dahulu dan disunnat makan buah kurma secara ganjil bilangannya.
Di samping itu jika boleh ketika pulang dari solat hariraya laluilah jalan lain kerana menepati sunnah Nabi s.a.w. Jabir r.a. meriwayatkan: Bahawa Nabi s.a.w pada hariraya Aidilfitri mengambil jalan lain (pergi dan balik untuk solat hariraya).

Di hariraya juga ummat Islam digalakkan mengucapkan selamat kepada saudara sesama Islam sebagai ucapan tahniah dengan ketibaan hariraya. Jubair bin Nafir meriwayatkan: Bahawa sahabat-sahabat Nabi s.a.w apabila bertemu di hariraya mereka saling mengucapkan “Taqabbalallahu minna wa minka” (Allah menerima (amalan) dari kami dan darimu).

Bagi menambahkan lagi suasana kegembiraan sempena ketibaan hariraya Aidilfitri maka disunatkan bertakbir seawal terbenam matahari hari akhir Ramadan sehingga sebelum solat hariraya.


2- HAri Raya, yang perlu buat dan jgn buat

Oleh: Us.Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

BOLEHKAH BERSUKARIA DI MUSIM RAYA?

Jika demikian, adakah Muslim di tegah untuk bersuka ria di hari raya dan hanya bersedih sahaja ?.

Jawapannya, bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam.

Nabi SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah Rasulullah SAW dengan katanya :

دعهما يا أبا بكر فإنها أيام عيد

Ertinya : "Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya" ( Riwayat Al-Bukhari)

Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan.

Sudah tentu mukmin ini merasa puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya adalah terpulang kepada Allah SWT semata. Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :

من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ

Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )

Selain mengenangkan usaha berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadhan, bergembira juga atas kejayaan membina ‘benteng kukuh' dari godaan Syaitan, bukankah Nabi SAW telah menyebut bahawa "Puasa itu benteng" (Riwayat Al-Bukhari).

Kerana itu mereka menyambutnya dengan kegembiraan.

MENGAPA ORANG MUKMIN TULEN BERSEDIH?

Jika tadi disebut mukmin gembira, kali ini mengapa pula mukmin bersedih dengan pemergian Ramdahan?.

Secara ringkasnya, dengan berdasarkan dalil-dalil yang sohih, peluang dan kemudahan yang diberikan Allah SWT di bulan ini yang pastinya akan dirindui dan di tangisi oleh para mukminin dan solihin adalah :-

1) Peluang untuk meraih ke Syurga yang terbuka luas di dalamnya, berdasarkan hadith yang menyebut tentang pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan Syaitan di belenggu. Lalu mukmin sentiasa bimbang akan penerimaan Allah SWT terhadap diri dan amalannya.

2) Tawaran pengampunan dosa-dosa silam bagi yang berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan solat terawih ikhlas kerana Allah. Berdasarkan hadith Bukhari dan Muslim. Tamat jua peruntukan hebat ini di akhir Ramadhan.

3) Kemaqbulan doa yang hebat ketika berpuasa dan berbuka berdasarkan hadith Riwayat Ibn Majah yang sohih. Berlalulah tawaran ini dengan pemergian Ramadhan.

4) Peluang mempertingkat taqwa, iman dan menambah keberkatan dalam hidup dunia dan akhirat. Ia berdasarkan firman Allah SWT.

5) Peluang terbesar di Malam al-Qadar yang amat istimewa. (Rujuk artikel lepas)

Hasil dari sebab inilah, kita dapati ramai ulama silam disifatkan amat sedih dengan pemergian Ramadhan, terutamanya apabila memikirkan samada akan dapat bertemu lagi pelaung sehebat Ramadhan di tahun hadapan.

TAMATNYA SIRI YANG DIMINATI

Bagi sesiapa yang ingin memahaminya dengan lebih lagi. Cuba anda bayangkan anda meminati sebuah rancangan drama di televisyen yang disiarkan tepat jam 5-6 petang setiap hari.

Rancangan yang tidak pasti akan ada ulangannya atau tidak ini, sudah anda ikuti siri-sirinya sejak sekian lama, tiba-tiba dengan sebab jem yang teruk di jalanan, anda terlepas dari menyaksikannya. Anda juga tidak pasti bagaimana atau samada anda boleh mendapatkan rancangan ulangannya. Demikian juga anda pasti merasakan sedih kerana rancangan kegemaran anda sudah hampir berakhir. Sedangkan anda masih belum puas menontonnya dan menikmatinya.

Sebagaimana perasaan hiba dua ibubapa yang ingin berpisah dengan anak kesayangannya setelah selesai musim cuti hariraya.

Dan sebagaimana sedinya ibubapa En Jazimin dan isterinya berpisah dengan buah hati mereka Al-Marhumah Nurin Jazlin buat selama-lamanya.

Demikianlah para mukmin soleh dengan Ramadhan, tamatnya siri hebat ramadhan ini amat memilukan bagi mereka yang hatinya bersinar dengan cahaya iman.

RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalahhu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Disebut dalam sebuah riwayat :

قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.



RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA


Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.



7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.



Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.





Sekian dahulu..semoga kita semua dpt manfaat drp entry kali ini...sama2 kita amal dan sampaikan..

Selamat Hari Raya Idil Fitri 1429H

"Taqabballahu Minna Wa Minkum Solehal A'Mal"


Nasrul Hadi Johari,
Dungun, Terengganu


Sekian dahulu,
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches


Berkesempatan sekali lagi ke masjid di waktu pagi dinihari..wah meriah!...ramai betul adik-adik mahasiswa dan staff yang sedang khusyuk beribadat..ada yang sedang solat, ada yg mengaji, berzikir, bertafakur dan jg, masih ada yg berdengkur (huhu)...apepun tahniah semua...anda telah menghangatkan lagi pesta ramadhan kita kali ini...dengan meneruskan pemburuan mencari malam yang lebih baik drp seribu bulan, Laitul Qadr Al Kubra... Firman Allah bermaksud: “Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan” (Surah al-Qadr, ayat 3) .

Selamat meneruskan pemburuan mencari malam Lailatul Qadr yang penuh berkat….malam yang penuh dengan bonus pahala dan kasih Allah….jadikanlah pemburuan ini satu keutamaan dalam jadual hidup sehari-hari disepanjang 10 malam terakhir Ramadhan ini…

moga-moga semangat yg berkobar-kobar, rasa penghayatan dan kesabaran yang kita zahirkan, akan mendapat penilaian di sisi Allah …langsung dikurniakan kita kesempatan untuk merasai kemanisan beribadat di malam Lailatul Qadr ini – doakan saya juga..

TAZKIRAH LAILATUL QADR..

1- Mengapa Allah kurniakan malam Lailatul Qadr??
Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;
Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.
Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w.
Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.


2- Dorongan Nabi supaya umatnya terus beribadat pada malam tersebut
Kerana keutamaan ini, Rasulullah menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadar yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan.
Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, Witir, solat Tarawih, membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah dan amalan solih lain yang dianjurkanIslam.
Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering Baginda baca ialah doa maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.”
Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

3- Hikmah dirahsiakan kehadirannya
Sesungguhnya ayat al-Quran yang menceritakan tentang masa berlaku Lailatul Qadr, tidak dijelaskan secara jelas, kerana ia bertujuan agar manusia tidak hanya tertumpu pada satu malam sahaja jika mereka tahu malam tersebut, justeru ia dirahsiakan agar mereka menghidupkan setiap malam terakhir Ramadan dengan amalan-amalan yang pernah dilakukan oleh baginda, para sahabat dan para solihin terdahulu.
Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.
Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.
Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.
Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.
Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.
Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka’ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu’awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. “Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27.”
Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.
Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.
Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.
Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.
Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. “Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan.”
Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.
Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri.

4- Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr
Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.
Lailatul Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh.
Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.
Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.
Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.
Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
Ada yang berkata doa permohonannya makbul.

5- Fikir masalah umat ketika sedang beritikaf adalah ibadat
Bukan sahaja melakukan ibadat qiyamullail itu dikira sebagai satu amal ibadat yang baik di sisi Allah SWT, malah memikirkan sesuatu khususnya mengenai masalah yang melanda umat Islam hari ini juga dikira sebagai ibadat yang besar, apatah lagi ketika menjalani proses beri’tikaf dalam masjid pada malam-malam terakhir Ramadan.
Lebih-lebih lagi masalah umat secara global, sama ada keruntuhan moral, perilaku, akhlak di kalangan remaja lelaki mahupun perempuan, masalah krisis keyakinan terhadap Islam di kalangan mereka yang mempunyai profil tinggi dan lain-lain, kesemua itu dapat ditangani jika masing-masing memainkan peranan sebagai hamba Allah yang mempunyai jati diri sebagai orang yang bertakwa seperti yang dituntut dalam ayat mengenai matlamat pelaksanaan ibadat puasa.

6- Fadilat Lailatul Qadr
Mungkin terdapat sesetengah orang menyangka bahawa mendirikan Qiyamullail pada disepertiga (1/3) malam iaitu dengan hanya bersolat Tarawih (Qiyam Ramadan) berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba’diyah Isya’. Apakah orang seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat di malam Al-Qadr (sekiranya berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)?
Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) :
“Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :’Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu’ - [Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].
Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :
“Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya’ berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.
Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :”Barangsiapa yang bersolat Isya’ berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami’ Saghir - 6341).
Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya’, adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi :
“Barangsiapa yang solat Isya’ berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam, dan barangsiapa bersolat Isya’ dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam (sumber yang sama - 6342).”
Semoga tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu dengan Lailatul Qadr, iaitu satu malam yang penuh dengan misteri, supaya pahala amalan kita dilipat gandakan oleh Allah dan dikira sebagai amal-amal yang solih, Insya Allah.
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches

[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 2 scratches

“malas la nk tgk blog awk, sume copy & paste jek…baik sy bace briter jek kalu gitu..” “apa ni?? boring..suma dh bace laa…”..”syeikh, kalau nk jd blogger..buat betul2 syeikh…jgn men sumbat jek..”.…aku tergelak tatkala mendengar shabat2 karibku menegur blog aku yg katenye "cantik", tp x der isi…hahaha...(kalau btul blog ni cantik pn, ader org yg tolong cantikkan sebenarnya..harapkan saya? Fuh..tunggu gunung daik bercabang empat dulu la baru nak jadik..)
Hm..mmg betul kata diorg tu…sebenarnya ramai lg yg memberi komen sebegitu kepadaku…namun, apakan daya masa dan perasaan malas membataskan segalanya.. .pun begitu, jauh di sudut hati…keinginan untuk menulis sentiasa segar tanpa pudar…
Walaubagaimanpun, saya akan cuba untuk berubah!...nantikan tulisan2 asli dr incik nasrul hadi selepas ini..insyAllah…

SALAM RAMADHAN AL-KAREEM… ALLAHU AKRAM…Gud luck suma sahabat2…jgn bazirkan masa anda walau sesaat di bulan ramadhan yg berkat ini…setiap satu amalan digandakan menjadi 70 kali..subhanallah….AYUH KITA BINA IMEJ KITA DI HADAPAN ALLAH!..
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches




Dinsman
Wed | Sep 17, 08 | 8:55:32 am MYT
Kira-kira lima tahun lalu saya bersama Nasir Jani membuat sebuah dokumentari video mengenai "Puasa Ramadan di Malaysia". Hari ini saya tiba-tiba teringat - bukan kepada VCD yang sudah siap itu, tetapi kepada satu masalah besar waktu membuat penggambaran untuk mengumpul bahan dokumentari itu.
Iklan



Apa masalahnya? Masalahnya ialah kebanyakan bahan visual yang dapat kami kumpulkan rupa-rupanya adalah mengenai peristiwa orang makan. Sedangkan dokumentari itu mengenai orang Malaysia menahan diri tidak makan di siang hari sepanjang bulan Ramadhan. Dia jadi terbalik. Songsang.
Tetapi memang pun banyak peristiwa makan. Betul, orang Islam dewasa tidak makan di siang hari. Tetapi menjelang petang terdapat satu kesibukan orang hendak membeli makanan, yang luar biasa sibuknya, di mana-mana, di seluruh negara. Pasar atau bazar Ramadan tiba-tiba muncul di sana sini. Hal yang tidak pernah terjadi di luar bulan Ramadan. Ia suatu pesta makanan yang paling besar di dunia.
Mengapa ia terjadi songsang begitu? Tentulah bukan begitu yang diajarkan Nabi.
Itulah persoalan saya lima tahun lalu, dan masih menjadi persoalan hingga kini. Bahkan ia berkembang lagi, apabila fikiran saya tersangkut pada cerita-cerita Nabi Muhammad s.a.w. yang dikisahkan selalu mengalami lapar, perut kosong kerana tidak makan, hingga ada waktunya terpaksa perutnya diikat dengan batu.
Sukar hendak saya bayangkan bagaimana perut kosong yang perlu dibantu supaya tidak terasa terlalu pedih kelaparan, dengan mengikatkan ketul-ketul batu pada perut itu. Tak boleh. Saya gagal merasionalkannya. Tidakkah perbuatan itu akan menimbulkan rasa sakit pula di perut itu kerana adanya batu-batu yang diikat padanya?
Saya kebetulan sedang membaca beberapa buah buku yang di dalamnya terdapat cerita-cerita berkenaan. Misaalnya buku "Muhammad s.a.w. Insan Teladan Sepanjang Zaman" hasil karya Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang baru diterbitkan oleh Anbakri Publika.
Antara lain digambarkan sewaktu membuat persiapan Perang al-Ahzab, Rasulullah turut bersama-sama dengan para sahabat, memerah keringat menggali parit untuk benteng pertahanan. "Baginda turut memunggah tanah dan batu-batu yang berat, menyebabkan seluruh fizikal merasai sakit, terasa pedih hingga ke pangkal hati."
"Untuk mengurangkan kepedihan akibat rasa lapar, Rasulullah s.a.w. mengambil beberapa ketul batu, kemudian dibalut dengan kain dan mengikat ketat pada perutnya. Baginda berbuat begitu selain untuk mengurangkan rasa lapar, juga untuk mengelakkan daripada kecederaan akibat bekerja berat dalam keadaan perut kosong." (ms 45)
Dan bayangkanlah. Walaupun terpaksa menahan lapar, Nabi dan para sahabat bekerja menggali parit itu dalam keadaan gembira dan bersemangat. Kata Nik Aziz, "Ketika menggali parit, para sahabat bersajak dan bersyair untuk membangkitkan semangat juang. Rasulullah s.a.w. juga turut bernasyid bersama-sama mereka." (ms 34)
Kemudian ketika membaca buku Meraih Ampunan Allah (terjemahan) karangan Jamilah al-Mashri (2004, Jakarta), terdapat pula cerita yang diriwayatkan Imam Ahmad dan Tabrani, bahawa pada suatu hari Fatimah (r.a) memberikan sekeping roti kepada ayahnya Muhammad s.a.w. Nabi mengambil dan berkata: "Ini adalah makanan pertama yang dimakan ayahmu sejak tiga hari yang lalu."
Bayangkan Rasulullah tiga hari tak makan! Kemudian ada pula riwayat bahawa Abu Hurairah berkata, "Aku menemui Nabi s.a.w. ketika baginda sedang solat sambil duduk, lalu aku bertanya: 'Wahai Rasulullah, aku melihatmu solat dalam keadaan duduk. Apa yang menimpamu?' Baginda menjawab: 'Lapar, wahai Abu Hurairah'." (ms 230)
Dan ada beberapa peristiwa lagi dari sirah Rasulullah, yang melekat dalam fikiran saya, menyebabkan saya berfikir - alangkah berbezanya, dan jauhnya perbezaan antara corak hidup kita hari ini dengan corak hidup Rasulullah dan para sahabat di zaman itu.
Tentulah itu bukan cerita kedaifan. Nabi Muhammad mempunyai segala peluang untuk menjadi orang terkaya di zaman itu, sekiranya dia memilih untuk menjadi kaya. Dia sendiri sejak muda telah terkenal dengan bakat berniaganya, hingga tokoh korporat zaman itu, Khadijah, mengamanahkan perniagaan kepadanya.
Para sahabat seperti Uthman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf adalah orang-orang kaya yang banyak harta, dan sentiasa mahu menyumbang. Kemudian hasil rampasan perang pun, mengikut Jamilah al-Mashri, boleh memberikan kekayaan kepada Nabi sekiranya baginda mahu mengambil bahagiannya.
Katanya, "Seandainya Rasul s.a.w. mau menegumpulkan harta, nescaya baginda menjadi manusia terkaya. Seperlima harta rampasan dari Perang Hunain saja sudah mencapai 8,000 ekor kambing, 4,800 unta, 8,000 auns perak serta 1,200 tawanan." (ms 138)
Mengisahkan seorang sahabat yang juga mengalami lapar, Nik Aziz di dalam bukunya mencatatkan: "Abu Hurairah r.a, berkata: Bahawa pada suatu ketika aku rebah ke tanah kerana terlalu lapar. Orang yang melihat aku tergeletak di tanah mengatakan aku terkena penyakit sawan. Sebenarnya aku tidak terkena penyakit sawan, tetapi aku rebah kerana terlalu lapar.
Tiba-tiba ada sahabat memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w. menyuruh aku pergi ke rumahnya. Menerima jemputan itu tiba-tiba tubuh aku menjadi segar, kerana lazimnya jika Rasulullah saw menjemput kami ke rumahnya bererti ada makanan yang hendak dihidangkan kepada kami." (ms 35)
Membaca sirah Rasulullah dan para sahabat berulangkali dari pelbagai sudut, saya bukan saja merasai perbezaan corak hidup mereka yang ketara itu, tetapi juga merasai beberapa pertanyaan yang mendesak, memerlukan pemahaman yang lebih rasional dan wajar.
Misalnya, dua tahun lalu saya pernah mengutip idea dan pemikiran Abul Hasan Ali An-Nadwi dari bukunya Pertentangan Iman dengan Materialisma, untuk dialog drama pentas saya yang berjudul "Tamu Dari Medan Perang".
Dalam drama tersebut watak Mufti membacakan sebuah hadis, begini: "Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, daripada Umar ibnul Khattab, katanya: Pada suatu hari saya masuk menemui Rasulullah s.a.w. di rumahnya, baginda sedang berbaring di atas pasir. Baginda tidak menggunakan sebarang alas bagi mengalaskan antara tubuhnya dengan pasir. Kesan-kesan pasir kelihatan jelas di bahagian rusuknya.
"Begitulah Rasulullah s.a.w. Bukan baginda tidak mampu. Kalau baginda mahu, bukan baginda tidak mampu untuk mengadakan lantai yang beralas atau membina rumah yang besar dan mewah sekalipun. Baginda mampu mengadakan semua itu, kalaulah itu yang baginda pilih. Tetapi baginda tidak memilih yang itu."
Meneruskan pemikiran itu di hari-hari Ramadan al-mubarak, saya jadi bertambah yakin bahawa corak hidup kita sudah jauh terpesong dari landasan yang ditunjukkan Nabi. Jauh betul terpesongnya. Dan rupa-rupanya inilah yang selalu ditekankan Tok Guru Nik Aziz dalam kuliah-kuliah dan juga dalam kepimpinannya.
Tepat sekalilah beliau bertanya Ketua Audit Negara yang menegur jabatan dan agensi kerajaan Kelantan "tidak menunjukkan kemajuan ketara". Kata Nik Aziz: "Saya nak tahu apa definisi maju tu dulu. Ukuran maju ke tak maju ni dikira dari mana." Soalan itu sebenarnya untuk difikirkan oleh semua orang hari ini.
-----------
Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau sms 0136362408
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches

[ Read More ]

...

Posted by An-Nasrullah - - 6 scratches

[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches





[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches



Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj. 'Horey! Papa balik!'Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya. 'Tepi! Bahaya tau tak?' Jeritnya. Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar. 'Aimin bawa adik ke belakang.' Arahnya pada anak yang sulong. Pulangnya petang itu disambut din gin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka. 'Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,' pujuk Laila. Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus.

Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun. 'Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!' Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. 'Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?' sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu. 'Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.' Balas isterinya lembut. 'Fail saya kat depan tu mana?' 'Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.' 'Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.' Rungutnya sekalipun di hatikecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. 'Laila' Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.


'Saya nak ke out station minggu depan.' 'Lama?' Soal Laila. 'Dalam seminggu.' 'Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?' 'Budak-budak? ' 'Ikut jugalah.' 'Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu&' 'Masa tu Amirul kecik lagi.' Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. ' Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.' 'Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,' Muktamad! Demikianlah sepertikata-katanya.

Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama. 'Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!' 'Manalah saya ada masa..' 'Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkanbalik!' Dia tersentak dari khayalannya. 'Kalau tak suka pulangkan balik!' Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. 'Mizi, makan!' Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. 'Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.'


'Papa! Makan!' Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. 'Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?' Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur. 'Awak masak apa?' 'Mama masak sup tulang dengan sambal udang!' jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut. 'Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!' 'Papa nak ke mana?' Soal isterinya perlahan. 'Keluar!' 'Mama dah masak Pa!' 'Awak saja makan!' 'Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!' Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. 'Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?' Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. 'Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.' 'Abang tak suka tengok papa marah-marah. .''Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?' Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa? Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong. 'Laila..' serunya 'Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.' Kata ibunya yang muncul tiba-tiba. 'Sunyi pulak rumah ni mak,' 'Lama-lama kau biasalah.' Airmatanya menitis laju. 'Kalau tak suka pulangkan!' Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.


'Papa beli apa untuk Aiman?' Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya. 'Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.' 'Tak ada lah?' 'Ingat papa ni cop duit?' Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudianrumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang. Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. 'Awak tak sihat ke?' Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan. 'Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.' Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya. Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat.

Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat. 'Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!' Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap. Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya. 'Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!' Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak. 'Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ' Ujar Laila perlahan 'Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?' Omelnya kembali. Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukanterhadap mereka.


'Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.' Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. 'Celakabetul!' Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. 'Abang!''Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!' Getusnya kasar. Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan. Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak. 'Pak Ngah, Eddie nak balik!' Shamizi terpana. Dia mengangguk. 'Kak Longbalik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.' Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan merekaLaila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapatgred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. 'Laila'


'Papa nak ke mana hensem-hensem gin i?' Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. 'Wangi-wangi lagi. Dating ye?' 'Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.' Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya. 'Ikut boleh?' 'Dia tak ajak family. Staff only!' Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. 'Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.' 'Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. ' 'Papa pesanlah..' 'Nantilah besar sikit.' Dalihnya. 'Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.' 'Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,' Laila terdiam. 'Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.' 'Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.' 'Mama tanya sikit boleh?' Dia mengangguk 'Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?' Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama.

Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya. 'Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,' ujar Mr. Kwai, tuan rumah. Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan. 'Kalau tak suka pulangkan!' Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusu li dengan perkelahian. 'Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ' Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. S usu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. 'Kalau tak suka pulangkan,' Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulangselepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal danberlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga. Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila. Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya. Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah keretalain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
[ Read More ]

Posted by An-Nasrullah - - 0 scratches

hm..menarik ni...silalah baca beramai2 yerk..sebar2kan..mane ler tau kut2 kite pernah terbuat or tersifat dgn perkara2 yg disebutkan oleh ust.zaharuddin ni...


( artikel ini telah disiarkan tahun 2006 dan 2007 yang lalu, disiarkan semula bagi manfaat bersama,

terdapat beberapa perkara yang telah ditambah)

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Salah dan kurang tepat tu...

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.



9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

17 Oktober 2006

( Ulang siar pada 11 Sept 07 )

(Ulang siar pada 31 Ogos 2008 )
[ Read More ]