"mereka datang ke kawasan dan wilayah kami tanpa kebenaran. kami memadang serius perkara ini dan akan mengerahkan tentera kami utk mengawal perairan dengan seketat mungkin. kami akan pastikan tiada satu pun dari kapal2 itu berjaya melepasi sekatan kami" - kata menteri luar dan diplomatik Isreal Haram
sambung beliau yg jahanam ini lagi,
"mereka masuk ke kawasan kami dengan tanpa izin. jadi kami harap masyarakat dunia dapat memahami situasi kami"
(sedutan daripada Berita TV3 jam 8...pd minggu lepas...)
kepala hotak die....terasa macam mahu disiat2 kulit mamat zionist satanic israel nih....geram betol aku bile tgk belagaknye mamat kafir ni menjawab soklan2 wartawan....
die igt kawan2 kita dlm konvoi kemanusiaan tu (dlm kapal2 tu ha) mmg saja2 berniat x nk mintak kebenaran ke hape??? sedari dulu kamu bunuh dan takluk rakyat dan tanah suci palestin tu, sampailah ke sekarang, bile mase nye kamu pernah buka pintu untuk bantuan kemanusiaan???? mmg bangang mereka ini...patut lah ALlah letakkan mereka confirm kt neraka plg bawah di akhirat nnt...
ayuh semua muslim!...millat Islam!...sama2 kite doakan sahabat2 kite yg berjuang dlm misi kemamusian tersebut...smg Allah melindungi mereka daripada gangguan dan kekejamana syaitan2 manusia itu....dan juga sama kita doakan agar Zionist ISrael hancur!....hancur hancur ..hancur Israel...
smg ada statement rasmi drp PM Malaysia mengutuk kekejaman Israel ni, desak spy Israel bg laluan...
(PM kita kan anak jantan...dh berani luluskan lesen judi tu....apalah sgt kalo nk kutuk israel^~)
Konvoi Gaza: 16 mati, kapal dirampas
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 31 Mei: (12.30 tengah hari waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada pagi ini, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Laman web Haluan Palestin melaporkan, konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65 km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana. Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup ketika mereka memasuki dan merampas kapal. Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan. “Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan,” katanya. Ketika ini, ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel. Untuk makluman, seramai lapan orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama empat orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Muslim Care. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus. Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600. Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada di atas kapal dan Allah SWT sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah SWT. Untuk mengikuti lintas langsung perkembangan tersebut, sila layari http://www.livestream.com/insaniyardim/ |
Post a Comment